Wednesday, March 26, 2008

SIAPA MB TERENGGANU??

Oleh: ibnu Muhammad (23 Mac 2008)

Surat khabar hari ini melaporkan, pihak istana Terengganu memperkenan Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru namun 22 ADUN BN, menyokong Idris Jusoh mengekalkan jawatan MBnya.

Aku tersenyum kelucuan membaca tajuk berita tersebut, membaca sekali imbas akhbar yang memualkan itu, Ahmad Said juga dikatakan akan dikenakan tindakan tatatertib jika menerima jawatan tersebut kerana melanggar peraturan parti. Hah..persoalannya, antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh, siapa yang lebih layak menjadi MB Terengganu?? Ahmad Said mendapat perkenan sultan tetapi tiada ADUN yang menyokongnya sedangkan Idris Jusoh mendapat sokongan penuh ADUN BN yang lain tetapi tidak mendapat perkenan sultan.
So, jawapannya?? (Pendapat peribadi aku lah..) Sudah tentulah kedua-duanya tidak layak. Tapi nak taknak terpaksa terima salah seorang dari mereka iaitu yang telah mendapat perkenan sultan, bukan perkenan PM.

Kenapa jadi begini? Adakah kerana kemenangan BN Terengganu yang tidak berkat? Wallahua’alam. Bukan hak aku untuk tentukan. Berkat atau tidak itu urusanNya. Tidak pernah terjadi sejarah begini. Tetapi itulah motto yang selalu digunakan BN Terengganu sejak akhir-akhir ini. "MEMAHAT SEJARAH mencipta tamadun". Sejarah telah betul-betul berjaya dipahat. Tahniah Idris & BN Terengganu.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner