Tuesday, July 25, 2006

CERPEN : Hati di bawah naungan...

"Rahimah… erm.. Ana nak tanya something bleh?" Huda yang tadinya khusyuk menatap screen laptopnya, tiba2 mencelah kesunyian malam.
"Ape dia?" Rahimah yang tadi sedang sibuk membaca bukunya tersentak.
"Hehe… Ana ni, tak de lah kiranya dah lama kenal enti… Kira2 guna jari, less than 2 years that we knew each other kan? Tapi alhamdulillah, Allah perkenalkan kita dalam suasana kita dah faham Islam.." Huda mula membuka kata.
"Alhamdulillah, hehe tu lah.. Rasa cam lama dah kenal…. Ehe.. Ada2 saje enti ni… Enti punya "antenna" ada detect something wrong ke ngan ana ni?" Rahimah mula cuak2 sikit.
"Hehe.. Kata2 orang alim.. Takutlah kamu dgn pandangan orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah… Hehe.. Tapi ana ni bukan ler alim sangat…" Huda mula loyar buruk seperti biasa.
Rahimah tunduk, gurauan Huda sentiasa bagaikan menampar dirinya. Lawak-lawak Huda sentiasa solehah belaka, walau kadang-kadang Huda suka merapu.
"Huda… Cakap je lah ape benda yang enti nak cakap.. Ana tak larat dengan teka-teki enti nih…" Rahimah mula tak sabar nak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran temannya itu…
"Tak pe lah.. Tak pe lah… Jom2 study… Ana nak sambung buat programming ana ni.. Enti gi lah baca Anatomy ke apo bondo tu….." Huda terus tiba2 buat muka serius dan sambung menatap laptopnya.
"Alaaa.. Huda ni.. Kang ana dah tak leh concentrate belajar… Baik enti cakap.. Tak baik cakap separuh2…." Rahimah semakin tidak sabar….
"Ayaa!! Jangan jadi orang tidak sabar.. Terus bersabar.. Tetapkan bersabar" Huda tersengih sambil bernasyid lagu Sabar oleh Alarm Me.
Rahimah tergelak, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dah berjalan ke arah Huda lalu mencubit-cubit pipi kawannya itu. Rahimah gagal mengorek isi minda Huda. Huda, walaupun nampak seperti orang yang peramah dan mudah bercerita, namun tetapi dia adalah sangat misteri dan penuh berteka-teki orangnya. Kadang-kadang, sehinggakan apabila Huda sekadar bertanya soalan2 biasa, Rahimah mengambil masa yang lambat untuk menjawab, takut2 kalau ada "trick" di sebalik pertanyaan2 kawannya itu.
"Huda, ana nak tido dulu… Kang pukul 3.00 pagi kejut ana. Enti jangan teruja pulak tengok ana tertidur.. Enti teruskan study tau…" kata Rahimah..
"Enti ni pulak, tak teruja ke tengok ana study dengan tekun nih?" Huda perli lagi.
Rahimah dah malas nak layan, dia sengih sahaja dan berjalan ke arah katilnya.
"Ingat tau, kejut pukul 3.00 pagi…" Rahimah pesan lagi.
Huda angguk kepala, dan terus khusyuk menatap screen laptopnya, tangannya terus laju menaip code programmingnya. Rahimah semakin lentok, akhirnya lenyap dibuai mimpi.
Huda memang banyak perkara nak disampaikan kepada temannya itu. Tapi, Huda sangat2 takut andai pertanyaannya terlalu berat untuk diterima oleh sahabatnya itu. Huda dan Rahimah sama2 mempunyai latar belakang yang agak sama, latar belakang yang konon2nya "Islamik", tetapi sebenarnya sudah lama mereka tertipu dengan kehidupan yang sekular. Islam dan kehidupan dipisahkan. Solat, puasa dan ibadah2 dan syari'at2 yang khusus konon-konon sudah cukup untuk melabel remaja seperti mereka sebagai "orang baik". Lalu, tertipulah mereka dengan title tersebut.
Segala puji bagi Allah, taufiq dan hidayah Allah amat luas. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan menarik petunjukNya daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Peluang untuk belajar di luar negara, menjadi muntalaq (langkah bermula) kepada Huda dan Rahimah untuk mengenal deen Islam dengan lebih syumul, dan memahami Al Quran sepertimana ia diturunkan, dan cuba mengikut jejak langkah profesion Muhammad SAW.
Di bumi asing itulah, kedua-dua teman baik itu mendapat hujan emas. Malah lebih baik daripada hujan emas. Mereka mendapat hidayah Allah. Ya, benar. Hidayatullah. Itulah sebenarnya yang didambakan oleh semua insan, kalaulah mereka mengerti betapa manisnya berada dalam nikmat iman dan islam.
Setiap detik langkah kehidupan adalah tarbiyah. Huda berpeluang ke bumi asing ini lebih awal daripada Rahimah. Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada tangan orang-orang yang soleh dan musleh, yang telah mentarbiyah diri Huda. Daripada seorang yang berfikiran complicated dan berperwatakan keras, Huda sepertimana namanya, dikurniakan petunjuk Allah. Daripada seorang yang hanya memikirkan dunia, yang hanya memikirkan kepentingan dirinya, Huda merasakan lebih manis hidup di bawah naungan Al Quran.
Huda mengimbau zikraayat dia menghadiri majlis ilmu yang tak disangka-sangka mengubah kehidupan dirinya. Bagaikan MP3 file yang tersimpan rapi di dalam otaknya. Huda mengimbas isi-isi ta'alim…….
"Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja"
-Syed Qutb

Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.
Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.

Huda yang tadinya sibuk menatap laptop, kali ini laptopnya pula menatapnya. Fikiran Huda terus melayang. Mengimbas saat-saat dahulu, apabila dia bersama teman seperjuangan yang lain menadah dan disuap dengan ilmu merapatkan diri dengan Allah.
Huda dahulunya jarang merasa 'izzah menjadi seorang Muslim. Kalau di negara Barat tempat dia belajar ini, sering kali dia terikut-ikut cara Orang Barat. Jarang kali dia terasa bahawa dirinya telah diberi penghormatan oleh Allah Azzawajalla kerana telah terpilih untuk jadi orang yang beriman. Huda teringat lagi isi-isi majlis ilmu yang pernah dihadiri olehnya dahulu...
"Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.
Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi "chit-chat" yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!"
Huda menatap Rahimah yang sedang lena diulit mimpi. Rasa kasih dan sayangnya terhadap temannya itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Ingin Huda luahkan segala apa yang dia rasa kepada Rahimah. Tapi takut pula Rahimah rasa "overwhelmed". Takut andai apa yang dia cuba sampaikan luar kefahaman dan kemampuan perasaan Rahimah. Huda rasa dadanya membuak-buak ingin menghamburkan segala apa yang dia fahami dan alami, alangkah seronoknya bercinta dengan Allah dan Rasul! Alangkah seronoknya hidup di bawah naungan Al Quran. Alangkah seronoknya berjalan mengikut jejak langkah Rasulallah SAW.
Rahimah masih baru-baru belajar. Tetapi peningkatannya dalam kefahaman Islam sangat cepat. Huda sangat kagum dengan Rahimah, memang Rahimah pelajar cerdik. Di kolej persediaan pun, memang Rahimah terkenal sebagai antara pelajar paling cemerlang. Huda kagum Rahimah mampu meninggalkan jahiliyah luarannya dengan sangat cepat. Tetapi, Huda sangat2 takut, andai dirinya ataupun diri temannya itu tergopoh-gapah, tertipu dengan semangat dan takut andainya tidak istiqamah. Hanya kerana rosaknya langkah pertama.
Teringat kata2 orang alim,
"kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertama"

Rasulallah SAW mengambil masa 13 tahun untuk membina generasi Sahabat yang mantap di Makkah. Huda khuatir andai dirinya "lost" dan tidak dapat mencari "the right balance". Takut terlalu cepat langkah, tetapi hati dan emosi kecil. Takut terlalu tinggi fikrah, kaki pula lambat bergerak. Takut pula jiwa raga terlalu besar, sampai melembabkan amal.
Huda melihat Rahimah lagi. Huda teringat pula kawan-kawannya yang lain.
"Antunna mesti rasakan, tanggungjawab ini…..seolah-olah kalau antunna berhenti di sini, perjalanan dakwah dan tarbiyah di tempat ini, berhenti di sini sahaja" kata-kata mu'allim yang pernah mengajar Huda tersentak, ingin pengsan dirinya. Lalu Huda gelabah sendirian. Nak diikutkan hati, rasa tak mampu. Dengan ilmu yang sedikit, akhlak belum cukup mantap.
Namun, Huda dan teman-teman yang lain terus meneruskan langkah. Walau pincang dan cacat pada awalnya. Walau nampak serong pada mata orang-orang yang memandang remeh usaha mereka.
Islam telah menukar cara pemikiran mereka. Huda terus mengimbau ta'alim, halaqah yang mereka pernah lalui.
"Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.
Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.
Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.
Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan ‘nikmat’ apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan."
Itulah nikmat ukhuwah kerana Allah, Rasulallah telah wariskan budaya saling memperingatkan kepada kebenaran dan kesabaran sesama orang2 beriman. Kerana budaya yang kuat inilah, telah melahirkan bi'ah solehah di tempat belajar Rahimah dan Huda. Ramai teman2 yang lain juga mendapat "enlightenment" mereka di sini.
Lama juga Huda mengelamun, akhirnya tengok2 jam dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Huda cepat2 pergi kejutkan Rahimah.
Rahimah menggosok-gosokkan matanya.
"Wah, enti tak tido lagi dari tadi ke?" kata Rahimah.
Huda sengih.
"Rahimah, eleh.. Konon2 tadi kata tak bleh tido sebab memikirkan pernyataan ana tadi. Tido sedap je ana nengok.." Huda menyakat kawannya lagi.
Rahimah sengih. "Hehe…. " Rahimah bingkas bangun utk mengambil wudhu'. Huda dengan nakal meluru masuk ke dalam bilik air terlebih dahulu, memotong Rahimah.
"Eyy.. Huda ni…." Rahimah mengetap giginya.
Huda yang dah masuk bilik air, menjengahkan kepalanya ke luar pintu bilik air, sambil menyanyi "jangan jadi orang tidak sabar…"
Rahimah kembali tersengih.
Awal pagi itu berlalu, dua susuk tubuh itu sibuk ruku' dan sujud serta berdoa kepada Allah.

"Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.
Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.
"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang"
Surah Ar-Ra’d : 15
Sebelum masuk waktu subuh, Rahimah bertanya lagi kepada Huda.
"Huda…. Bagitau lah… Insya-Allah ana tak marah, walau enti nak cakap apa2 pun"
Rupa-rupanya Rahimah memang betul2 "terganggu" dengan kenyataan Huda…. Walaupun Huda buat macam gurau2 sahaja.
Huda senyum. Senyum penuh bermakna. Ditenung wajah sahabatnya itu sedalam-dalamnya.
"Adakah diri enti masih terikat dengan sesuatu yang menjauhkan enti daripada Allah?
Boleh ana tahu? Kerana ana terasa sesuatu….."
Rahimah terasakan bagai ada batu besar menimpa kepalanya. Dia melarikan pandangannya, menatap sejadah. Air mata mengalir deras.
"Jangan tanya ana soalan macam ni Huda. Ana segan" Rahimah mengesat air matanya.
"Ana tak minta enti mencela diri di depan ana." Huda mukanya tetap tegas tetapi lembut.
"Ana Cuma nak bantu enti get through apa yang sedang terjeruk dalam hati enti tu, dan apa yang menyerabutkan kepala enti tu", Huda cakap lagi dengan steady. Huda tarik nafas panjang, sangat berat baginya untuk menyampaikan.
Rahimah berkata "Enti tahu sesuatu ke?"
Huda sambung, "Ana tak tahu.. Tapi ana dapat rasa.. Ada la sikit2 jigsaw puzzle yang ana sambung2, macam dah nampak clue"
Huda macam polis yang meng"interrogate" penjenayah… Dia bertanya lagi..
"Masih ada sesuatu ke yang enti masih sukar tinggalkan?"
Rahimah senyap.
"Enti nak selesaikan tak masalah yang bersarang dalam diri enti ni?" Huda bertanya.

"Rahimah, enti masih teringatkan "dia" kan?" Huda mula bertanya soalan cepu mas.
Rahimah senyap. "Erm, mana enti tau ni? Ana tak pernah langsung pun citer kat enti apa2 pasal hal ni.."
Huda senyap. Betullah apa yang dia sangkakan.Bukan Huda ingin su'u dzan pada sahabatnya itu. Tetapi dia rasa kurang selesa dengan beberapa tindak-tanduk sahabatnya itu. Huda menyambung,"Sebenarnya soalan ana tadi sekadar cuba-cuba."
Rahimah mula merah wajahnya, "Tolong ana Huda….."
Huda berkata, "Ana tak dapat tolong enti. Enti kena tolong diri sendiri."

Huda sambung lagi...
"Macam ni lah Rahimah… perjalanan kita masih jauh.. Kita nak berjalan kepada Allah… Sama macam kita tengah jungle tracking dan bawa beg isi bekalan digalas kat bahu. Kalau beg kita penuh dengan sampah, ia akan memperlahankan kita, dan memenatkan kita, walaupun kita tahu jalan ke destinasi kita. Walaupun kita faham peta utk menuju ke destinasi kita"
Huda membacakan ayat suci Al Quran. Al Insyiqaq : 6
"Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya."
Rahimah tunduk.
"Sebenarnya Rahimah……. Orang tu tak layak pun untuk enti sayangi"
Rahimah tunduk semakin tunduk.
"Kasihan ummat ini… Ummat ini perlukan orang-orang yang banyak mengingati tentang nasib ummat ini. Kalau kita sibuk dengan masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?"
Rahimah mula angkat kepalanya.
"Walaupun dari segi fizikal, enti dah tak lagi berkawan dengan orang tu, tapi kenapa nak biarkan dia reside dalam hati enti. Adakah dia itu mendekatkan lagi enti kepada Allah?"
Rahimah terasa pedang menghunus jantungnya. Tapi entah mengapa, kata-kata Huda sentiasa boleh diterima oleh dirinya walaupun Huda sentiasa "laser". Tapi Rahimah masih ada coping mechanism nya.
"Huda, ni tak adil.. Tak de ke sahabat brothers kita yang ikut tarbiyah dapat approach kawan ana ni. Ana pun mahukan dia mengenal islam…" Rahimah menaruh harapan.
"Rahimah….. Dakwah Islam adalah kepada semua orang. Tiada siapa yang boleh dilabel sebagai orang yang tidak layak dapat hidayah Allah.. "
"..Tapi....ini bukan masalah ada brothers yang dapat approach kawan enti tu atau tidak… tapi ini masalah enti, mind set enti… Enti telah mendahulukan rasa sayang enti semasa jahiliyah itu, dan mahukan perubahan kepada kawan enti tu, supaya untuk apa? Supaya untuk enti dan dia dapat bersama-sama di dalam "islam" pula?"

"Remember what did Allah said in the Al Quran? In Surah An Nur verse 26, Bad women .are for bad men and bad men are for bad women. Good women are for good men and good men are for good women " Huda mula membuka ceramah.
"Kenapa enti sibuk nak mempersiapkan dan memperbaikkan orang yang konon2 enti nak jadikan pasangan hidup. Sedangkan Allah suruh kita memperbaikkan diri kita. Diri kita. Dan kemudian, insya-Allah, Allah akan tolong kita dapatkan orang yang sepadan dengan kita."
" Kerja dakwah kita pula, adalah dakwah untuk semua. Dan bukannya hanya nak mengislahkan orang yang kita mahu jadi pasangan kita"
"Doa pada Allah, Rahimah. Andai ada jodoh enti. Allah akan temukan enti dengan seseorang yang lebih baik daripada keadaan begini"
Azan daripada laptop Huda berkumandang menandakan waktu Subuh telah masuk.
Rahimah terasa otaknya lebih lapang. Dia memandang Huda. Huda menghulurkan sesuatu kepada Rahimah. Sekeping kad kecil bertulis….


Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband

"Huda… Jazakillah." Rahimah memeluk Huda seerat-eratnya.
"Cepat, enti kena jadi imam" Rahimah menolakHuda. Dia mendahulukan Huda untuk jd imam solat subuh.
Huda senyum.. Di dalam solat mereka.. Huda membaca….
Surah Az Zumar : 53-56
53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah )...
-sekian-

Baca selanjutnya...

Wednesday, July 05, 2006

Israel Umumkan “Perang Yang Panjang” ke atas Palestine

Rabu , 05/07/2006 - Bilamana Perdana Menteri Palestine Ismail Haniya merayu supaya pejuang Palestine tidak mengapa-apakan askar Zionis yang ditahan, perdana menteri Israel pula mengumumkan “perang yang panjang” terhadap Semenanjung Gaza pada Selasa 4 Julai.

“Ini adalah perang yang panjang….ia memerlukan kesabaran, kadangkala tiada kesudahan,” Olmert dipetik sebagai berkata oleh Reuters.“Kami mesti sedar bila untuk sabar dan bila untuk menyerang.”

Israel telah memberi lampu hijau kepada tenteranya untuk menceroboh masuk sehingga ke atas utara Gaza walaupun tidak memberi arahan untuk menyerang, kata suratkhabar Maariv. Ini berlaku selepas tamatnya tempoh hari Selasa yang diberikan oleh kumpulan Palestine yang menahan tentera Israel, untuk pihak Zionis itu bersetuju dengan proses pertukaran tahanan.

Israel telah melancarkan serangan pada Rabu 28 Jun dan memusnahkan stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza, 3 jambatan utama, paip2 air, sekolah2, universiti2, padang bola, kawasan perkuburan dan pejabat Haniya. Kereta2 kebal dan kereta2 perisai turut memusnahkan pokok2 zaitun, sumber pendapatan utama petani-petani Palestine.

Lebih kurang 5000 tentera dan beberapa kereta kebal Israel telah ditempatkan di sempadan Gaza di dalam misi serangan terbesar Israel sejak berundur dari wilayah kecil pada September lepas yang menamatkan 38 tahun penjajahan.

Pencabulan Geneva

Sementara kereta2 perisai dan tenteranya berkumpul di sempadan utara Semenanjung Gaza, Israel memberikan amaran kepada HAMAS yang “sesuatu yang dahsyat” akan berlaku jika korporal Gilat dicederakan. “Saya ingin menekankan disini, tiada seorang pun yang akan dikecualikan,” kata Olmert. Menteri dalam negerinya, Roni Bar-On memberitahu radio Israel, “ HAMAS faham benar….sesuatu yang dahsyat akan berlaku jika mereka mencederakan Gilat Shalit.”

Switzerland, negara tempat persidangan Geneva telah menegaskan bahawa Israel telah melanggar undang2 kemanusiaan dengan melancarkan “collective punishment” ke atas Palestine. “Banyak tindakan tentera israel di Semenjung Gaza yang telah melanggar prinsip2 sejagat….dan ia adalah satu tindakan “collective punishment”, di mana ia adalah tidak dibenarkan,” kata menteri luarnya.

Dia menekankan bahawa tiada ragu2 lagi bahawa Israel tidak mengambil langkah2 yang perlu dibawah undang2 antarabangsa untuk melindungi masyarakat awam dan infrastruktur. Kemusnahan stesen janakuasa elektrik yang membekalkan 43% bekalan elektrik kepada Semenanjung Gaza, serangan keatas pejabat perdana menteri dan penahanan ahli2 parlimen yang sah adalah tidak sah, menteri itu menambah lagi.

Tentera penjajah zionis telah menculik 1/3 daripada anggota kerajaan Palestine, 24 ahli parlimen dan beberapa ahli perbandaran di dalam serangan waktu malam di kawasan Tebing barat yang dicerobohinya. Israel mengugut untuk menjatuhkan kerajaan Palestine, ugutan yang di kemukakan olah Yuval Diskin, ketua agensi keselamatan Shin Beth kepada Presiden Mahmoud Abbas. Kerajaan Palestine telah menafikan terlibat dalam operasi itu sambil menasihatkan agar tentera yang sitahan itu dilayan dengan baik.

Tiada Jalan Keluar

Osama Al-Muzaini, ketua politik HAMAS berkata yang ketiga2 kumpulan telah menarik diri dari rundingan anjuran Mesir itu. Kumpulan itu mendesak agar 1000 tahanan di penjara Israel ditukar dengan Shalit. Mereka turut memberi amaran bahawa ‘Israel akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di masa hadapan’ jika permintaan untuk pertukaran tahanan itu tidak dipenuhi.

Salah satu kumpulan itu, Islamic Army berkata yang tiada lagi berita berkaitan Shalit akan diberikan. Mereka turut memberikan berbeza2 pendapat tentang nasibnya. “Sama ada dia akan dibunuh atau tidak, kami tidak akan memberikan apa2 info….rundingan telah ditutup,” kata jurucakap Islamic Army , Abu Al-Muthana. “Kami tidak membunuh tahanan. Islam mengajar kami supaya melayan tahanan dengan baik.” Dia turut enggan memberitahu sama ada Shalit masih hidup atau tidak.

Muthana turut membandingkan nasib Shalit dengan nasib tentera udara israel Ron Arad, yang hilang di selatan Labenon 20 tahun lalu. Terdapat spekulasi yang mengatakan Arad telah mati. “Mereka mungkin telah membunuhnya, membawanya ke negara lain atau menyembunyikannya. Semua pilihan masih terbuka.”

Note: Sumber: www.IslamOnline.net
perterjemah : ummunajda"

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner