Sunday, March 08, 2009

Gambar Himpunan Bantah PPSMI

Saya teringin untuk menyertai mereka tetapi tidak diizinkanNya. Agak teruja melihat gambar-gambar ini. Semoga isyarat yang ditunjukkan rakyat ini membuka mata dan hati golongan yang berdegil meneruskan sesuatu yang membawa 'kecelakaan' kepada anak bangsa.


Credit to: http://www.pasalbuku.blogspot.com/

2 comments:

miesmoshe said...

'salam.. bg pendapat sy, x salah pun klu kte teruskan PPSMI tu, sy dlu sekolah di sekolah di mana pelajar melayu adalah yg plg minority sekali, bayangkan dalam satu kelas tu hanya ada 3 org shj yg berbangsa melayu. dan persaingan mmg sgt sengit antara pelajar2. dan jika pelajar itu tidak mahir berbahasa inggeris, mereka hanya akan bergaul di kalangan pelajar melayu shj. jika di lihat secara menyeluruh, ini menyembabkan berlakunya pengkelasan pelajar dan pelajar yang tidak mahir berbahasa inggeris kelihatan lemah. tp setelah beberapa thn PPSMI diperkenalkan, sy lihat mereka lebih mempunyai keyakinan diri dan pandai bergaul dgn org lain. mak sy juga seorg guru yg mengajar disekolah yg sama, dan die juga telah menyaksikan perubahan yg ketara diantara pelajar2 melayu di sekolah itu. dan boleh dikatakan pelajaran mereka juga bertambah baik. jadi PPSMI tu xdela seteruk mana yg disangkakan.lagipun, segala keputusan yg kita buat mest ade kebaikan dan keburukan dia. cuma kte perlu memperbaiki kelemahan yg ade..

'salam

Anonymous said...

Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita memanglah bagus kalau ditingkatkan. PPSMI pun bukannya teruk sangat kesannya kepada BM namun jika nak teruskan PPSMI, perlu buat banyak perubahan dan ditambahbaikkan nilai. Persoalan yang timbul sekarang ni yang buat semua orang menentang tu sebab banyak perkara dipandang mudah. Kalau dah nak buat PPSMI, perlu perkenalkan secara beransur-ansur. Tingkatkan pencapaian pelajar dalam BI dahulu, baru perkenalkan PPSMI. Bila pencapaian pelajar dalam BI rendah, akibatkan 2 mata pelajaran lain jugak turut rendah.
Masalah BI yang rendah ni dihadapi oleh pelajar luar bandar. Kalau teruskan PPSMI tanpa ada jalan lain untuk atasi, kita risau pelajar luar bandar ni akan terus terkebelakang sedangkan hampir 100% pelajar luar bandar ni MELAYU. Apa jadi selepas itu, anda sendiri tahu jawapannya... (itu hanya antara sebabnya sahaja. belum kira tahap pencapaian BM pelajar lagi)
PPSMI memanglah bagus, tapi selesaikanlah dulu kekangan yang ada. Guru mengajar BI pun dalam BM, macam mana nak mengajar sains n mats dalam BI pulak? Selesaikan masalah asas dahulu, kemudian teruskanlah. Saya pun nak balik ke sekolah semula dan belajar PPSMI kalau dah gitu...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner