Monday, July 30, 2007

Apa LaGi?!!

Apa lagi selepas ini?? Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in Million, DiGi Clebreteen, Gang Starz, iKon Malaysia, My Starz LG dan terbaru Studio Bintang Kecil semuanya sibuk mencari bakat baru dalam bidang nyanyian. Lemahnya iman kita jika 'tiada perasaan' ketika menontonnya. Malah kita pula yang turut menyokong dengan undian SMS dan sebagainya. Tidak kurang yang hanya menganggap ia hanyalah perkara biasa dan mengikut 'trend' semasa. Apabila seorang kanak-kanak diberikan galakan yang sebegitu hebat untuk menjadi penyanyi, agak-agak deme semualah, apa akan jadi pada mereka apabila meningkat dewasa?Bagaimana pula pelajaran mereka? UPSR pun belum lepas sudah sibuk mengejar popular seorang artis.

Industri hiburan dilihat sebagai yang paling sibuk di negara kita yang kononnya dah 50 tahun merdeka ni. Lepas tamat satu program, program lain pulak muncul... Tidak sukar untuk mencari penaja untuk program realiti hiburan seperti ini. Hadiahnya pun cukup lumayan. Beratus-ratus ribu sehingga ada yang menawarkan RM 1 juta untuk tempat pertama. Berbaloikah? Ambe cukup heran lah... Kalau lah duit sebanyak itu dilaburkan untuk anak-anak muda yang dahagakan ilmu, mengurangkan beban belanja hidup golongan yang tak mampu, sudah pasti negara kita bertambah aman dan erti merdeka itu lebih dirasai dan dihargai. Ambe sendiri masih ternanti-nanti keputusan dari pihak penaja untuk menyambung ilmu yang tak pernah habis ni. Susah benor nak bagi. Lepas satu syarat ke satu syarat minta dipenuhi sehingga jemu dibuatnya. Tawaran dah dapat tapi cukup payah untuk dapatkan penaja bagi menyambung pelajaran. Perit rasanya seperti digantung tak bertali bak kata seorang sahabat ambe tu =) Ambe tak mengharap sangat actually cuma ambe cukup geram bila duit dilaburkan untuk program-program nyanyian.

Kalau untuk program seperti Akademi al-Quran tu bagus lah jugak. Ambe pun teruja tengok persembahan para qari & qariah AQ yang mantep² bak kata Ustaz Zamri. Sepatutnya, mereka inilah yang menjadi ikon Negara. Bukanlah artis yang sibuk kejar dunia tu. Ambe nak cadangkanlah pada AQ, kalau boleh diadakan kategori khusus untuk OKU. Mungkin lebih manis juga jika diwujudkan kategori lelaki dan perempuan dan adalah amat baik jika kategori kanak-kanak turut diperkenalkan. Program realiti seperti Bersamamu juga harus diteruskan.

Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat. Ambe cukup risau melihat perkembangan anak-anak muda hari. Soal pendidikan dan agama sudah diletak dibelakang hal-hal hiburan yang melampau. Apa yang ambe boleh simpulkan, hedonisme adalah penyakit baru yang sedang menyerang seluruh masyarakat dunia terutama di kalangan belia remaja. Sel-sel barah dah mula merebak. Apa tindakan kita? Mencegah atau merawat? Atau sekadar membiarkan sel-sel tersebut terus membiak?



0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner