Tuesday, May 09, 2006

HATIKU MILIKMU [siri 4]

''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang...''
''Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti.,'' nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah...Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!'' (Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa....'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pakwe,'' bentak Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pakwe dia pulak kad kau tu. Aku rasa, tentu pakwe dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni, Fathil,'' tambah Joe.
''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku kenal pakwe dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit...''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat...sekarang ni pun dah boleh belasah ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,'' Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.

''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif...kawan abang yang hitam manis tu. Dia ta de rupa sangat tapi agamanya, insyaAllah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart group yang sama dengan abang..''
''Maziah ingat....zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah....'' Tiba-tiba.....
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii...'' laung Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia menghampiri Fathil.
''Fathil...dengar sini...''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan....''
''Fathil...'' Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
''Sudahlah....tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je..'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga. Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu anti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya saban hari.
''Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?'' Maziah mengangguk.
''Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah. Banna datang menghampiri adiknya.
''Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya. Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
''Insyallah, bang! Err, abang...dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!'' Tanya Maziah.
''Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
''Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid. (Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah dan da'wah...). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
''Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah,'' Banna terdiam dengan kata-kata itu. (Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astaghfirullah)

Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
''Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan Fika.
''Aku bengang betul lah!''
''Bengang apa?''
''Maziah dating depan aku tadi lepas tu sesuka hati dia je koyak kad yang aku bagi. Siapa tak bengang?''
''Orang dah ada pakwe, cari lain je....''
''Huh, tak semudah tu! Ni Fathil...dia belum kenal lagi siapa Fathil!''
''Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.
''Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,''
''Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.
''Bodoh! Belasah pakwe dia lah...''
''Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''
''Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas makwe aku dan sengaja ajak dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ''
''Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle Maziah.
'' Kau tahu apa Umar?! Tu lah...asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?'' Umar akhirnya mengalah.

Bersambung...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner