Monday, July 16, 2007

Kewajipan Solat Jumaat Ketika Musafir...

Pada pemerhatian saya, masih ramai yg tak tau syarat wajib untuk solat jumaat... Ada dikalangan kita pada hari ini yg kurang mengambil perhatian tentang hal ini menyebabkan timbulnya beberapa salah faham dan mencacatkan kesempurnaan ibadah terutama solat itu sendiri.. Sebagai contoh, mereka menganggap kewajipan mengerjakan fadhu Jumaat telah gugur secara mutlak untuk mereka yg bermusafir... Persoalannya, adakah mereka yg safar/bermusafir pada hari Jumaat tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas mereka? Sejauh mana kebenaran 'pendapat' ini?

Pada umumnya ruhsah yang diberikan kepada mereka yang bermusafir ialah melakukan solat secara Qasar dan Jama' dengan memenuhi syarat2 tertentu seperti :- perjalanan perlu 2 marhalah (87km). Bagi menghadiri diri untuk solat Jumaat juga, salah satu syaratnya ialah : bermukim di tempat Jumaat didirkan. Dengan kata lain, tidak wajib Jumaat kepada mereka yang bermusafir. Maknanya, mereka yang bermusafir dibenarkan melakukan Jama' Ta'khir; iaitu menjama'' dan qasar solat Zohor didalam waktu Asar. Akan tetapi kelonggaran bermusafir ini mempunyai kondisinya sendiri menurut beberapa pandangan Mazhab2 Fiqh. Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-

a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.

Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain.

Wallahua'lam...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner