Tuesday, May 09, 2006

HATIKU MILIKMU [siri 6]

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
''Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar bersuara. Fika mencebikkan bibir. ''Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak bermanja sikit dengan abang.'' Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika. Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya ke bahu Umar.
''Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut abang marah Fika,'' ''Tunjuk apa?''
''Abang kena janji takkan marah?''
''Kenapa abang nak marah pulak?''
''Janjilah dulu sayang...''
''Okey,abang janji takkan marah Fika,'' Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
''Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut Fika? Abang suka tak?'' Gurlp!!
''Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.
''Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.
''Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki. Berdosa!''
''Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang...'' Umar makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.
''Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,'' ungkapan kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan. Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas pandang.
''Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna, Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di situ. Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
''Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika mencubit paha Umar.
''Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya. (Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
''Tapi...ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang. Fika sayang abang,''
''Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
''Jom balik!'' Umar mengajak pulang.
''Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika belum puas lagi bersama abang!'' wajah Fika penuh keliru.
''Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''
''Abang nak balik...'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.
''Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung. Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat berlalu pergi. (Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
''Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya sebak.
''Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.
''Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.
''Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!'' luah Umar penuh kesalan.
''Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita. Kembalilah Umar....kembali bersama kami,'' Banna memujuk.
''Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,'' lembut kata-kata Hizbi.
''Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa. Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.
''Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,'' Umar betul-betul menyesal.
''Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi. Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat. Jiwanya sebak.
“Aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua...Aku bosan dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan korang sebaik ini...” monolog hatinya yang kesal, insaf dan sedar dari kekhilafan selama ini.
''Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil berhujah matang.
''Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin lagi?'' Faizi menduga.
''Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
''Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.
''Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong. Umar terdiam seketika.
''Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.
''Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak lupa memainkan peranannya.
''Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
''Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
''Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
''Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.
''Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?'' Masing-masing terdiam.
''Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orang tuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya takde rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah..... Ada yang sanggup?''
''Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
''Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang akan terselamat jika sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr Azmin membuka minda mereka.
''Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi...'' Hanif meluahkan isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
''Teruskan Hanif....'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
''Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung. (Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.
''Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah,'' Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
''Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus ana rasa takde mood nak cari sahibah,''
''Nta ni Hanif...kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh aturkan,'' Dr Azmin bersuara.
''Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia putih, ana hitam. Dia....'' ''Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,''
''Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah sebutkan....malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.
''Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.
''Asiah Yusro...'' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar terbeliak. (Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya. Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.


Bersambung...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner