Saturday, January 17, 2009

ISLAM Menang, Bulan Mengambang di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

p/s: Tahniah wa takziah kepada yang menang. Sesungguhnya taklifan sebagai pemimpin masyarakat itu amatlah berat. Bersama-samalah kita 'meringankannya' =)

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner