Tuesday, February 28, 2006

Seindah Mawar Berduri [Siri 14]


Tatkala melintasi suatu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat di situ. Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut.

"Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang begini…bahaya tau! Nak balik kampus ke?" Mukhlisin mengambil berat terhadap jirannya.

"Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau pulak tentu dari Bangi kan… nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?" Hijriah pulak bertanya bertubi-tubi.

"Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku hantarkan kau sekali. Alah aku ni kan jiran kau…tak payahlah segan. Mari…" Mukhlisin cuba meyakinkan Hijriah yang kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta.

"Kau dari mana sorang-sorang ni?" tanya Mukhlisin prihatin.

"Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan Humaira’. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni kan hari minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran," jawab Hijriah.

"Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan lagi ke?" sindir Mukhlisin.

"Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun menjadi faktor kejayaan tau!" balas Hijriah.

"Yea lah tu…aku nak tengok jea konvo hujung tahun nie kau masuk golongan first class atau tidak," Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah marah. Hijriah menjeling geram.

"Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,kan…kalaulah kau masuk third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang malam asyik ingatkan si dia…" giliran Hijriah pula sinis menyindir. Mukhlisin tersenyum nakal.

"Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi…Kau jangan lupa, course Medic tak main class-class tau, antara Pass atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah….Dia pun konvo sama-sama kita,kan?" wajah Khazinatul Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin. Hijriah menggeleng lagi,

"Kau ni memang….kalau pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?"

"Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku Ampuan Afzan.nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa ajak dia sekali," Mukhlisin bergurau. Hijriah mencebik bibir.
"Tak malu!" bentak hatinya.

"Aku rasa dia tak nak datang pun. Rela dia sakit daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit pulak aku bila tengok muka kau tu," Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin tiba-tiba rasa sedikit sensitive.

"Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya aku?" melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan kata-kata itu.

"Engkau? Bagi aku…kau lelaki istimewa. Ada rupa, kemewahan dan pelajaran. Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu. Sabarlah…." Pujuk Hijriah.

"Tapi, dia langsung tak bagi aku peluang. Macam dia dah ada orang yang punya,"Mukhlisin membuat andaian.

"Khazinatul Asrar dah berpunya? Tak mungkin! Dia mawar berduri. Cintanya milik Allah. Bukannya senang nak disunting sesiapa!" sangkal Hijriah.

"Aku harap begitulah…" balas Mukhlisin penuh harapan.

"Kau kena fikir…keduniaan serba lengkap yang kau miliki boleh ke menjanjikan kebahagiaan pada Khazinatul Asrar nanti? Wanita beriman takkan pandang sangat pada kekayaan dunia. Satu lagi, kau tu janganlah terlalu kejar dan mendesak dia. Rimas dia nanti. Buatlah perangai elok-elok sikit macam lelaki beriman. Ni tidak… cakap pasal Islam jea pandai, akhlak tak beramal sangat. Asrar selalu ingatkan aku bahawa zaman sekarang ni, ramai orang yang boleh bercakap pasal Islam tapi tak ramai yang menghayati Islam tu sendiri. Ramai juga yang menabur janji cinta kerana Allah tapi tak merealisasikan cinta itu sebenarnya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kata-kata. Dia akan menilai pada akhlak kau, kau dalam ujian dan nilaian Asrar sekarang ni, tau!" nasihat Hijriah berserta bisikan di dasar hatinya, nasihat itu ditujukan untuk dirinya sendiri juga.

"Dia sedang menguji aku?" soal Mukhlisin. Serius.

"Takkan nak tipu!" jawab Hijriah. "Pass ke aku pada ujian dia?" keluh Mukhlisin, bimbang. "Resultnya adalah ketentuan Allah jua, katanya. Khazinatul Asrar tu mementingkan keberkatan dalam hidupnya. Baginya, lebih berkat kalau dia menerima lelaki di saat dia dah betul-betul bersedia terutamanya bila dah graduate. Kau kena banyak berdoa agar waktu tu hatinya boleh terima kau. Itulah petanda kau dah lulus ujian dia.."

"Hijriah, aku risaulah! Inilah kali pertama aku merasakan dhoifnya diriku walaupun hidup penuh kemewahan. Iman aku tak sekaya Khazinatul Asrar! Rasa macam tak padan nak bergandingan dengan dia. Tapi, aku masih boleh memperbaiki diri..Hijriah,kan?! aku memang dah lama bercita-cita nak jadi baik macam dia. Mendamaikan tiap mata yang memandang. Aku tak boleh melupakan Khazinatul Asrar walau sesaat pun.." luah Mukhlisin.

"Ha…dia pernah beritahu aku tentang lelaki idamannya."

"Apa dia cakap?" Mukhlisin tak sabar-sabar.

"Amboi amboi..kau ni! Okey, dengar baik-baik yea… Khazinatul Asrar impikan seorang suami yang akan memeriahkan mahligainya dengan kalamullah, menghidupkan malam dengan tahajjud berjemaah, mendidik generasinya dengan pewaris perjuangan Rasulullah. Biarlah lelaki itu tak punya rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan keimanan. Ehem…kau dah cukup syarat nak jadi lelaki idaman Khazinatul Asrar?" usik Hijriah lagi.

Tiba-tiba brek ditekan mengejut menyebabkan kedua-duanya tersentak ke hadapan. Nasib baik tali pinggang dipasang kemas dan belon udara cepat bertindak. Kebetulan jalan yang biasanya sesak itu agak lengang. Tiada kereta yang memandu dekat di belakang. Kalau tidak, mungkin mereka nahas dirempuh dari belakang.

"Kenapa kau ni?" Hijriah sangat terkejut.

"Maaf…maafkan aku! Kau tak apa-apa, Hijriah?" Mukhlisin rasa bersalah. Wajahnya sangat cemas.

"Nasib baik Allah masih lagi nak pinjamkan nyawa. Kenapa kau brek mengejut?" Hijriah kelihat agak marah dengan tindakan Mukhlisin itu.

"Aku…aku nampak Khazinatul Asrar melintas tadi…" jawab Mukhlisin dengan wajah yang pucat. Suis kereta dihidupkan kembali.

"Astargfirullahal azhim…cerita pasal dia sikit pun kau dah mula lalai dan berkhayal. Patutlah dia tak nak layan lagi cinta kau waktu ni, nanti lagi dahsyat kau berkhayal," tegas nada Hijriah.

Tidak bergurau lagi. Namun hatinya dapat menafsirkan betapa dalamnya cinta Mukhlisin terhadap sahabatnya. Mukhlisin pula mula berdiam diri hinggalah tiba ke destinasi. Pelbagai persoalan yang bertandang di benak fikirannya kerana asyik memikirkan layakkah dirinya memiliki gadis pujaannya bernama Khazinatul Asrar.
Bersambung...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner