Thursday, August 30, 2007

Muhasabah


Kita sering mahukan hari yang CERAH...
Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan...
Kita sering inginkan KESERONOKAN...
Jauh sekali KESUSAHAN...
Tetapi Allah lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN...
Kita sering inginkan KETENANGAN...
Hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA & KEJAHATAN...
Tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN...
Semua itu bukanlah satu HUKUMAN...
Tetapi sebagai tanda KASIH & SAYANG Allah agar kita lebih BERIMAN...
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH...

Baca selanjutnya...

Wednesday, August 08, 2007

Gerhana Matahari??

Subhanallah!!

Saya menerima sms dari seorang teman di Kedah 2 hari lalu yg memaklumkan mengenai kejadian 'Gerhana matahari' ini. Malangnya saya sedang berada di Kemaman, Terengganu ketika itu dan tidak dapat meyaksikan kejadian sebenar. Keesokan harinya, beberapa akhbar melaporkan, kejadian yang disaksikan di alor star itu bukanlah gerhana matahari tetapi 'Fenomena Halo'.
Fenomena sama juga dilaporkan terjadi di Georgetown pada 21 Mac yang lalu...
Subhanallah... cantiknya...

Antara petikan dari akhbar

LANGKAWI, 6 Ogos (Bernama) -- Kemunculan secara tiba-tiba fenemena luar biasa pelangi penuh yang dipanggil "icebow" di ruang angkasa Langkawi hari ini menarik perhatian para peserta dan media yang membuat liputan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2007.

Beberapa dozen jurufoto yang membuat liputan LID telah begegas untuk mengambil gambar pelangi penuh yang mengelilingi matahari pada kira-kira jam 2.40 petang, sebelum ia hilang kira-kira 20 minit kemudiannya.

Bukan sahaja jurufoto yang tertarik dengan fenomena itu, Menteri Kerja raya Datuk Seri S. Samy Vellu, yang turut menghadiri LID, juga turut kelihatan di kalangan orang ramai mengagumi pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat itu.

"Icebow" adalah satu fenomena yang sama dengan kejadian pelangi, terbentuk melalui biasan cahaya matahari melalui awan yang mengandungi kristal ais, bukan titisan halus hujan atau titisan air yang terkandung dalam udara.

Kristal ais itu adalah dari awam "cirrus" berada pada satu kawasan yang mempunyai jejari yang luas dan berada pada satu ketinggian tertentu bagi membolehkan fenomena itu berlaku.

Angin juga tidak boleh ada pada waktu itu dan matahari berada pada altitud kurang 34 darjah untuk membolehkan kewujudan "icebow" itu.

Baca selanjutnya...

Wednesday, August 01, 2007

Antara yang menarik dalam Harakah (1-15 Ogos 2007)



Antara yang menarik dalam Harakah (Bil 1340). Untuk bacaan lanjut, dapatkan di pasaran sekarang =)

Mahathir Perli Politik Wang UMNO
"Saya tidak mahu mereka habiskan wang untuk saya. Tahun lepas mereka membelanjakan RM80,000 kerana diberikan RM200 seorang kepada perwakilan bahagian supaya tidak memilih saya" - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Malaysia Bakal Ditadbir Gengster?
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Dato' Johari Baharom dalam satu kenyataannya di Dewan Negara baru-baru ini berkata, kira-kira 17 ribu kumpulan gengster bertapak di negara ini.

Sultan Pahang Patut Bangga
Rakan-rakannya tidak lagi terlibat dengan sekolahnya. Dia sendiri mentadbirnya. Dia mengajar, dia mentadbir, dia mencari duit untuk gaji guru dan semuanya dia. Prof Diraja Ungku Aziz mentadbir Universiti Malaya dan Tan Sri Awang Had jadi Pengarah ITM dan NC UKM tidak perlu cari wang dan prasarana kampus, tetapi Nuridah cari duit untuk gaji guru dan sewa bangunan sekolah.

PAS Pahang bidas UMNO guna Universiti
"Kalau UMNO boleh masuk kampus, ini tidak adil kepada parti politik lain yang selama ini disekat daripada mendekati golongan mahasiswa dan institusinya" - ujar Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang ekoran tindakan UMNO Rompin mengadakan persidangan perwakilan UMNO bahagian di UNITEN pada 14 Julai lalu.

Negara Kebajikan PAS perlu diperinci
Manifesto PAS untuk pilihan raya akan datang dijangka menawarkan kepada rakyat pelaksanaan 'negara berkebajikan'. PAS mahu mewujudkan negara yang tidak membebankan rakyat, khususnya memastikan golongan bawahan dan tidak berkemampuan dapat hidup dengan selesa.

'4 hari yang sia-sia buat polis'
"Peristiwa ini mengandungi terlalu banyak unsur intimidasi. Intimidasi terhadap aktivis, penulis internet dan penyokong pembangkang, juga golongan muda yang ingin bangkit membuat perubahan" - Nathaniel Tan, Setiausaha Kerja Yayasan Masa Depan (YMD)

'Dunia tak dapat, akhirat pun terlepas'
Malaysia seperti dikejutkan dengan kenyataan amat bermakna Raja Nazrin yang menyentuh sumbangan ulama kepada kemerdekaan negara dan gerakan membangunkan ummah, seperti Us. Abu Bakar Al-Bakir, Dr. Zulkifli Mohamed, Us. Baharudin Abdul Latif dan Dr Buhanudin al-Helmy. Ia satu pengiktirafan rasmi daripada seorang Raja Muda. Sayang titah seumpama itu diperkecilkan media dan rakyat tidak mengetahuinya. - Dato' Dr Haron Din

Apabila Adham Baba silap baca surah al-Ma'un
Program Konvensyen MPP IPTA seluruh Malaysia yang menemukan seluruh kepimpinan MPP pada 9-11 Julai 2007 di Esset Bangi dikejutkan dengan pertanyaan oleh Presiden MPP UTEM, mengapa perlu ada kumpulan Aspirasi pro-UMNO di kampus? Adham dengan muka pucat menjawab, jika itu yang dikehendaki mahasiswa maka Kementerian Pengajian Tinggi - sebenarnya UMNO - tidak lagi campur tangan.

Lebih menarik, Adham tidak mampu menatap wajah Presiden MPP UIAM apabila ditanya kelewatan pihak UIAM (selama 4 bulan 10 hari) memberi watikah perlantikan selepas pelajar bukan aspirasi menang pilihan raya di kampus berkenaan. Semua peserta seminar kehairanan apabila Adham Baba tidak mampu menjawab, kelu tersipu-sipu seribu bahasa. Begitulah reaksi Adham. Tercegat bagaikan orang salah.

Dalam satu mesyuarat sulit, anggota Exco Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail dan Adham mengarahkan TTNC HEP supaya memastikan calon-calon MPP Aspirasi pada pilihan raya kampus akan datang adalah di kalangan mereka yang lebih Islamik! Ini strategi terbaru UMNO untuk menguasai UIAM.

Rakyat lebih sensitif dengan bola dari indeks rasuah negara
"Cerita Tengku Abdullah letak jawatan ini cerita politik bola. Untungnya pemimpin bola bertanggung jawab, sebab mulut peminat sentiasa berbunyi. Tetapi hakikat sebenar politik negara tidak demikian. Sangat sedikit pemimpin dan rakyat yang cenderung memikirkan masa depan dan maruah negara apabila kita tercorot dalam indeks rasuah dan demokrasi" - Mahfuz Omar

Presiden PAS minta rakyat bersatu akhiri kezaliman BN
"Di mana maruah dan harga diri kita dalam menentang kezaliman? Perhimpunan (Konvensyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) ini tidak akan bermakna sekiranyan tidak ada keberanian daripada rakyat untuk membuat perubahan.

Mana janji BN sedia peluang kerja di Terengganu?
"Jika mereka terpaksa berhijrah juga untuk mencari kerja, apa istimewanya memilih BN? Sedangkan soal penghijrahan ini seringkali dijadikan isu utama BN sewaktu PAS memerintah dahulu." Menilai negara Islam versi UMNO
"Kerajaan tidak bercadang menghentikan aktiviti perjudian secara berlesen di negara ini kerana mahu bersikap adil terhadap masyarakat bukan Islam..." - Dato' Hilmi Yahya, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (15 Disember 2004)

Rasional mengharamkan Evan Almighty
"Segelintir golongan Kristian di Amerika turut membantah filem Evan Almighty. Apakah kita yang beragama Islam tidak berasa malu, sensitif, diperlekeh serta terhina?"

Hampir semua ahli sertai PAS, UMNO Padang Kijang dibubar
"Padang KIjang sebelum ini adalah kubu kuat UMNO di Dun Kemahang yang sukar ditembusi PAS. Bendera bulan purnama pun sukar dipasang di kawasan tersebut"

UMNO matikan aktiviti agama di masjid
"Ulama parti sekular sering dihina kerana sebaik sahaja selepas membaca doa diadakan pula acara bertentangan dengan agama dan dilarang oleh Allah sedangkan sebelum itu ulama diminta mendoakan kesejahteraan majlis tersebut" - Ustaz Abu Kasim Manaf, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang.

Ke mana PM menghilang ketika sekali lagi negara dirundung pilu?
"Ada sesiapa perasan ke mana perginya PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya pada Rabu, 18 Julai lalu ketika seluruh negara tertumpu kepada enam perwira negara terkorban dalam nahas pesawat Nuri?"

Khairy pasti direstui ayahanda mentua terajui Pemuda
Khairy dijangka menang mudah menggantikan Hishammuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana tidak ada tokoh yang bersedia mencabar menantu kesayangan PM itu.

Tarbiah teras kekuatan PAS
"Kalau kita tak menang di Kelantan mungkin ramai orang Islam di negara ini belum kenal istilah hudud. Ini adalah hasil daripada tarbiah yang kita jalankan" - Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS

Anwar nasihati rakyat agar bersikap cerdik
"Membaca Utusan atau menonton RTM tidak akan membuatkan orang cerdik. Tidak ada yang lain yang disiarkan melainkan apa yang ada mengikut kerangka pemikiran BN" - Dato' Seri Anwar Ibrahim

Kelantan negeri pertama bakal laksanan cuti iddah
Kelantan akan menjadi negeri pertama memberi cuti iddah bagi kakitangan kerajaan negeri yang kematian suami.

Democracy, independent judiciary: Criteria for Islamic State
A democratic country with an independent judiciary are among the criteria of an Islamic State - Ustaz Nasharuddin Mat Isa, PAS Deputy President

'Nak celup jari rujuk mufti, buat Jom Heboh tidak'
"Nak celup jari (dalam dakwat) waktu pilihan raya, SPR tanya mufti dulu, yang hampa buat Jom Heboh tak tanya mufti pun" - Ustaz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah.

Pengundi BN Ijok hidup bagaikan sebelum merdeka
"Ketika kempen pilihan raya, pemimpin UMNO berjanji akan memberi peruntukan untuk baiki rumah tetapi mereka hanya beri 10 keping zink sahaja"

Dan banyak lagi berita dan isu yang sepatutnya diketahui rakyat umum... Dapatkan segera di kedai-kedai berhampiran!! =)

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner