Tuesday, May 09, 2006

HATIKU MILIKMU [siri 5]

''Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu. Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk. Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya. (Kau Banna? Ah...kasihan kau!) kesal hati Umar.
''Cis, mampuslah korang berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.
''Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka. Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka. (Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
''Woii. Korang gaduh ye?''
''Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.
''Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?'' Pak Guard menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena penumbuk Joe.
''A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,'' tambah Joe.
''Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Takde orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,'' Pak Guard masih curiga lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga mulutnya.
''Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,'' Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
''Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!'' Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
''Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
''Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku, hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.
''Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah rampas makwe aku. Lepas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!'' Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan mereka petang tadi. (Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
''Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cuba menjelaskan keadaan. Fathil segera memotong.
''Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu makwe aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik belasah kau,''
''Bodoh! Memang kau salah faham...'' Umar menengking lagi. Dia tak dapat menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
''Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri...'' Fathil menguatkan kenyataannya.
''Aku pun tengok!'' tambah Joe.
''Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan makwe!'' Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam mukanya. (Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?) Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motosikalnya untuk meronda ke sana lagi sekali.
''Anggaplah takde apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut sambil menghulurkan tangannya. (Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
''Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak Guard menyindir sambil berlalu pergi. Umar merenung wajah Banna.
''Banna, cedera nta teruk ke?''
''Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
''Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''
''Lupakanlah..... Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta boleh bagitahu Fathil hal ni,''
'' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya berdarah.
''Tak per, Umar. Lupakan... Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
''Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima. Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang....luv U!! Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur Syafika.
''Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak boleh pergi smart group,''
''Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun takpe, '' balas Banna. Mengharap.

Bersambung...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner