Monday, July 09, 2007

Wanita Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk


Perkara ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya dalam Majalah I keluaran Nov. 2006. Sekadar mahu berkongsi… Bukan keseluruhan tetapi hanya sedikit petikan ayat dari artikel tersebut. Jika ada sebarang komen, sila kemukakan. Semoga bermanfaat.
  • Kenyataannya ialah tidak ada satu pun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa.
  • Al-Quran tidak menyebut Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu.
  • “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kita Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang ketiga belas.” – Abu A’la al-Mawdudi
  • Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268) – Riwayat Israiliyyat
  • Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan sebagai Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus.
  • “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik.” – al-Nahl:72 (Ayat-ayat lain dari al-Quran yang menyatakan pasangan kita itu adalah dari jenis kita sendiri- al-Rum:21 dan al-Syura:11)
  • “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, dan janganlah menyakiti hati jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada* tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.” (Hadis riwayat al-Bukhari no:4890)
  • *Perkataan min selain memberi erti “daripada” ia juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal.319)
  • “Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya”. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4889)
  • “Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.” (Hadis riwayat Muslim no:1468)
  • Satu hadis daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik pernah ‘menyamakan’(perumpamaan) perempuan sebagai botol-botol kaca, yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian. (Rujuk hadis riwayat Bukhari no: 5857)
  • Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner