eemanisyq: camne plak kalau bercinte dgn org yg betul2 mahu mengahwini kiter dlm ms terdekat ni,takkan nak mnolak sedangkan kite memang sedia tahu lelaki ini sangat siqqoh dalam agama
Assalamualaikum....terima kasih kerana bertanya... jangan keliru saudari... jika benar² pasti kenapa perlu bercinta?!! Peluang ini sepatutnya diambil untuk berbincang urusan pernikahan dengan seberapa segera... Boleh bercinta sekiranya saudari mampu menangani risiko fitnah dan maksiat hati... Percayalah...ramai yang dah tewas... nasihat dari saya... percepatkan proses pernikahan jika benar² pasti setelah istikharah... 'matchmaker' mampu mengurangkan fitnah.... Bukan ke bercinta lepas kahwin tu lagi indah? lagi berkat? jangan impikan sebuah keluarga bahagia jika tiada keberkatan dalam jalan menujunya...
p/s: mungkin saya silap dalam memberi pandangan kerana saya juga insan lemah,dhaif, jahil dan masih belajar... sila beri tunjuk ajar...
Wallahu'alam....
Permata ‘Akal Budi’ yang Hilang
6 days ago
1 comments:
'indah' nasihat awak itu.betapa benar dan seiring dengan kehendak Allah.
Post a Comment