Wednesday, June 28, 2006

Risalah Akhawat

PERHATIAN: Tulisan ini diambil dari http://albazrah.blogspot.com/

Menutup lembaran al-Kahfi. Merenung ke dalam diri. Dilatari burdah al-Busiri, saya terasa ada sesuatu yang perlu saya tulis malam Jumaat ini. Sekarang lagi 15 minit jam 3 pagi. Pukul 12 tadi, saya baru pulang dari mutala’ah Rasail al-Nur…kawan saya Emine mahu pulang ke Turki. Emine teman saya yang sangat menguasai Rasail al-Nur. Akhlaknya juga saya yakin, hasil acuan risalah al-Qur’an ini. Dalam diam, saya sangat mengkagumi Emine…
Saya merenung kembali perbicangan saya dengan Najwa dari Bangkok waktu pulang dari library tadi. Cuba mengingatkan kembali nasihat-nasihat Najwa kepada saya yang mungkin agak down dengan prestasi diri. Lantas saya mengambil Luma’aat rantaian Rasail al-Nur. Saya membelek-belek, jam dah pukul 1 pagi. Satu persatu saya perhatikan, dan saya terhenti di Luma’ah ke 24. Risalah itu bertajuk Risalah Hijab. Risalah yang juga terkandung di dalam Risalah Akhawat.
Bermulalah dialog dalam diri…Seumpama Ustaz Nursi di hadapan saya. Dan saya yakin, memang Ustaz Nursi bersama saya.

Nursi :Assalamualaikum anakku…, kenapa aku lihat engkau begitu sedih? Apakah yang menggusarkan fikiranmu? Beritahulah aku, moga dengan barakah Risalah al-Quran yang ada di tanganmu itu…akan meringankan penanggungan batinmu.
Aku :Oh Ustaaaz…wa`alaikummussalam. Emmm..ntahlah ustaz…apalah yang mengganggu saya. Saya benar-benar tidak tahu apa yang saya rasakan ni. Sungguh beban, saya tak tahu…saya penat.
Nursi :Berselawatlah anakku…moga kau dikurnia ketenangan. Laplah air matamu itu.
Aku :Allahhumma salli wa sallim wabarik ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad…
Nursi :Anakku, bertenanglah…
Aku :Terima kasih ustaz…sebenarnya saya sangat perlukan tunjuk ajar Ustaz. Saya buntu, saya keliru…saya…saya ingin menjadi perempuan yang baik…tapi saya tak tahu, bagaimana harus memulakannya…saya takut.
Ustaz…dalam Risalah ni, saya rasa saya terlalu jauh dari apa yang Ustaz huraikan tentang fitrah seorang perempuan.
Nursi :Anakku, bersabarlah…akan ku cuba membantumu. Semoga Allah merahmatimu. Aku sungguh gembira mendengar cita-citamu yang murni itu…
Insya Allah, engkau tergolong di kalangan akhawat akhirah…yang menghuni syurga. Tetapi di sana ada beberapa perkara yang perlu kau fahami.
Yang pertama, perempuan itu diciptakan sebagai makhluk yang terlalu lemah. Dia juga terlalu lembut. Dia secara fitrah memerlukan seorang lelaki untuk melindungi dirinya…
Aku :Tapi ustaz…saya tidak mahu kahwin.
Nursi :Itu hanya kalammu anakku, sedangkan fitrah penciptaanmu menyatakan engkau memerlukan lelaki sebagai pelindung. Sebelum kau berkahwin, tentulah ayahmu dan mahrammu. Sesudah kahwin, menjadi tanggungjawab suamimu.
Aku :Emmm…
Nursi :Jiwa perempuan terlalu halus. Secara fitrah juga…mereka begitu mudah menerima orang lain…tidak memilih, tidak bersyarat. Tetapi perempuan tidak suka jika dikasari.
Aku :Betul ustaz, itu jugalah yang saya rasakan. Saya tidak suka orang mengasari saya dan mengasari kawan-kawan saya. Dan saya juga mudah rapat dengan semua orang yang baik pada saya.
Nursi :Ya…dan, secara naluri juga, perempuan tidak suka diperhatikan. Lebih-lebih lagi oleh pandangan mata lelaki yang jahat.
Aku :Ustaz…saya tidak tahu pandangan lelaki yang mana yang menjadi racun dan mana yang tidak. Saya tidak ambil pusing semua tu…itu bukan urusan saya.
Nursi :Memang bukan urusanmu untuk memastikan siapa yang memandangmu atau tidak. Cuma kau perlu berhati-hati. Apakah perasaanmu anakku, bila kau tiba-tiba mengetahui seseorang sedang memerhatikanmu? Dan orang itu ialah lelaki yang bukan mahram?
Aku :Sudah tentu saya mengelak, ustaz. Kalau saya tahu, lelaki itu suka memandang saya. Saya akan mengelak dari bertembung dengannya.
Nursi :Nah…itulah fitrah mu.
Aku :Oh ya ustaz, bagaimana pula dengan lelaki yang bukan mahram, tetapi saya rasa selamat? Saya tidak rasa mereka memerhati saya dengan makna tertentu. Malah saya rasa mereka seumpama keluarga saya…mereka teman-teman saya yang baik. Mereka membela saya dan kawan-kawan perempuan lain seumpama membela adik-adik mereka.
Nursi :Ya memang ada. Dalam sepuluh lelaki, mungkin dua daripadanya kau akan rasa selamat dan percaya manakala lapan yang lain kau tidak akan berpaling mahupun memandang, malah seboleh mugkin kau akan mengelak.
Secara fitrah, kau takut pada kejahatan seseorang yang bernama lelaki. Tetapi kau mesti hati-hati. Hiduplah dalam syariat…kau akan tenang.
Aku :Tapi, akhir-akhir ni ustaz, terlalu banyak ujian yang menimpa saya. Malah bertalu-talu fitnah datang. Saya tak daya…saya takut Allah murka.
Nursi :Anakku, rasa takut pada murkaTuhan itu membawamu ke syurga.

Saya cuba memuatkan perbicangan panjang Ustaz Nursi di dalam Risalah Hijab dan beberapa risalah khusus buat akhawat yang lain sepanjang perbualan saya dengan Ustaz Nursi ini. Tetapi terlalu banyak perkara penting yang tidak dapat dimuatkan kali ini. Kalam saya terlalu haqir untuk menukil hakikat kebenaran Rasail al-Nur, sungguh tak mampu untuk saya. Pelbagai perbincangan untuk gadis-gadis dan untuk para isteri. Ustaz Nursi juga menyentuh soal femenisme, liberalisme. Pandangannya yang menjangkau jauh ke akhirat, melihat perempuan-perempuan syurga dan juga perempuan bahan bakar dalam neraka, manakan mampu untuk saya yang kerdil masih lagi berlegar di sekitar dunia dan masih terikat cintakan dunia untuk mengupas dan merangkumkan di dalam satu perbualan ringkas. Saya mencadangkan akhawaat sekalian mendapatkan Risalah Akhawaat dan membacanya. Agar berkat keikhlasan akhawaat mencari kebenaran, akan dibuka kefahaman dan penghayatan. Saya cuma permudahkan dalam bentuk dialog, apa yang saya faham dari bacaan spontan saya.

Nursi :Anakku, sudah lama aku fikirkan tentang fitnah akhir zaman. Terutamanya anak-anakku seperti mu ini. Aku juga gusar. Cabaran dan arus terlalu deras. Insya Allah, aku doakan kalian anak-anakku akhawaat akhirah akan istiqamah dengan jati diri kalian.
Aku :Susah ustaz…saya ingin mencari ilmu seperti orang lelaki. Tetapi sungguh terbatas peluang saya…Saya juga ingin berjiwa kental seperti orang lelaki…berbakti, berdakwah… Saya seolah ingin menjadi lelaki. Namun… dah saya perempuan, perempuan juga lah…takkan lepas dari cabaran sebagai perempuan. Soal keselamatan, soal kehormatan dan juga soal fitnah-fitnah lain yang silih bergantian.
Nursi :Astaghfirullah…kenapa sampai kau mahu jadi lelaki? Engkau perlu bersyukur…peluang untuk engkau berbakti juga terbentang luas walau sebagai perempuan. Bersabarlah dengan apa jua dugaan. Selagi engkau berpegang dengan syariat, menjaga niat dan bertindak menurut fitrahmu, insya Allah kau akan dibantu dan dipimpin Allah.
Aku :Bagaimana ustaz?
Nursi :Di akhir zaman ini…terlalu banyak cabaran yang luar biasa. Agama sudah tidak menjadi pegangan lagi. Semua orang berlumba-lumba mencapai ketinggian materialistik semata-mata. Agama tidak lagi diutamakan. Pendidikan terpisah di antara dunia dan akhirat. Malah pelajaran agama juga guna untuk diperdagangkan. Aku harap kau tidak menjadi seperti perempuan-perempuan yang memperjuangkan hak pembebasan wanita itu?
Aku :Emm…
Nursi :Perempuan-perempuan itu menyeru pada kesama rataan hak. Mereka tidak segan silu lagi berpakaian yang menjolok mata. Sedangkan itu bercanggah dengan fitrah mereka yang sememangnya mahu ditutup.
Aku :Menutup aurat itu suatu fitrah, ustaz?
Nursi :Ya…sudah tentu. Sebagaimana yang kita bincang di awal tadi, perempuan tidak senang dirinya diperhatikan…perempuan secara spontan akan berhati-hati dengan lelaki yang tidak dikenalinya…Allah yang menjadikan perempuan mengetahui secara pasti apa yang baik dan apa yang tidak kepada perempuan seperti kamu.
Aku :Masya Allah…
Nursi :Bukankah perempuan yang paling terdedah hampir bertelanjang sekalipun tidak suka diperhatikan? Mungkin dia berpenampilan begitu untuk dipandang oleh beberapa orang lelaki sahaja, bukan semua lelaki. Sedangkan keadaan dirinya itu seolah mengajak semua orang lelaki menghampirinya. Malah dia telah menyebabkan nafsu dan syahwat lelaki terganggu. Kalau lah disebabkan penampilannya itu dia dicabul, nescaya dia akan melaporkan pada pihak berkuasa…dan kalaulah dia senang hati dirinya dicabul…sudah pasti dia membiarkan sahaja tanpa dilaporkan…itu tandanya fitrah perempuan bersetuju dengan menutup aurat.
Aku :Tapi…
Nursi :Janganlah kau mencontohi mereka. Mereka itu sanggup menggadaikan agama demi kenikmatan dunia yang sementara. Mereka menghalalkan seks bebas, pertandingan ratu cantik dan menentang perkahwinan. Sedangkan fitrah mereka sebenarnya sengsara dengan keadaan-keadaan itu.
Cuba engkau fikirkan…seorang lelaki yang perlu menahan nafsu syahwatnya selama sejam lebih mudah dibanding kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh seorang perempuan disebabkan perlakuan zina. Kenikmatan yang sama2, mereka akan nikmati hanyalah 9 atau sepuluh minit…Selepas itu…perempuan itulah yang menanggung kesengsaraan sendirian. Dia perlu bersusah payah menanggung kandungan selama 9 bulan ke sepuluh bulan. Dan setelah itu, dia perlu menjaga bayi itu sehingga 9 hingga 10 tahun tanpa suami…bukan kah ini suatu yang menyusahkan perempuan itu?
Aku :Emm betul tu ustaz…Na’uzubillah
Nursi :Dan selepas itu pelbagai lagi kesulitan, bahkan juga akan mendapat azab di akhirat lantaran maksiat yang dilakukan. Anakku, hiduplah berteraskan syariat, nescaya engkau akan mendapat kebahagiaan. Kerana di dalam setiap kebaikan dan keta’atan pada agama, aku melihat ia menjadi benih-benih kepada syurga. Sedangkan kemungkaran dan maksiat, merupakan benih-benih kepada neraka…
Aku :Insya Allah, ustaz. Doakan saya.
Nursi :Aku sentiasa mendoakanmu dan akhawat akhirah sepertimu. Semoga kalian selamat menongkah arus deras yang melanda kalian hari ini.
Aku :Ustaz, bagaimana dengan saya yang ingin berkhidmat dan berbakti ini? Sedangkan hati saya begitu takut dengan perkahwinan. Tapi saya tak mahu manjadi perempuan yang terjerumus dalam maksiat.
Nursi :Oh…perkara itu yang merunsingkanmu, anakku? Engkau janganlah risau... Memang perkahwinan itu sunnah. Engkau akan dilimpahi barakah. Tetapi dengan situasi hari ini, dengan pendidikan agama yang makin terhakis sungguh sukar mencari pasangan yang mendorong ke akhirat. Aku nasihatkan mu wahai anakku, bercukuplah dengan apa yang ada pada engkau sekarang. Janganlah sampai engkau mengorbankan agamamu lantaran perlu ta’at kepada suami yang tidak mempuyai agama. Lebih baik engkau meneruskan khidmat dengan penuh keikhlasan, sehingga ada lelaki yang benar-benar baik agamanya datang kepadamu.
Aku : Ya, ustaz…
Nursi :Tetapi kalaulah perempuan itu sudah berkahwin dan dia diuji dengan suami yang tidak ta’at, malah mengasarinya, perkara yang terbaik ialah bersabar dengan keadaan suaminya itu. Aku begitu sedih dengan keadaan sekarang sering benar kes-kes dibawa ke mahkamah. Sedangkan bukan setakat penyelesaian mahkamah yang dicari…tetapi lebih dari itu. Hikmah banyak tersembunyi, perempuan yang bersabar dengan keadaan suamiya akan mendapat ganjaran yang besar. Doa-doanya akan didengari Allah. Moga Allah mengubah keadaan suaminya.
Aku :Ustaz…keadaan hari ini menyukarkan seorang perempuan. Tidak lagi seperti dahulu, perempuan tidak keluar rumah. Sedang saya, banyak urusan di luar perlu saya lakukan. Tetapi sulit juga ustaz…
Nursi :Kalau perlu engkau bekerja mencari rezeki…bekerjalah. Bekerjalah dengan sepenuh hati, berserahlah kepada Allah. Kalaulah seorang perempuan mempunyai suami yang tidak ta’at pada agama dan mengabaikan keluarga…teguhkan hatimu, kau keluarlah bekerja.
Untukmu anakku dan juga perempuan sepertimu yang benar-benar ingin berkhidmat kepada al-Qur’an dan iman, sesungguhnya perempuan yang hakikatnya sangat lemah memerlukan pembantu untuk menguruskan hidupnya, iaitu seorang suami.
Namun keluarnya kalian untuk bekerja mencari rezeki sendirian, berhempas pulas berusaha mencari nafkah adalah sepuluh kali lebih baik daripada engkau terpaksa tunduk kepada lelaki yang tidak mempunyai didikan agama, mengarah dan memaksa rumah tangga seperti banyak yang terdapat hari ini.
Selalunya perempuan akan ta’at pada suami, dan cuba memenangi hati suaminya sahingga berpura-pura dan mengabaikan ibadah dan akhlaknya. Sungguh tidak wajar perempuan seperti mu mencari suami yang longgar pegangan agama. Biarlah engkau tidak berkahwin…anakku, daripada hidupmu disia-siakan…sehinggalah ada lelaki yang mempunyai agama datang menikahimu.
Aku :Oh ustaz…terima kasih. Saya rasa makin tenang dan lapang fikiran.
Nursi :Alhamdulillah....Hidup di akhir zaman memang sungguh perit. Sukar sekali mempertahankan iman. Aku nasihat kan engkau, peliharalah imanmu, suburkan ia. Engkau perlu korbankan banyak perkara demi keselamatan imanmu. Andai yang perlu engkau korbankan itu ialah kenikmatan dunia, korbankanlah demi iman.
Aku :Insya Allah, saya akan ingat nasihat ustaz. Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah membalas kebaikan ustaz. Doakan saya. Ustaz datang lah lagi menziarahi saya.
Nursi :Insya Allah, aku doakan kau kekal berkhidmat kepada al-Qur’an dan iman, dipelihara di dunia dan akhirat. Janganlah engkau bersedih lagi, anakku.. Insya Allah kita bertemu di lain kali. Assalamua’alaikum.
Aku : Ameen, wa’alaikummussalam.

Wallahhu a'lam, Subhanakala 'ilma lana illa ma 'allamtana innaka antal 'alimul hakim

Baca selanjutnya...

Thursday, June 22, 2006

Mencari KEKASIH



Novel terbaru Kak Zaharah... Segera dapatkan di pasaran =)
Moga ketemu APA YANG DICARI....

http://zaharahmuhammad.blogspot.com

Baca selanjutnya...

Tuesday, June 20, 2006

Muthmainnah

Renungan tajam Tuhan
menusuk hati
menanyakan perihal keikhlasan diri
kesabaran ada batasnya
namun Kamu tidak mahu ia berkurangan
malah ditingkatkan
sejajar dengan peningkatan rindu

pada saat kemelut nafsu memuncak
istiqamah menjadi terbalik
berterusan melakukan maksiat
menagih kesenangan dunia
cinta beralih sepenuhnya
istiqamah menemani cinta dunia

Tuhan yang Maha Sabar
pohon kesabaran dijangkiti ulat dosa
memakan serata kelazatan iman
punah akar tunjang menjadi reput
tulang belakang hampir patah
senget, reput dan 'aib

solat tidak indah
cinta kian pudar
hati kian kotor
namun tidak mampu berputus asa
melawan lawwamah
mencapai muthmainnah
megimpi mardhiyyah!

Baca selanjutnya...

ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA ,AMALINA DAN NOR AMIRA

U all tau... Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat...

namun tangan-tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan... tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana ..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa... beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah... namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat... akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua ... peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga bantuan yg diberikan...

Tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan ?...Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam... so boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so mesti diberi sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..

Apa pandangan anda?...

Baca selanjutnya...

Tahajjud

Tahajjud
sudah lama aku menyendiri
menjauhkan ruhku darimu
sudah tidak ku ingat bila
kali terakhir aku menyapamu?

Tahajjud
bagaimana harus ku dekati Cinta hakiki
bagaimana harus ku luahkan rasa hati
seikhlas di saat keenakan dalam sepi
ku teguk rasa rindu yang menyentuh sayu
qalbu ku tunduk menyepi tersipu

Tahajjud
ku lebarkan hati dengan tekad dan doa
matlamatku merasai kemanisan iman
Rasul, Nabi, sahabat dan tabi'ien
mendekati Pencipta langit dan bumi
tersingkap hijab akhirat siapa Rajanya
di dunia kabur dek silauan emas kepura-puraan

Tahajjud
aku sujud
ku pujuk
hatiku tunduk
Ya ALLAH RAhmatMu
ku pohon sangat
belas kasihanMu!

Baca selanjutnya...

Thursday, June 01, 2006

Jangan Menikah Kerana...

1. Jangan menikah kerana harta
Tidak ada gunanya hidup bergelimpangan harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. Cinta yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Jangan menikah kerana perasaan asmara
Rasa tertarik, simpati, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara cepat berubah dengan rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Jangan menikah kerana rupa sahaja
Kecantikan yang diluar memang indah, tapi akan hilang dimamah usia. Utamakanlah kecantikan yang di dalam.

4. Jangan menikah kerana rasa kasihan
Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan.

5. Jangan menikah untuk kepuasan seks sahaja
Memang seks yang suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pernikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Jangan menikah kerana desakan usia
Bila usia sudah meningkat dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya 'asal datang kita sapu'. Hindarilah tindakan tersebut. Sabar dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda.

8. Jangan menikah untuk membalas jasa
Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi bukan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut rencana Allah SWT - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Allah SWY. Kerana Allah SWT yang menciptakan manusia sepasang-sepasang.
Tanpa redha Allah SWT, tidak mungkin manusia dapat bersatu!
Allahu Ta'ala a'lam...

Baca selanjutnya...

Fikirkan...

"Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar menjadi senang.
Berapa banyak orang yang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya
berapa pula masa mendatangkan berita gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang lemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa yang manis
menjadi pahit.
Sungguh dunia ini menipu
orang kaya boleh jadi fakir
sedangkan orang fakir dijadikan kaya
setelah melalui kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainnya menjadi suci
setelah membersihkan kekotorannya."


-Al-Husain bin Mathir Al-Asadi-

Baca selanjutnya...

Renungan...

Ibnul Qayyim Al- Jauziyyah berkata, "Mereka yang mengenal Allah dengan baik bersepakat bahawa ketika anda sesat, maka Allah menyerahkan segalanya kepada anda dan membiarkan apa yang terjadi antara anda dan jiwa anda. Tetapi ketika anda benar, maka Allah akan selalu membimbing."
Dan seseorang hamba itu akan selalu berada di antara sesat dan benar. Bahkan dalam satu jam seorang hamba boleh berada dalam kedua-dua keaadaan tersebut. Hamba yang taat kepada Allah dan membuatkan Allah redha, maka Allah pun berterima kasih kepada hamba dengan cara menurunkan pertolonganNya kepada hamba tersebut. Sebaliknya, hamba yang derhaka kepada Allah dan menentang Allah, maka Allah pun murka dengan mengabaikannya dengan membiarkannya. Dengan demikian hamba itu akan selalu berada di antara dua titik tersebut.
Dan ketika seorang hamba menyedari keadaan ini dan melaksanakan kewajipan sebagaimana sepatutnya, maka dia akan mengetahui betapa penting dan perlunya dia akan pertolongan Allah S.W.T dalam setiap hembusan nafas, setiap detik, dan setiap kerdipan mata. Keimanan dan tauhidnya, semuanya dalam genggaman Allah S.W.T. Bila satu kerdipan mata saja keimanannya terlepas, runtuhlah Arasy tauhidnya dan bergoncanglah langit keimanannya di atas bumi. Ketahuilah, bahawa penjaga segala sesuatu tiada lain adalah yang menggenggam langit sehingga tidak menimpa bumi kecuali atas izinNya..
-la tahzan-

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner