Friday, January 23, 2009

HaKiKaT KeHiDuPan

Baca selanjutnya...

Sunday, January 18, 2009

KeNaLi & PeRaNGi YaHuDi


Sifat-safat Yahudi

1. Buta huruf agama
Di sini diertikan bahawa orang-orang Yahudi itu buta akan kitabnya, tidak mengerti isinya, atau bahkan tidak dapat membacanya. Kebodohan ini disebabkan kerana sikap tidak mahu mengambil tahu mereka, kerana sudah merasa benar. Mereka tidak tahu diri, sudah bodoh, tidak tahu, bahkan tidak mahu tahu pula.

2. Taklid terhadap pemimpinya
Mereka selalu mematuhi pemimpin mereka tanpa tahu dasarnya. Di sisi lain, pemimpin-pemimpin mereka berusaha membuat orang-orang yang taklid tersebut sesat dengan sesat yang sebenar-benarnya, jadi 'simbiosis parasitisma' ini melahirkan sebuah pasukan yang sesat yang pasti dimurkai Allah.

3. Merasa diri paling benar

Orang Yahudi ,erasa merekalah yang paling benar, sedang yang lain salah, merasa diri merekalah yang bakal masuk syurga, sedangkan yang lain daripada Yahudi tidak. Mereka merasa benar dengan pemahaman mereka sendiri. Cuba kita fikir, bagaimana mereka merasa benar dan bakal masuk syurga, sedangkan kitab pun mereka tidak tahu?

4. Cinta dunia dan takut mati

Umat yang jumlahnya sedikit tetapi sangat menguasai dunia ini, sangat cinta dunia. Mereka menggunakan segala cara untuk mendapatkan kenikmatan di dunia. Setelah mendapatkan kenikmatan, mereka takut mati, takut meninggalkan semua kesenangan ini, mereka ingin hidup 1000 tahun lagi. Padahal kalau mereka merasa benar-benar yakin dapat masuk syurga, kenapa mereka tidak meminta mati sahaja? (al-Baqarah: 95-96)

Sebab-sebab Yahudi memusuhi Islam

Yahudi bagi Islam adalah musuh terbesar, begitu pula sebaliknya. Masalah sekarang yang timbul adalah 'mengapa Yahudi membenci Islam, bahkan memeranginya'?

1. Sejak sebelum zaman nabi Muhammad s.a.w., orang-orang Yahudi sudah merasa yakin akan kedatangan Nabi terakhir. Ketika saatnya tiba, ternyata nabi tersebut bukan daripada suku Bani Israil, tetapi dari Bani Hasyim, maka mereka mengingkarinya dan membencinya, dan lalu benci kepada Islamnya.

2. Dahulu, gelaran umat terbaik dimiliki Yahudi, tetapi setelah banyak keingkaran Yahudi kepada Allah, gelaran tersebut dicabut dan diberikan kepada umat Islam, jadilah Yahudi benci kepada Islam.

Mengapa Islam Memusuhi Yahudi?


1. Yahudi sendiri sangat membenci Islam dan berusaha menghancurkan Islam dengan segala cara. Maka wajar bila Islam membenci Yahudi.

2. Sifat-sifat Yahudi yang buruk, dan bahkan bangga dengan keburukannya.

3. Sikap Yahudi yang membuat kerosakan di muka bumi.

Makr-makr Yahudi

Sebenarnya Yahudi sudah menjalankan makr-makrnya sejak dulu, hanya saja masih bersifat klasik dan perseorangan, tetapi sejak abad ke-16 Masehi, mereka mulai mempergunakan cara-cara moden dan praktik ilmiah yang diselaraskan dengan baik.

Kaedah Yang Diguna Pakai


1. Pembaratan (menyebarkan pola hidup barat, serta berusaha menjadikan Barat sebagai kiblat).
2. Sekularisasi (membuang agama jauh-jauh, menumbuhkan cara hidup yang sekular).
3. Kristianisasi (mengeluarkan umat Islam daripada agamanya dan dikristiankan).
4. Orientalisasi

Cara


1. Menjauhkan umat Islam dari agamanya.
2. Mengeluarkan umat Islam dari agamanya.
3. Memerangi Islam secara fizikal
Sumber: Harakah (16-18 Jan 2009)

Baca selanjutnya...

Saturday, January 17, 2009

Tahniah Buat Semua Petugas Fi Sabilillah

Sekadar berkongsi pengalaman...


Kepulangan ke K.Terengganu kali ini agak mengujakan. Suasana meriah sebegini jarang dapat disaksikan. Polis membanjiri 'bandaraya' ini.

Saya berpeluang melalui beberapa pengalaman ketika ingin membuang undi pagi tadi. Kira-kira jam 9 pagi, suasana agak meriah. Penyokong kedua-dua parti kelihatan sibuk meraih undi di saat akhir. Namun, pujian harus diberikan kepada petugas parti 'bulan' yang pandai mengambil hati.

Ketika melalui lorong sebelum memasuki kawasan mengundi, saya disapa mesra oleh beberapa peraih undi PAS.

Seorang pemuda menegur, "Orang muda kalu undi BN dokrok la.."
Satu lagi suara kedengaran, "Ni muka bersih je ni, ngundi Pas dah ni.." Dalam hati saya, 'Muka banyak jerawat macam ni pun bersih?' Saya tersenyum.. Petugas dan peraih undi BN sibuk buat bising...muka sorang2 pun menakutkan je.


Sampai ke saluran 5, tidak ramai orang muda kelihatan. Mungkin tak bangun tido lagi kot. Dalam 5-10 minit beratur tiba giliran saya pula masuk. Berdebar juga rasanya walaupun sudah kali kedua. Dengan lafaz bismillah saya memangkah undi (undi adalah rahsia...hehehe...). Tak sampai seminit, saya kluar dari bilik tersebut dengan satu harapan, moga kemenangan memihak kepada Islam, bukan melayu semata-mata.

Melalui pemerhatian awal, dari segi bendera dan poster, Pas mendahului. Heran juga saya, Umno & BN kan banyak duit. Melihat kepada penyokong Pas yang berbangsa cina, saya berasa sangat kagum, terpegun. Malu kepada orang melayu yang taknak sokong Pas.

Melalui pemerhatian saya, para petugas BN kelihatan tidak ikhlas bekerja dan mengharapkan 'ganjaran' semata-mata. Kalau dapat sikit, sibuk merungut, malas bekerja. Berbeza dengan petugas Pas, dapat sikit ke, banyak ke atau tak dapat langsung pun mereka tetap bekerja dengan penuh komited.

Kesimpulan saya, saya sangat berbangga melihat usaha calon dan petugas-petugas dari PR terutamanya Pas. Para petugas dilihat sangat komited dan pengorbanan mereka sangat terserlah.

Tahniah dan pujian wajar diberikan kepada mereka serta majoriti pengundi yang bijak memilih.


Baca selanjutnya...

ISLAM Menang, Bulan Mengambang di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Wan Ahmad Farid memperolehi jumlah besar undi pos iaitu sebanyak 1,039 berbanding Wan Abdul Wahid dengan 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin dengan satu undi.

p/s: Tahniah wa takziah kepada yang menang. Sesungguhnya taklifan sebagai pemimpin masyarakat itu amatlah berat. Bersama-samalah kita 'meringankannya' =)

Baca selanjutnya...

Friday, January 16, 2009

Memilih Pemimpin Satu AMANAH

Di dalam Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.

Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Tugas dan peranan para pemimpin ialah memberi tunjuk ajar kepada manusia khususnya yang dipimpin. Maka seharusnya seorang pemimpin mestilah yang mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan serta kemahiran-kemahiran lain. Manusia terjamin selamat di bawah pimpinan pemimpin super model ini.

Memilih pemimpin juga adalah satu tanggungjawab besar masyarakat. Terdapat beberapa kaedah dalam memilih pemimpin. Salah satunya adalah melalui pilihanraya. Memilih pemimpin melalui undian ini tidak seharusnya dijadikan perkara remeh kerana natijahnya sangat besar khususnya dalam memilih pemimpin sesebuah masyarakat.

Menurut Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya ‘Maza ya’ni intima’ie lil islam’, usaha untuk mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan fikrah dan cara hidup Islam, untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat, method dan perlembagaan Islam, memikul tanggungjawab dakwah serta berusaha menegakkan kebenaran dan keadilan dunia adalah kewajipan yang syar’ie.

Kewajipan ini tidak akan gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat memikul tanggungjawab ini dan memelihara urusan orang-orang Islam. Selagi kekuasaan ini tidak wujud, segala kecuaian daripada mereka yang beramal atau kecuaian mereka yang berdiam diri merupakan satu dosa di sisi syariat.

Justeru, adalah wajib ke atas setiap individu untuk berusaha ke arah tertegaknya kuasa pentadbir seperti mana yang disebutkan di atas. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memilih pemimpin yang betul. Pilihanraya dilihat sebagai salah satu medium pemilihan pemimpin khususnya di negara ini. Tidak kira sama ada pemimpin masyarakat mahupun pemimpin mahasiswa di IPT-IPT, adalah menjadi kewajipan untuk memilih calon yang memiliki kriteria-kriteria yang disebutkan di atas sekiranya ada.

Adalah dinasihatkan, sekiranya ‘tidak mampu’ untuk memberi undi kepada calon pemimpin yang memperjuangkan Islam atas sebab-sebab tertentu (kepentingan peribadi), janganlah pula menggandakan kesalahan dengan memberi undi kepada calon pemimpin yang tidak mampu dijadikan role model, memiliki akhlak yang meragukan serta terang-terangan melakukan maksiat.

Baca selanjutnya...

Sunday, January 11, 2009

Alkisah: Cerita Pokok Epal


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan ada seorang budak yang sering bermain-main di bawah pohan epal itu setiap hari.

Dia suka memanjat pohon epal hingga ke pucuknya, memakan buahnya berbaring-baring di keteduhan rendang dedaunnya. Budak itu sangat menyayangi pohon epal itu. Demikian juga pohon epal itu.

Waktu terus berlalu. Budak itu kini telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal itu setiap hari. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih. Mari ke sini bermain-main lagi denganku, pinta pohon epal itu.

“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi. Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tidak mempunyai wang untuk membelinya. Pohon epal menyahut, maaf, aku pun tak punya wang…tapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau akan mendapat wang untuk membeli mainan kegemaranmu.

Budak itu sangat gembira. Dia lalu memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun selepas itu, budak itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari budak itu datang lagi. Dia sudah dewasa. Pohon epal sangat senang melihat kedatangannya. Mari bermain-main denganku lagi, kata pohon epal.

Aku tak punya waktu, jawabnya. Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku.

Maaf. Aku tak mempunyai rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan dan rantingku untuk membina rumahmu, kata pohon epal.

Kemudian dia menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon itu merasa bahagia melihatnya gembira. Kemudian dia tak pernah kembali lagi. Pohon epal merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, dia datang lagi. Pohon epal merasa suka cita menyambutnya. Marilah bermain-main denganku, ajak pohon epal.

Aku sedih, katanya. Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin berhibur dan berlayar. Mahukah kau memberiku sebuah kapal untuk berlayar

Maaf…aku tak punya kapal, tapi kau boleh menebang batang tubuhku dan gunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu.

Kemudian dia pun menebang batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal.

Akhirnya dia datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian.

Maaf anakku, kata pohon epal itu. Aku sudah tidak mempunyai buah epal lagi untukmu.

Tak mengapa. Aku juga sudah tidak mempunyai gigi untuk menggigit buah epalmu.

Aku juga tidak mempunyai batang dan dahan yang boleh kau panjat, kata pohon epal lagi.

Sekarang aku sudah terlalu tua untuk itu, balasnya.

Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh kuberikan kepadamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua, kata pohon itu sambil menitiskan air mata.

Aku juga tak perlukan apa-apa lagi sekarang. Aku hanya perlukan tempat untuk beristirehat. Aku sangat letih setelah sekian lama meninggalkanmu.

Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirehatlah dengan tenang.

Maka dia pun berbaring di pelukan akar-akar pohon epal itu. Pohon itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ibu dan bapa kita. Ketika kita membesar, kita meninggalkan mereka dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, ibu bapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang mampu mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Anda mungkin berfikir bahawa budak itu telah bertindak kasar pada pohon epal, tetapi begitulah cara kita memperlakukan ibu bapa kita. Sama-sama kita muhasabah diri kita. Mahukah kita dipelakukan begitu oleh anak-anak kita kelak Fikir-fikirkanlah saudara-saudariku sekalian…

Sampaikanlah kepada ibu bapa kita, betapa kita amat menyayangi, mencintai mereka sepenuh hati dan jiwa kita selepas ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Dan berterima kasihlah atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikan kepada kita.

‘Redha ALLAH SWT terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan ALLAH SWT juga terletak pada kemarahan kedua ibu bapa’

‘Ya ALLAH, ya tuhan kami, ampunilah dosa kami. Dan kedua ibu bapa kami. Sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil lagi’

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner