Tuesday, March 24, 2009

Lagi kontroversi di Terengganu

Cantik tak gambar jambatan ni? Nama jambatan ini ialah Jambatan Sultan Mahmud. Di kiri kanan jambatan ni ada 2 tempat yang pernah mencetuskan kontroversi. Satunya ialah Pulau Duyong, lokasi Monsoon Cup. Di sebelah satu lagi, ada Pulau Wan Man, di mana terletaknya Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal (kristal ke kaca?). Tapi kali ini, jambatan itu yang menjadi kontroversi!!! Wah..kontroversi sokmo... Knape? Sebab ada la pihak yang sesuka hati menukar nama jambatan tu.... Tak percaya? Lihat gambar di bawah..

Haa... Apa tu?? Bila masa pulak nama jambatan tu ditukar jadi JAMBATAN BANDARAYA KT?? Adess... Sape yang pandai2 tukar ni??? Ish3... Hmmm.. Tidakkah ini boleh mengguris hati DYMM Tuanku Mizan?? Alahai... Ampun Tuanku.. Agaknya pentadbir kerajaan Terengganu ini tak sengaja.. Tapi kalau Tuanku nak marah dia, marah la... Patik redha... (",)

Baca selanjutnya...

Monday, March 23, 2009

Kebenaran ibarat air yang mengalir...

Terima kasih kepada sahabat yang mengirimkan SMS kata-kata ini ^_~
Sesuai dengan tema blog ini maka saya editnya dalam bentuk gambar. Saja suka2.. Hehe..

Baca selanjutnya...

Friday, March 20, 2009

We will not go down (video)



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Baca selanjutnya...

Thursday, March 19, 2009

Kembara Hidup (audio)

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layakkah pula aku untuk ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah di depan mata

Baca selanjutnya...

Wednesday, March 18, 2009

Nur Madihah ketepikan soal cinta


KOTA BHARU – Ketepikan naluri cinta demi cita-cita.
Bagi sesetengah remaja, zaman persekolahan mungkin lebih indah sekiranya disulami perasaan disayangi dan menyayangi malah. Malah ada di antara mereka berbangga jika memiliki ‘buah hati’.

Lain pula bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya memperoleh keputusan 20A, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal (gambar), 18, yang menganggap cinta remaja itu boleh merosakkannya.

Menurutnya, cinta remaja tidak mendatangkan manfaat kerana ia hanya melalaikan dan menjejaskan tumpuan terhadap tugas utama iaitu mencari ilmu

“Saya ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan sebelum bercinta. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta.

“Bagi saya, bercinta tanpa mengikut syariat Islam itu haram dan itu juga yang diajar oleh cikgu-cikgu saya di sekolah,” katanya yang mengakui tidak pernah bercinta dan tidak berminat untuk bercinta buat masa ini.

Tambahnya, para pelajar perlu menyedari bahawa cinta ialah ‘musuh’ utama kerana ia boleh mengganggu emosi sehingga menyebabkan mereka hilang fokus dalam belajar.- KOSMO online

Tahniah adik Nik Nur Madihah. Hari ini, ramai yang menjadikan alasan bercinta sebagai sumber inspirasi, pendorong untuk cemerlang dalam pelajaran.... Nah, Madihah sudah buktikan, bercinta bukan faktor kejayaan sebenar. Saya doakan agar Madihah istiqamah dengan prinsipnya dan tegar dalam menghadapi ujian hidup yang lebih besar selepas ini.

Baca selanjutnya...

Monday, March 16, 2009

Malu rasanya katakan cinta...

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Baca selanjutnya...

Saturday, March 14, 2009

Inilah Rumah Saya - Pelajar Terbaik SPM 2008

Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa.

Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.

Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006, bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari. - Utusan

Baca selanjutnya...

Friday, March 13, 2009

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A


KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).
Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.
"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau.

Sumber: http://harakahdaily.net/

Alhamdulillah... Tahniah buat adik Nik Nor Madihah. Pencapaiannya bukan sahaja membanggakan ibu bapa dan sekolahnya tetapi pada agama juga. Syabas dan tahniah!!!

Baca selanjutnya...

Tuesday, March 10, 2009

Be inspired [video]

Baca selanjutnya...

Ujian itu tarbiyah..


Walaupun ini blog peribadi, namun saya agak jarang menceritakan hal diri sendiri. Bukan fevret saya bercerita tentang diri kerana tiada apa yang istimewa untuk diceritakan. Jika ditanya khabar saya pada ketika ini, jawapan saya, 'Sihat alhamdulillah... Cuma sedikit tertekan dan terkilan'.

Seperti dalam posting sebelum ini, saya terpaksa menghadiri kuliah 7 hari seminggu. Tiada cuti walaupun cuti am. Sungguh, ini satu rekod!!! Diz happened becoz subjek Process Synthesis Project memerlukan tenaga pengajar yang berpengalaman di dalam industri. Disebabkan itu, tenaga pengajar tersebut (seorang Process Engineer) terpaksa membuat kelas pada hari minggu kerana beliau bekerja pada hari-hari biasa.

Tetapi selalu juga dibuat pada hari biasa, namun pada waktu yang agak melemahkan saya iaitu pada waktu malam, waktu di mana saya ada tugas-tugas lain untuk persatuan, untuk usrah dan sebagainya. Ini menambah tekanan saya ke tahap saturated atau mungkin supersaturated.

Saya bukan tertekan kerana terpaksa menghadiri kuliah beliau tetapi yang menyebabkan rasa terkilan ialah saya terpaksa miss banyak program bersama Al-Iman dan lain-lain program harian saya untuk persatuan dan usrah.

Pagi semalam dah miss satu meeting bersama GAMIS Terengganu. Mujur si Dhuha dapat mewakilkan diri. Hujung minggu ini pula ada Kem Jati Diri untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Minggu depan di sekolah Rantau Petronas. Dan saya juga terpaksa beberapa kali postpone usrah bersama adik-adik muslimin dan muslimat kerana jadual hidup yang tidak menentu saat ini.

Bukan ingin mengeluh tetapi saya ingin kongsikan situasi ini kepada saudara yang tidak pernah merasai pengalaman seperti ini. Saya telah terdidik dengan program-program. Maka saya sangat menghargai program-program seperti ini. Saya akan rasa sangat rugi sekiranya terpaksa miss usrah dan program-program tersebut. Keterbatasan ini kadang-kadang sangat meletihkan tetapi saya yakin ia pasti berbaloi.

Kelas yang sepatutnya diadakan pada malam tadi telah dipostpone menyebabkan saya kembali menukar jadual. Terus bergegas ke meeting bersama Jawatankuasa pelaksana program al-Iman Consultant. Begitulah rutin hidup saya yang entah apa2 ni... Perlu sentiasa berada dalam mode standby... Kasihan juga kepada adik-adik saya yg terpaksa last minute dipostponekan usrah gara-gara hidup naqib yang huru hara ini... Inilah tarbiyah... Ujian yang menguji kesabaran... (",)

Baca selanjutnya...

Monday, March 09, 2009

Lukisan Rindu

Hari ini 12 Rabiulawal 1430H, hari cuti am bersempena ulang tahun tarikh kelahiran insan terulung, Mr. Perfect.. Insan yang teramat mulia... Muhammad S.A.W.

Namun, saya pula terpaksa menghadiri kuliah dari pagi sampai malam, dengan jadual yang agak padat, kelas 7 hari seminggu termasuk cuti am, sehingga terasa amat rindu kepada keluarga di rumah, kepada mak, abah dan adik. Padahal rumah dengan kampus tidaklah terlalu jauh walaupun lebih 2 marhalah.


Tarikh 12 Rabiulawal juga sebenarnya ada sejarah penting yang terlakar dalam memori hidup saya. Tapi bukan itu yang ingin saya kongsikan. Cuma sebuah lirik dari sebuah kumpulan nasyid baru yang dinamakan Are-Buddy dengan tajuk Lukisan Rindu, sesuai dengan tema Maulidurrasul pada hari ini ^_~ Bersama kita gandakan selawat ke atas Baginda S.A.W.



Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bis a lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah..

Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah

Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna

Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

*Terima kasih kepada adik saya, Azrin yang memperkenalkan kumpulan nasyid ini (berasal dari sekolahnya) dan sudi menaip lirik ini buat saya (",)

Baca selanjutnya...

Sunday, March 08, 2009

Aku Cinta Kamu..


Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Mari kita bercerita tentang Nabi kita.
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
Supaya yang lupa diingat kembali.
Bertambah ingat lagi.
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
Kerana inilah dia tidak perlu menulis.
Dan membaca seperti manusia biasa.
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Tawakalnya luar biasa.
Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
Dia tidak membunuh orang.
Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
Tapi dia tidak membunuhnya. .
Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Kasih sayangnya sangat ketara.
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
Orang yang bersalah dimaafkannya.
Sekalipun orang itu tidak memintanya.
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
Dia membuka bajunya untuk disebat.
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
Lalu dimerdekakannya.
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
Pemurahnya tidak ada taranya.
Macam angin kencang lajunya.
Tiada siapa yang boleh menandinginya.
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
Cuma ketaranya pada mukanya.
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
Sekalipun musuhnya.
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
Paling tidak, dia makan berdua.
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
Dia tidak pula mencercanya. .
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
Sehingga orang tidak tahu marahnya.
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Sabarnya luar biasa.
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
Dia redha. Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
Yang tiada bandingannya. Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
Diberi gelaran Sahabat namanya.
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
Rasul adalah bulan pumama.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
Sekalipun orang itu kafir.
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
Kerana menghormati tetamunya.
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
Sekalipun binatang yang melata.
Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
Sekalipun menyalahi utama.
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
Dia orang paling pemalu.
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
Hingga bengkak-bengkak kakinya.
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
Tapi dia buat dengan sukarela.
Kerana mencari redha TuhanNya.
Dia sebaik-baik suami.
Tidak mampu orang lain membuatnya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
Satu cerita yang menyayat hati kita.
Seorang buta yang benci kepadanya .
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
Hingga sampai waktu wafatnya. Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
Si buta itu terkejut! Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Kalau dia bersahabat atau berkawan. Mengutamakan kawannya.
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
Setiap orang merasa dia dihormatinya.
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
Supaya lebih terperinci lagi.
Cerita dan beritanya.
Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
Dia tidak akan makan sebelum lapar.
Dia akan berhenti sebelum kenyang.
Tidak macam manusia biasa.
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya .
Kalau dia suka kerana Tuhannya.
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
Bukan kerana peribadinya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
Makan minumnya bukan diusahakannya.
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
Terutama yang ada keluarga..
Dia tidak menerima upah
Lebih-lebih lagi meminta upah.
Kerana usaha perjuangannya. .
Tetapi ada manusia hari ini, memakan upah.
Dari usaha dakwahnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
Dia beristerikan wanita kaya, Khadijah namanya .
Hartanya diserahkan habis kepada nabinya .
Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Kalau dia bercakap lantang suaranya .
Tegang urat merihnya.
Kalau dia bercakap bak mutiara.
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
Tidak seperti sesetengah manusia hari ini.
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
Bukan dari hatinya.
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia biasa.
Dia bercakap pendek sahaja..
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ .
Kata-katanya singkat tapi padat .
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
Kita sambung lagi cerita nabi kita.
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
Sekalipun tidak berdosa.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
Insafnya dapat dilihat di mukanya.
Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
Rasulullah mudah menangis.
Kerana takutkan Tuhannya
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
Akhlaknya sungguh agung.
Tuhan memujinya.
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia .
Sebelum dan sesudahnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya.

Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
Tidak ada siapa boleh menandinginya.
Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
Tawadhuk dengan Tuhannya, sentiasa ada.
Sangat ketara, di dalam hidupnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

Dia berpakaian jubah dan serban.
Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
Warna hitam ada juga dipakainya.
Tapi sekali sekala.
Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
Daging sebagai lauknya
Itulah penguat badannya.
Demikianlah secara ringkas..
Yang global tentang cerita nabi kita
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya
Ya ALLAH jadikanlah kami penyambung peribadi dan perjuangan Rasulullah saw.
Ya Rasulullah, kami tidak pernah melupakanmu. Dalam solat kami, kami menyebut berulang-ulang kali setiap hari:


...Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
Yang lahir dan yang batin ..
Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
Yang kekal sampai ke akhir zaman.
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memadai.
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

Aku cinta kamu wahai kekasih Allah...
Salam Maulidurrasul..

[Artikel ini diambil dari satu emel forward. Credit kepada siapa yang menulisnya (",) ]


Baca selanjutnya...

Gambar Himpunan Bantah PPSMI

Saya teringin untuk menyertai mereka tetapi tidak diizinkanNya. Agak teruja melihat gambar-gambar ini. Semoga isyarat yang ditunjukkan rakyat ini membuka mata dan hati golongan yang berdegil meneruskan sesuatu yang membawa 'kecelakaan' kepada anak bangsa.


Credit to: http://www.pasalbuku.blogspot.com/

Baca selanjutnya...

Saturday, March 07, 2009

Taubat Seorang Hamba


Baca selanjutnya...

Thursday, March 05, 2009

Mekah Akan Datang...

Sangat menarik... Semoga kesucian rumah Allah terus terpelihara...


Baca selanjutnya...

Wednesday, March 04, 2009

Chem E-Car Competition



Ketika ini (4-5 Mac 2009), sedang berlangsung satu program, Chem E-Car Competition 2009 bertempat di UniKL MICET, Melaka. Saya sepatutnya hadir sebagai peserta namun kerana kesuntukan masa & kurang persediaan terpaksa menarik diri dan pihak fakulti sekadar menghantar 2 team junior sebagai observer.

Apa itu Chem E-Car Competition?

The Chem-E-Car Competition provides a stage for undergraduates from universities and colleges to showcase their engineering ability and creativity towards performance of model car powered by self-built chemical cell or fuel cell.. The performance is not based on speed but rather on the ability to transverse a specified distance whilst carrying a specific load of water – with both distance and payload only being revealed at the start of the competition day.

The competition will consist of two sessions - the first is a poster presentation. Participants are given 10 minutes to present their model cars and describe the propulsion system as well as the innovative and creative ideas they have made in areas such as propulsion system, safety, environmental issues, efficiency etc.

This is then followed by the model car competition where each team would be given a number of attempts (to be determined by the organisers). The team whose model car ended nearest to the end line wins the competition.

A Chem-E-Car is a model car whose propulsion system is either a chemical cell or fuel cell. The power that is required to drive the model car must be generated or converted from chemical energy. Commercial batteries and fuel cells are nevertheless not allowed in the competition.

The objective of the competition is to provide opportunities for students from Institutions of Higher Learning to showcase their creativity in the field of chemical engineering.

Haa...paham tak? Hik3... translate la sendiri... =p

Hmm.. ni gambar2 sekitar pertandingan tahun2 lepas... Wah..mantop & sangat kreatif diorang ni.








Semoga adik-adik saya yang jadi observer kali ni dapat jadi peserta yg baik pada tahun depan. Selamat berjaya ^_~

Baca selanjutnya...

Untungnya Orang Mukmin

Baca selanjutnya...

Kursus Perubatan Jawi & Seminar MLM Syariah


7 Mac 2009
- Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) oleh Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail
- di Hotel Vistana Kuantan.
- 8.30 malam
- DAFTAR PERCUMA

9 Mac 2009
- Seminar MLM Syariah
- di Kompleks Tabung Haji Kuala Lumpur.
- 8 pagi - 4 petang.
- Yuran pendaftaran RM 15 shj.

Baca selanjutnya...

Tuesday, March 03, 2009

Lagi Rekod Tercipta di Perak


Dari: http://misabah.blogspot.com/

SIDANG DUN PERAK MENEMPA SEJARAH DI BAWAH POKOK SENA

Sidang DUN tergempar Perak terpaksa diadakan di bawah Pokok Sena di Bandar Ipoh Raya apabila speaker dan seluruh ADUN yang hadir dihalang dari memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan oleh pihak polis atas arahan Setiausaha Kerajaan Negeri. DUN Perak menempa sejarah baru yang belum pernah berlaku di mana-mana Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri dan juga dunia. Rundingan antara beberapa wakil ADUN dan Speaker dengan pihak polis gagal bagi membolehkan sidang DUN diadakan di bangunan Perak Darul Ridzuan.

Dato' Setiausaha Kerajaan Negerilah yang bertindak menghalang sidang DUN dari diadakan di bangunan Perak DR sebagaimana yang diumumkan oleh pihak polis sewaktu berunding dengan wakil ADUN. Tidak wajar Speaker yang mengetuai perjalanan Dewan Undangan Negeri dihalang memasuki Dewan sedangkan beliau berkuasa penuh memanggil mesyuarat. Kejadian ini amat bertentangan sama sekali dengan satu usul yang pernah diluluskan oleh Parlimen Malaysia bahawa semua ahli Parlimen bebas keluar masuk ke kawasan Parlimen tanpa ada sebarang sekatan. Sepatutnya ADUN-ADUN di Perak juga bebas keluar masuk Dewan tanpa ada sebarang sekatan apatah lagi menghadiri sidang DUN tergempar. Kejadian pagi tadi cukup memalukan Malaysia, demokrasi di Perak telah mati.

Dalam peristiwa yang berlaku pagi tadi, rombongan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat telah sampai ke kawasan bangunan Perak DR dengan menaiki 2 buah buas dan beberapa buah kereta. Mereka disambut oleh ribuan rakyat yang menunggu ketibaan mereka sejak awal pagi. Cubaan bagi menghalang ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dibuat oleh beberapa kumpulan yang dipercayai anggota Pakeda, mereka cuba membuat provokasi supaya ada tindak balas dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, kesabaran ADUN-ADUN dan penyokong berjaya menghindari dari kejadian yang tidak diingini. Selepas berjaya mengharungi halangan dari kumpulan tersebut, kami berdepan pula dengan FRU yang berwajah bengis, masam dan ganas. tetapi sedikitpun tidak mengerunkan kami.

Walau bagaimanapun sidang DUN tetap diteruskan di kawasan lapang di bawah Pokok Sena Bandar Ipoh Raya pada jam 10.15 pagi. Dua usul yang dibentangkan oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja dibahas dan diluluskan sebulat suara. Sidang DUN yang bersejarah itu dihadiri 27 ADUN Pakatan Rakyat dan disaksikan oleh ribuan rakyat Perak yang sejak awal menunggu di hadapan pintu masuk bangunan Perak DR bagi memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dua usul yang diluluskan itu ialah menyokong Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah di Perak, dan usul membubarkan DUN Perak bagi membolehkan rakyat Perak memilih kerajaan baru.

Sidang DUN ditangguhkan kira-kira jam 10.40 pagi.

Dalam sidang media yang diadakan sejurus sidang DUN ditangguhkan, YAB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah akan memohon menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan keputusan Sidang DUN dalam masa yang terdekat. Sementara itu, laporan polis juga akan dibuat oleh bererapa ADUN terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalang Speaker dan ADUN dari memasuki Dewan Undangan Negeri.

Baca selanjutnya...

LIVE From Perak

Baca selanjutnya...

Monday, March 02, 2009

Penantian 3 Mac di Perak...


Kemelut politik di Perak semakin memeningkan...
Krisis berterusan...

Bilakah semua ini akan berakhir?
Dengan cara apa?
Berpolitik itu perlu....tapi perlu berpada-pada...

Baca selanjutnya...

Sunday, March 01, 2009

Takziah Buat DS Nizar & DS Fatimah Sekeluarga...

Menantu yang soleh. DS Nizar mengimami solat jenazah

Takziah buat DS Nizar & DS Fatimah sekeluarga


Ibu Mertua Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10 malam tadi. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir setelah terlantar keuzuran sekian lama.


Penyempurnaan solat jenazah akan dibuat sebelum waktu zohor di Kediaman ibu Datin Seri Fatimah Taat di Jalan Damai, Tapah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga DS sekeluarga juga terus tabah menghadapi ujian Allah.

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner