Wednesday, July 25, 2007

eGo SeOrang LeLaki

Dalam keindahan dan kesamaran malam yang gelap zulumad hadir satu pertembungan dua insan yang selalu bermuhasabah diri bersama. Mencari silap diri dan betuli kesilapan lalu agar tak mengulanginya lagi.

“Anti, maafkan ana atas kesilapan tadi… anti bayangkan ana melutut didepan anti dan pohon ampun pada anti. Ana betul-betul tak sengaja atas peristiwa tadi, ana tak sangka apa yang ana katakan menyakitkan hati anti, sungguh ana pohon ampun pada anti. Maafkan ana, anggaplah ana melutut di depan anti.”

Aku mencari kata-kata untuk meredakan gelombang yang melanda.

“Anta, siapalah ana untuk menghukum manusia? Sedangkan Allah bisa ampunkan hambaNya apatah lagi ana hanya hamba Allah yang hina disisiNya, hamba yang sering lalai dan leka dengan godaan dunia, astaghfirullah hal azim moga pintu taubat masih terbuka untuk kita sama-sama merenung kesilapan masing-masing, ana minta maaf seandainya kata-kata yang bakal ana ucapkan menyakitkan hati anta, sesungguhnya ana tidak suka anta bersikap begini.

Ar-Rijal itu diciptakan untuk menjadi pemimpin, bukan diciptakan al-Khaliq untuk dipimpin, maka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anta perlu ada sikap ego dalam kelembutan maksud ana bukanlah ego dengan kuasa yg cuma setitik tapi ego yang ana maksudkan ialah usah merendah diri dengan Hawa yang sememangnya dilahirkan untuk dipimpin dan bukannya memimpin.
Andai anta merendahkan martabat anta sebagai pemimpin didepan ana sebagai org yang dipimpin, maka usahlah anta pertikaikan andai suatu waktu nnt anta ‘dipijak’ oleh golongan yang lemah ini. Bukan maksud ana untuk menghina anta sebagai pemimpin yang berwibawa sesungguhnya ana kagum dengan sifat kepimpinan anta Cuma ana tidak senang malah berasa hina kerana Allah menciptakan kami (kaum Hawa) untuk dipimpin oleh kaum Adam bukannya supaya kaum Adam melutut didepan kami membuktikan rasa bersalah dan menghukum diri.

Sungguh, andai benar anta melakukan kesilapan, pohonlah ampun dari al-Khaliq. Ana hanya hambaNya yang mengharapkan keampunan dari Dia juga, maka kita renungi kesalahan masing-masing moga tidak mengulanginya lagi, insyaAllah. Ana pohon maaf andai kata-kata ana menyakitkan hati anta. Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri ana sendiri. Moga lembutnya kasih sayang Allah membuatkan kita hamba yang taat kepadaNya, insyaAllah.”

Aku menunggu balasan kata-katanya.

“Jadi, anti sudah maafkan ana?”

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal… kalau sudah bermula satu ‘peperangan’ maka bersedialah aku dengan ‘perisai’ untuk mematikan segala ‘serangan’ darinya.

“Anta, tidak jelas lagikah apa yang telah ana ucapkan? Untuk apa ana berdendam dengan anta dengan perkara sekecil ini. Rugilah ana andai punya sifat dendam sedangkan an-Nisa’ itu diciptakan untuk menyenangkan hati ar-Rijal, bukanlah menyenangkan hingga terasa tiada batasan tapi menyenangkan segala urusan ar-Rijal untuk menjadi hamba yang taat. Supaya pertembungan antara ar-Rijal dan an-Nisa’ tidak dalam keadaan huru hara, sesuailah ar-Rijal diciptakan menjadi pemimpin dan an-Nisa’ diciptakan untuk dipimpin maka dititipkan dalam hati an-Nisa’ itu untuk menyenangkan pemimpinnya agar segala yang dipimpin membuahkan hasil yang lumayan.”

Dia masih cuba mengatakan sesuatu.

“Syukran ya anti kerana masih memaafkan ana. Sesungguhnya sifat lelaki itu boleh menjadi songsang kerana lembutnya godaan wanita. Tapi anti, perlukah ana untuk ego didepan anti? Tiada apa untuk ana banggakan didepan anti. Sesungguhnya sifat ego itu sifat mazmumah yang paling bahaya. Tidak takutkah anti andai keegoan merajai diri?

Ahh… bermulalah ‘peperangan’ disini.

“Anta, sudah ana jelaskan, ego itu perlu bertempat, bukan sesuka hati saja. Bukanlah ego yang ana maksudkan supaya anta boleh bangga dan riak dengan apa yg anta ada. Tapi kadang kala anta perlu ada sifat ego dan tegas supaya anta sebagai pemimpin tidak dihina oleh ana sebagai org yg dipimpin. Tidak jelas lagikah anta?”

Dia cuba untuk menguji lagi…

“Tapi tidakkah anti terfikir sesuatu yang Allah tetapkan? Ya, memang benar lelaki sebagai pemimpin dan perlu sifat ego tapi pernahkah anti terfikir lelaki yang selalu merasa ego dan gah dengan dirinya yg diciptakan sebagai LELAKI oleh Azzawajalla perlu melamar, merisik, meminang dan menikahi wanita yang anti katakan lemah. Bila mana seorg lelaki itu punya hasrat untuk menikahi wanita, maka dia perlu untuk memberi mas kawin kepada pihak wanita.

Cuba anti renungi, apalah ada pada ego seorang lelaki untuk mencari seorg isteri, dia perlu seolah-olah ‘membeli’ wanita solehah tersebut pada keluarga pihak wanita. Pernahkah anti terfikir, betapa ‘mahalnya’ darjat seorang wanita? Allah angkat wanita itu tinggi darjatnya, perlu ‘dibeli’ untuk dimiliki, manakala setelah bergelar ibu, syurga dibawah tapak kaki wanita sedangkan kunci bg seorang wanita memasuki syurga adalah ditangan suaminya, lihatlah betapa hebatnya seorang wanita.

Tidak perlu merasa ego kerana Allah sudah menciptakan pangkat dan darjat yang tinggi kepadanya yang mana tiada diberi pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Moga-moga anti tergolong dikalangan para solehah dan menjadi bidadari di taman syurga. insyaAllah.”

Begitu bermakna kata-katanya…

“Tidak pula ana berfikir sedalam itu, syukran atas ilmu yg diberi moga dapat dijadikan pedoman untuk perjalanan yang masih jauh. Moga apa yang anta doakan sampai ke Arasy Rahman, insyaAllah. Barakallahu fikum jami’an, ilal liqa’ maassalamah, insyaAllah.

Dia masih mahu berbicara lagi…

“Moga hari ini lebih baik dr semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Doakan kejayaan ana didunia dan akhirat. Wassalam.”

bicara terhenti disini, moga masih ada esok untuk berbicara ttg nikmat kebesaran Allah, insyaAllah...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner