Nota itu benar-benar menyentak naluri. Hijriah pula direnungi sedalam mungkin.
"Apa semua ni?" soalan yang terpacul itu memang sarat dengan tanda tanya. Serentak dengan itu peristiwa petang tadi terngiang-ngiang di ingatannya. Kerana nota-nota berwarna seumpama itulah, Tsabit digelarnya perompak. Namun itu bukanlah suatu jawapan…sebaliknya menambahkan persoalan.
"Hijriah! What’s up? Teka-teki apa ni? Saya tak faham…" Khazinatul Asrar terus dan terus mendesak. Bingung. Pelik. Hairan. Ganjil. Ajaib. Ahhh.. Hijriah hanya menunjukkan reaksi tenang dengan persoalan yang diwujudkannya itu. Namun akhirnya, hati dan perasaan seorang sahabat beralah jua pada redup mata Khazinatul Asrar yang jelas memendam persoalan.
"Asrar, maafkan saya!" ungkapnya perlahan.
"Asrar, maafkan saya!" ungkapnya perlahan.
"Untuk apa? Kenapa? Hijriah…???" luahan persoalan itu benar-benar meresapi sanubari Hijriah. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya kerana mendera perasaan Khazinatul Asrar dengan persoalan. Ibarat membalas dendam kesumat yang bersarang.
"Asrar, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang nota tue, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan sesuatu daripada awak kerana memang saya tak mampu untuk berbuat begitu.." manik-manik jernih mula menitis di pipi Hijriah sambil tangannya menulis beberapa susunan angka. 017-3410170. Biarlah air mata itu menyucikan sekeping hati yang kadang-kadang dikuasai dendam dan iri hati. Satu persatu angka 017-3410170 dari handsetnya ditekan.Khazinatul Asrar memang amat mengharapkan satu jawapan dan kepastian.
"Hello!" suatu suara garau menyambut panggilan bisu dari Khazinatul Asrar.
"Hello, siapa ni?" beberapa kali suara itu mendesak. Khazinatul Asrar hanya mendengar dengan penuh keliru akan suara yang langsung tidak dikenalinya itu sambil matanya tidak berganjak dari anak mata Hijriah, Yang pasti ianya bukan suara Tsabit.
"Hello,Hellooo…awak ni nak main-main ke?" nada suara itu semakin tinggi.
"Err, siapa di sana?" terkeluar juga pertanyaan itu dari lidahnya yang kelu.
"Eh, kau pulak yang tanya saya siapa?" suara itu masih geram.
"Maafkan saya…saya…saya…saya cuma nak tahu siapa di sana?" terketar-ketar lidah Khazinatul Asrar dilanda persoalan.
"Kenapa? Saudari ni nak berkenalan dengan saya ke?" suara itu kembali rendah dan cuba bergurau pula. Khazinatul Asrar geram dengan gurauan itu. Bibirnya digetap. Bukan prinsipnya gatal nak mengenali seorang lelaki.
"Maaf! Kalau bukan Hijriah yang suruh, saya takkan telefon awak!" luahan Khazinatul Asrar itu menyentak suara itu.
"Apa? Hijriah?" suara itu menjadi cemas. Sangat cemas.
"Saudari ni Khazinatul Asrar ke?" suara itu bertanya dengan nada takut.
"Emm…" jawab Khazinatul Asrar ringkas. Dia semakin pelik apabila lelaki itu telah mengenali dirinya.
"Hijriah mungkir janji! Saya dah agak dia mesti dedahkan juga hal ni akhirnya. Suara itu berbaur hampa meluahkan ketidakpuasan hati.
"Jadi awaklah rupanya menyuruh Hijriah menyelitkan nota berwarna biru tu dalam buku-buku saya?" soal Khazinatul Asrar.
"Err..jangan salah faham. Saya…saya.." suara itu seakan-akan menyusun ayat.
"Apa yang saya telah curi daripada awak?" Khazinatul Asrar semakin berani berhadapan dengan suara lelaki itu. Dia benar-benar ingin meleraikan persoalannya.
"Khazinatul Asrar…biarlah dengan peluang ini saya berterus-terang, sejak pandangan pertama lagi, awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung tidak boleh melupakan awak." Suara itu langsung tidak mahu berselindung sesuatu. Beristighfar panjang Khazinatul Asrar mendengar kata-kata itu. Butang End ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Susulan daripada itu, beberapa kali handsetnya berirama minta disambut namun dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki.
"Hijriah, tolong jangan buat saya begini!" Khazinatul Asrar seakan menahan marah. Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.
"Hijriah, tolong jangan buat saya begini!" Khazinatul Asrar seakan menahan marah. Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.
"Sabar Asrar…biar saya jelaskan," udara disedut sedalam mungkin untuk memulakan bicara. "Lelaki tu Ahmad Mukhlisin namanya. Dia siswa tahun akhir course Medic. Jiran saya…Dialah yang menyuruh saya selitkan nota-nota nie dalam buku awak." Handset Khazinatul Asrar berirama lagi. Dia segera memilih profile silent.
"Tapi kenapa awak lakukannya?" celah Khazinatul Asrar.
"Kerana cinta dan harapan……Asrar, saya sebenarnya menaruh impian cinta terhadapnya namun ternyata dia mencintai awak. Sejak pertama kali dia menyuruh saya menghantar nota-nota nie, sejak itulah saya tahu bahawa dia tak pernah mencintai saya bahkan terlalu menyukai awak, Asrar. Dia merapati saya pun hanyalah kerana ingin mengenali awak. Mulanya saya terlalu kecewa dan mendendami awak tanpa rasionalnya. Kuliah yang saya ponteng tempoh hari sebenarnya kerana saya terlalu melayan kekecewaan ini. Saya sedar kesilapan saya dan berjanji untuk membantu Mukhlisin menawan hati awak semata-mata untuk membuktikan pada diri saya sendiri bahawa betapa tidak patutnya timbul perasaan dendam terhadap sahabat semulia awak. Maafkan saya. Harapan saya agar dia akan memiliki awak.." Hijriah menitiskan air mata lagi. Khazinatul Asrar sebak dengan penjelasan itu. Tulusnya hatimu Hijriah.
"Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apa- apa terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran yang bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa bersalah begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah." Tubuh itu dirangkul erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.
"Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apa- apa terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran yang bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa bersalah begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah." Tubuh itu dirangkul erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.
"Asrar, Mukhlisin seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia mengenali awak sewaktu awak turut dicalonkan mewakili Fakulti Pengajian Islam dalam pilihanraya kampus tahun lepas. Gadis semulia awak memang layak untuknya, Asrar. Hati saya sendiri akur dengan hakikat ini walaupun saya pernah mencintai Mukhlisin. Sekuntum mawar berduri yang dikagumi sang kumbang… awak memang contoh yang tepat untuk apa yang awak pernah katakan," raut wajah Hijriah memancarkan keikhlasan. Khazinatul Asrar hanya berdiam diri dengan kata-kata Hijriah. Setelah seketika dia bersuara.
"Hijriah, saya harap saya takkan mengenalinya!"
"Asrar..awak tak nak bagi peluang padanya?" Tanya Hijriah. Khazinatul tidak memberi respond terhadap persoalan itu. Hijriah menyambung lagi...
"Janganlah begitu..Mungkin awak tak suka cara dia approach awak. Yealah, siapa suka dititlekan ‘pencuri’ ?! Tapi itu suatu hakikat…awak memang telah benar-benar mencuri hatinya. Mukhlisin sedar awak memang sukar didekati lelaki tanpa sebarang urusan. Dia sedar bahawa dia tiada alasan untuk mengenali awak kerana tak mungkin dia mempunyai urusan dengan awak. Kalau dia luahkan dalam surat pun tentu awak tak layan. Apatah lagi, mustahil baginya untuk keluar dengan awak. Saya sendiri yang menjadi penasihat utamanya. Sebab itulah dia hadirkan dirinya dalam hidup awak melalui cara ni. Dia tak salah, kan?!" beria-ia Hijriah membela Mukhlisin.
"Cukuplah….saya dah cukup teruji dengan makhluk Allah bernama lelaki sejak di bangku sekolah lagi. Saya takkan tewas lagi! Pengalaman mengajar saya bahawa cinta Allah tak boleh diganti sesiapa. Hanya cinta Allah yang memberi kebahagiaan, bukan kelalaian dan angan-angan. Cinta manusia sifatnya sementara. Ada yang bersifat dusta. Ada yang melalaikan dari cinta Pencipta. Saya tak nak dipisahkan dari cinta suci Kekasih Agung di saat ini semata-mata kerana cinta sementara manusia." Luah Khazinatul Asrar agak emosi.
"Pengalaman? Khazinatul Asrar si mawar berduri ni pernah bercinta?" Hijriah cuba mencungkil sesuatu.
"Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujian Allah yang paling berat untuk hamba-Nya bergelar remaja." Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.
"Jadi, benarlah awak pernah bercinta?" Hijriah semakin berminat untuk tahu. Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk menceritakan pengalamannya. Moga Hijriah boleh belajar sesuatu.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment