Sunday, November 16, 2008

Piramid berusia 4300 tahun ditemui di Mesir


Sekumpulan arkeologi Mesir baru-baru ini mengumumkan penemuan terbaru piramid berusia 4300 tahun yang asalnya tertimbus 7 meter di bawah timbunan pasir. Piramid tersebut pada satu ketika dahulu mempunyai tinggi 14 meter ini dipercayai makam untuk Permaisuri Sesheshet. ibu kepada Firaun Teti, pengasas dinasti Mesir ke -6.


Yang tinggal kini hanyalah asas piramid yang setinggi 5 meter dan meliputi seluas 22 meter persegi. Penemuan mengejutkan ini merupakan yang ketiga yang dibina oleh Teti selepas kedua-dua piramid sebelum ini dibina untuk isterinya iaitu Iput 1 (ditemui 100 tahun dahulu) dan Khuit pada 1994.


Tiada siapa sangka terdapat tinggalan piramid di kawasan tersebut memandangkan kajian arkeologi telah dilakukan hampir 100 tahun di kawasan tersebut. Namun begitu, pencuri makam dipercayai mengetahui akan kewujudan piramid tersebut. Ini kerana, ahli arkeologi turut menemui sebuah terowong yang dibina terus ke bilik mumia.


Masih adakah mumia ?

Oleh kerana itu, mereka tidak realistik boleh menemui sebarang mumia terutamanya Permasuri Sesheshet dan juga sebarang harta karun. Namun begitu, mereka tetap akan mengali sehingga ke bilik utama yang menempatkan mumia permaisuri.


Kenapa piramid dibina untuk permaisuri ?

Menurut sejarah, menjadi amalan Firaun-firaun bermula dari dinasti ke-4 membina piramid untuk isteri dan ibu mereka untuk mengangkat darjat mereka. Kedudukan ibu di dalam masyarakat Mesir begitu tinggi. Oleh kerana itu, Teti telah membina sebuah piramid untuk ibunya, Sesheshet.


Sumber: http://apesaje.110mb.com/sains/piramidbaru.html

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner