Wednesday, December 17, 2008

Kembali dari cuti~

Alhamdulillah... Agak lama bercuti, banyak perkara berlaku namun tidak sempat untuk dikongsikan. Berita terkini sahabat2 HISMAT yg ditimpa 'musibah' awal pagi tadi agak mengejutkan saya yang baru pulang ke bumi Terengganu Darul Iman pagi ini. Semoga ia tidak melemahkan semangat perjuangan sahabat sekalian.

Harga minyak juga turun 10 sen lagi menjadikan harga terkini Rm 1.80/liter (RON 97). Sedikit fakta untuk perbandingan: Pada 2005, ketika harga minyak mentah dunia sekitar US$47 setong, jualan harga petrol di Malaysia ketika itu ialah RM 1.42/liter. Hari ini, harganya lebih rendah iaitu di bawah US$45 setong namun harga jualan di negara ini agak tinggi jika dibandingkan pada 3 tahun lalu. Apa yang lebih dan sangat dikesalkan ialah, harga barang2 yg tidak ikut turun.

Saya beranggapan, jika mahu harga barang2 turun, kerajaan perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh seperti menurunkan kadar tarif elektrik dan air contohnya.. Kenaikan harga barang ini cukup membebankan rakyat yang tak banyak duit seperti saya.


Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga menghangatkan isu semasa. Takziah kepada mangsa. Namun, ia bukan sekadar bencana alam. Sesuatu yang lebih penting perlu dimuhasabahkan bersama. Masing-masing sibuk menuding jari. Salah siapa? Bagaimana boleh diluluskan projek perumahan di kawasan berisiko tinggi itu? Allah lebih bijak mengatur hikmahnya.

Cukup setakat tu dulu...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner