Thursday, December 18, 2008

Kahwin Semasa Belajar Menyebabkan Lembap?

Ini adalah artikel dari saifulislam.com.. Sekadar berkongsi sebahagian ceritanya... Nak baca lebih masuklah sendiri kat blog Us. Hasrizal.


“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.

“Kalau tak setuju juga?” soalnya.

“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.

“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.

“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.


MALAS


“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.

“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.

“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.

“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.

Beliau terdiam.

Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.

Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.

Cepat dapat sakinah.

Cepat serba serbinya.


PILIHAN PERIBADI


Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.

“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.

“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.

“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.

Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.

“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.


[Baca lagi...]

Baca selanjutnya...

RM27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM

Sri Perdana

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.

Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.

Seri Satria

Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.

Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.

[Baca lagi]

Baca selanjutnya...

Wednesday, December 17, 2008

Kembali dari cuti~

Alhamdulillah... Agak lama bercuti, banyak perkara berlaku namun tidak sempat untuk dikongsikan. Berita terkini sahabat2 HISMAT yg ditimpa 'musibah' awal pagi tadi agak mengejutkan saya yang baru pulang ke bumi Terengganu Darul Iman pagi ini. Semoga ia tidak melemahkan semangat perjuangan sahabat sekalian.

Harga minyak juga turun 10 sen lagi menjadikan harga terkini Rm 1.80/liter (RON 97). Sedikit fakta untuk perbandingan: Pada 2005, ketika harga minyak mentah dunia sekitar US$47 setong, jualan harga petrol di Malaysia ketika itu ialah RM 1.42/liter. Hari ini, harganya lebih rendah iaitu di bawah US$45 setong namun harga jualan di negara ini agak tinggi jika dibandingkan pada 3 tahun lalu. Apa yang lebih dan sangat dikesalkan ialah, harga barang2 yg tidak ikut turun.

Saya beranggapan, jika mahu harga barang2 turun, kerajaan perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh seperti menurunkan kadar tarif elektrik dan air contohnya.. Kenaikan harga barang ini cukup membebankan rakyat yang tak banyak duit seperti saya.


Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa juga menghangatkan isu semasa. Takziah kepada mangsa. Namun, ia bukan sekadar bencana alam. Sesuatu yang lebih penting perlu dimuhasabahkan bersama. Masing-masing sibuk menuding jari. Salah siapa? Bagaimana boleh diluluskan projek perumahan di kawasan berisiko tinggi itu? Allah lebih bijak mengatur hikmahnya.

Cukup setakat tu dulu...

Baca selanjutnya...

Wednesday, December 03, 2008

CuTi~


Musim cuti sekolah ini ramailah yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pernikahan. Kepada yang terlibat, diucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga akhir hayat... InsyaAllah...

Saya pula akan bercuti untuk beberapa minggu dari dunia blog ini untuk memberi laluan kepada persiapan majlis perkahwinan abang saya dan pasangannya pada 6 & 13hb Disember di Melaka & Johor Bahru. Kepada sahabat2 yg mengenali saya, dijemput hadir. =)

Baca selanjutnya...

10 sen lagi...

TERKINI!! Harga petrol dan diesel turun 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini.

Petrol RON97:
RM1.90 seliter

Petrol RON92:
RM1.80 seliter

Diesel:
RM1.80 seliter


Bagaimanapun bagi saya harga ini masih mahal dan ia turut disokong pakar-pakar ekonomi. Namun, biarpun sudah 6x harga minyak Malaysia diturunkan sejak kenaikan mendadak beberapa bulan lalu, hakikatnya rakyat sehingga kini masih dibebani harga barang yang hampir mustahil untuk turun gara-gara keputusan terburu-buru kerajaan yang 'tidak cerdik'.

Baca selanjutnya...

MB Perlis bertanding di Parlimen K.Terengganu??

Ini antara paparan dalam Buletin Utama 29 November lepas susulan berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail. Laporan berita ini kononnya cuba menyiarkan statistik undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang melibatkan kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang kini telah dikosongkan allahyarham. Namun, sebagai rakyat Terengganu, apa lagi pengundi di kawasan Parlimen ini, saya sangat perasan tentang apa yg berlaku. Satu kelucuan dan 'ketidak profesionalan' oleh pihak TV3 yg menyiarkan laporan ini.

Perhatikan gambar-gambar calon... Yang atas skali tu allahyarham, yg bawah skali pulak makcik or nenek yg menyibuk, tapi yg tengah????!! Hah! Takkan BN nak lawan BN jgk kot... Hahaha.. Kelakar gila..

Untuk makluman sape yg tak perasan, gambar calon di tengah itu ialah Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis. Wah, MB Perlis bertanding di Parlimen Kuala Terengganu??? TV3 Kantoi, tak tau nak bezakan Md Isa Sabu dengan Md Sabu (gambar), calon PAS yg bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU12 yg lalu.

Baca selanjutnya...

Tuesday, December 02, 2008

Cikgu Takde Otak

Saya teringat satu kisah yang diceritakan dalam satu sesi ceramah beberapa tahun dahulu oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Kisahnya begini...

Ader seorang guru sekolah (kristian) yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nak brain wash anak2 muridnya supaya tak percaya wujudnya tuhan. Die pun mendapat satu akal...

Guru : Anak2,nampak tak pen ni.
Murid : Nampak cikgu.
Guru : Pen ade kan.
Murid : Ada cikgu.

kemudian guru tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian bertanya lg..

Guru :Anak2,nampak tak pen?
Murid : tak nampak cikgu.
Guru : pen ade tak?
Murid : takda cikgu.

Guru : Anak2 nmpk tuhan tak?
Murid : tak nampak cikgu.
Guru : tuhan ada tak?
Murid : takda cikgu.

Guru td sgt gembira sbb tujuan die nak brain wash otak budak2 tu berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu
ader seorg bdk yg pintar, satu-satunya murid dari keluarga Muslim dan die minta pun mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ada! kan?
Kwn2 : ada.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A : cikgu ada otak tak?
Kwn2 : tak ada.


Moral: Nak bagitau yang Allah (Tuhan) itu ada walau tak nampak... Orang beriman juga perlu yakin dan percaya kepada perkara2 ghaib yg lain seperti dosa & pahala, syurga & neraka etc.

Wallahua'lam...

Baca selanjutnya...

Monday, December 01, 2008

Kebesaran Allah: Bulan berdansa mengiringi Musytari dan Kejora - 1 Disember 2008

Saya mencari sesuatu untuk dikongsi pada hari ini... Walaupun mungkin telah dikongsi di blog2 lain..xpelah, sekadar memenuhi koleksi di blog ini. Saya cuba juga mengintai langit...tapi langit di sini berawan, bulan yang dicari tidak kelihatan. Al maklum musim hujan... Tak mengapa. Terima kasih kepada Ateh tuan blog http://www.atehfaisal.blogspot.com/ yang telah mengeluarkan posting berkaitan peristiwa ini yang juga susulan dari portal http://falak-online.net/myportal/


Kejadian Allah yg mengagumkan aku malam ni...

Bulan bersama-sama dengan Mustytari (jupiter) dan Kejora (venus) akan berhimpun di dalam kawasan yang sama dan membentuk sebuah segitiga! membentuh seperti sedang tersenyum.

Bayangkan, walaupun ketiga-tiga objek ini dilihat seolah-olah hampir antara satu sama lain, tetapi dari segi hakikatnya tidak.

Cahaya dari Bulan mengambil masa 1.3 saat untuk sampai ke mata kita. Cahaya dari Kejora (objek sebelah kiri), mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk sampai. Manakala Musytari yang dilihat itu ialah keadaannya 48 minit terdahulu!



Subhanallah!!!

Baca selanjutnya...

Wacana Perdana: Transformasi Politik Malaysia

Dijemput hadir kepada sesiapa yang berkelapangan...

Baca selanjutnya...

Takziah


28 November 2008, negara dikejutkan dengan berita pemergian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, yang meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira jam 6.30 petang ketika sedang bermain badminton di institut itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima orang anak. Anak sulung mereka, Muhammad Nurazli kini merupakan pengurus di bawah Sime Darby Berhad. Anak kedua, Asrul Shah pula pegawai tadbir dan diplomatik yang berkhidmat sebagai penolong pengarah di Jabatan Perdana Menteri. Sementara tiga lagi anak mereka masih menuntut.


Allahyarham juga merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut. Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.


Takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Yang pergi takkan kembali,
Namun kekosongan kerusi perlu diisi,
Nampaknya saya akan mengundi lagi,
Moga si pengganti akan lebih baik lagi
=)


Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner