Saturday, February 28, 2009

Mansuhkan PPSMI!!!

Klik untuk besarkan & sebarkan

Sebagai mahasiswa, belia dan pemuda yang cintakan tanah air, saya membantah keras pelaksanaan dasar PPSMI oleh kerajaan kerana ia tidak menguntungkan bahkan sangat merugikan.

Dalam mendepani isu ini, rakyat perlu bangkit, tidak kira dari golongan mana, profesional ataupun tidak, muda atau tua, lelaki atau perempuan, ayuh, marilah kita dengan kuasa rakyat membantah dasar yang akan meletakkan bangsa kita terus ke belakang ini.

Tidakkah tuan-tuan terfikir, mereka pada zahirnya sungguh lantang 'membela' bangsa Melayu, mengangkat slogan 'Hidup Melyu!' ke sana ke mari, tetapi di manakah keikhlasan perjuangan mereka? Pertubuhan mereka sendiri dinamakan dari bahasa penjajah, kini mereka sekali lagi ingin memperbodohkan rakyat dengan dasar PPSMI ini.

Anak-anak kecil menjadi mangsa keadaan. Salahkah mereka mendapat didikan Sains & Matematik ini dalam bahasa ibunda? Terlalu besar implikasi kepada golongan ini yang mana saudara boleh berfikir dan menilai sendiri.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner