Friday, November 23, 2007

Cintaku untukMu..


Ya Allah……
Kurniakanlah untukku cinta Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta Mu

Ya Allah……
Segala pemberianMu yang aku sayangi,
jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu.
Segala yang Engkau pisahkan dariku,
sedangkan ia sangat aku sayangi,
jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allah……
Berikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu
berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

Ya Allah……
Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu,
para Malaikat, Nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah……..
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku hambaMU yang Engkau cintai

Ya Allah……..
Berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku
dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku……..
Ameen ya Allah...

Baca selanjutnya...

Pintaku pada-Mu

Ya Allah
Permudahkanlah urusan ku dan sahabat-sahabat

Ya Allah
Berikanlah kami kekuatan untuk menempuh cabaran tika dan saat ini

Ya Allah
Jadikanlah hambamu ini bijak membahagikan masa

Antara mencari ilmu, mengulangkaji ilmu, mentelaah ilmu
dan mencari pengalaman

menjalankan tanggungjawab, mencari kekuatan dan mencari Keredhaan mu Ya Allah
Ya Allah tetapkanlah hati dan niat kami
Menuntut ilmu hanya keranaMu

Ya Allah jadikanlah ilmu yang dicari ini Hikmah,
yang Kau beri kefahaman dan yang Kau campakkan

dapat meningkatkan Iman dan Takwa kami pada Mu

Ya Allah jadikanlah hati kami sabar dengan segala cabaran dan masalah
Jadikanlah ia satu hikmah yang bernilai bagi mendewasakan kami
Ya Allah berikanlah kami kejayaan yang direhai oleh Mu
Amin ya rabbal alamin.....


Baca selanjutnya...

Thursday, November 22, 2007

MUHASABAH DIRI...


Teman,
Jadilah kehidupan kita di bumi sementara ini berpandukan
nur iman dan Islam
bukannya berdasarkan nafsu yang
sentiasa inginkan kebebasan
dan keseronokan yang tidak berkesudahan.
Seorang ulama' telah mengukirkan
ungkapan indah bagaimana Allah mencipta malaikat
dengan diberikan kepada mereka akal tanpa nafsu,
binatang pula dianugerahi nafsu tanpa akal
manakala manusia diberikan keduanya sekali
iaitu akal dan nafsu.
Sesiapa yang mampu mengawal nafsunya dengan akal
yang berpandukan syariat Ilahi
maka dia lebih baik daripada malaikat
tetapi jika dia tewas dengan pujukan nafsunya
maka dia lebih hina daripada binatang.
Kita juga pernah mendengar kisah
bagaimana seorang 'abid di zaman silam
apabila terdetik sahaja kehendak nafsunya
yang inginkan keseronokan
maka dia akan berguling di atas padang pasir yang panas
sambil mengatakan kepada dirinya sendiri
adakah tubuhnya akan dapat menahan
daripada azab neraka yang lebih panas daripada itu??
Seorang yang lain pula menangis sehingga hilang penglihatannya
kerana menyesal dengan dosa yang dilakukan.
Tidak ketinggalan dicoretkan
bagaimana seorang hamba yang bertaqwa
tetapi pada suatu hari
seolah-olah kehilangan kuasa untuk mengawal kehendak
nafsunya dan cuba melakukan zina dengan seorang
pelacur yang dilihatnya
tetapi sebelum terlanjur ke arah kemungkaran
dia tersebut nama Allah lalu dia jatuh dan
menggelempar serta menghembuskan nafas terakhir di situ
juga kerana begitu ketakutan
dengan apa yang cuba dilakukan.
Bagaimana pula dengan diri kita wahai teman?
Godaan dan cubaan berada di sekitar kita.
Adakah kita telah cuba sedaya yang mungkin
di dalam menghindarinya?
ataupun kita sendiri dihanyutkan oleh keadaan sekeliling?
Jagalah pancaindera kita daripada kemungkaran yang melata.
Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W sebagaimana
yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
Hamba yang baik
ialah mereka yang beragama dan menyediakan
bekalan amalan selepas mati.
Manakala orang
sombong adalah mereka yang mengikut kehendak
nafsu dan mengharapkan belas kasihan Allah
semata-mata.

Teman,
Bagaimana pula dengan ibadat seharian kita wahai teman?
Adakah kita merasakan ia sudah banyak dan
mencukupi sedangkan kita pernah membaca kisah
mengenai seorang lelaki dari Bani Israel telah beribadat
kepada Allah selama 70 tahun.
Allah telah mengutuskan
malaikat kepadanya dan menyatakan bahawa ibadatnya
yang begitu banyak tidak mampu menjamin dia untuk
merasai nikmat Syurga Allah.
Lalu dia menyatakan
bahawa dia beribadat kerana dia dijadikan untuk
beribadat bukannya mengharapkan balasan.
Apabila malaikat memberitahu kepada Allah
tentang jawapan yang telah diberikan
maka Allah menyatakan bahawa Dia telah
mengampuni segala dosa-dosa lelaki itu.
Rabi'ah 'Adawiyah salah seorang daripada waliullah telah
menyatakan bahawa ibadat yang ditunaikan bukan kerana
takut azab Allah dan mengharapkan syurga Allah
tetapi dilakukan kerana taat dan patuh pada perintahNya.
Sayyidina Ali mengatakan sesiapa yang menganggap dia
akan mencapai sesuatu tanpa kesungguhan maka dia
sebenarnya berangan-angan tetapi sesiapa yang
bercita-cita untuk mendapat sesuatu bersama dengan
usaha yang bersunguh-sungguh dia akan mencapainya.
Sayyidina Hassan juga pernah mengingatkan bahawa
mengharapkan Syurga tanpa amalan merupakan satu dosa
daripada dosa-dosa yang lain.

Teman,
Imam al-Ghazali pernah menasihati kita bahawa ilmu
tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia.
Ketahuilah bahawa ilmu tidak mampu
menjauhkan diri kita hari ini daripada maksiat
dan tidak akan mendorong kepada taat
serta tidak menjauhkan diri kita daripada azab neraka.
Jika kita tidak beramal hari ini maka kita tidak akan dapat
kembali untuk beramal pada hari yang telah berlalu pergi.
Permintaan kita untuk kembali ke dunia setelah berlakunya
qiamat tidak akan diterima malah kita akan diherdik
dengan kata-kata pedas :
Wahai orang yang bongkak!
Mengapa kamu datang dari sana tanpa bekalan?
Rasulullah beristighfar lebih 70 kali sehari dan sentiasa
mengamalkan salam kepada para sahabat sehingga para
sahabat merasa malu kerana setiap kali berjumpa
maka Rasulullah S.A.W yang merupakan orang pertama yang
memberi salam bukannya mereka.
Bagaimana dengan kita wahai teman?
Hayatilah hadis Rasulullah yang
diriwayatkan oleh imam Tarmizi :
Hitunglah diri kamu
sebelum kamu dihitung dan timbanglah amalan kamu
sebelum ia ditimbang oelh Allah kelak.

Teman,
Renungilah kata-kata imam al-Ghazali bahawa jika
kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu
kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk
mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan.
Sekalipun seseorang hamba memasuki Syurga dengan
kelebihan dan kasih sayang daripada Allah tetapi ia dapat
dicapai selepas dia menunaikan segala ketaatan dan ibadat
kerana rahmat Allah hampir dengan orang yang sentiasa
mengerjakan amalan yang baik dan soleh.
Renunglah dirimu wahai teman!
Juga diri ini yang banyak dosa dan maksiat padaNya...
Moga terampun segala dosa dan khilaf...

Baca selanjutnya...

Wednesday, November 21, 2007

Duhai temanku... ヅハイテマンク

Baca selanjutnya...

Friday, November 16, 2007

Antara 2 pemimpin...

Ahmadinejad menunjukkan amalan Islam kepada bukan Islam...


Pak Lah pula menunjukkan 'Islam Hadharinya' pada dunia...

Baca selanjutnya...

Sudah DARURATkah Terengganu?

Oleh shubrawi



Satu fenomena baru yg berlaku di Terengganu sejak akhir-akhir ini, ialah kerahan anggota keselamatan termasuk polis, FRU dan juga polis hutan di seluruh negeri Terengganu khususnya kawasan Kuala Terengganu..

Semenjak diadakan himpunan bersih 100,000 di Dataran Merdeka,saya melihat negeri di bawah pimpinan Derih Jusoh bagaikan tikus melihat ular.. dalam ketakutan..Apa tidaknya,seluruh anggota keselamatan telah dikerah ke seluruh Terengganu. Tak cukup dgn polis Terengganu, diimportnya polis dan FRU dari Kota Bharu. Seluruh laluan utama dan kawasan yg dikenalpasti sbg kawasan tumpuan org ramai telah dikawal dgn begitu rapi.

Suasana sudah menjadi seperti zaman komunis.. Rakyat ketakutan untuk keluar ke jalan raya.polis dan FRU berkeliaran setiap masa, termasuk juga polis hutan.. Pantai Batu Buruk, Manir, Batu Enam, lapangan terbang,bandar Kuala Terengganu, dan banyak lagi kawasan-kawasan lain yg termasuk di antara kawasan-kawasan yg menjadi tumpuan mereka..

Malah kereka juga telah mula memasuki kawasan-kawasan kampung.. Tengahari, petang, malam, panas, hujan, semuanya setia melaksanakan arahan.. Alangkah lucunya Terengganu Bestari.. huhu. Adakah Derih Jusoh ingin menakutkan pembangkang, ataupun ingin menakutkan rakyat, ataupun ingin menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan di bawah pimpinannya adalah kerajaan yg kuat, sama seperti pemerintahan komunis dulu..?

Tidakkah dia sedar,apa yg berlaku ini akan memburukkan lagi pandangan masyarakat luar terhadap Terengganu? Pelancong luar yg datang ke Terengganu akan bertanya," kenapa ramai sangat polis di Terengganu?Terengganu dah jadi negeri darurat ke?" Mungkin itu yg dia nak, Terengganu disebut-sebut di mata dunia.. Dan mungkin itu juga salah satu cara dia mempromosikan Tahun Melawat Terengganu..

Apapun, pesanan untuk Derih, dan juga Ketua Polis, sempurnakan tugas kerana amanah, bukan kerana kepentingan peribadi atau politik..Kelak kita akan disoal di hadapan Allah, barula ternganga..

Jangan lakukan sesuatu yg bodoh, melainkan kalau ingin perkara itu dijadikan modal oleh pihak pembangkang.. Dan teruskanlah kerahan anggota polis kamu, jika kamu ingin terus disumpah seranah oleh rakyat.. bukan sahaja rakyat PAS, malah pengundi-pengundi UMNO kamu sendiri!!

Baca selanjutnya...

CERAMAH KEBANGKITAN GELOMBANG KUNING

Tempat : Simpang Empat, Pulau Musang, Kuala Terengganu

Tarikh : 16 Nov 2007

Masa : 9.15 mlm
Hari : Jumaat mlm Sabtu
Penceramah :

1. YB Solahauddin Ayub- Ketua Dewan Pemuda Pusat
2 Ustaz Azman Shapawi Ab Rani-Ketua Dewan Pemuda PAS Trg
3. Sdr Shamsul Iskadar Mohd Akin - Ketua Angkatan Muda PKR

Semua di Jemput Hadir Dengan Berbaju KUNING!!!!

Baca selanjutnya...

Thursday, November 15, 2007

Beruntunglah mereka yg....


Baca selanjutnya...

Mintalah Pertolongan dengan sabar dan SOLAT...

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner