Tuesday, March 13, 2007

SERANGAN MUSUH TERHADAP PEMUDA/DI ISLAM DI MALAYSIA

Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling keluarga atau jiran tetangga sudah pasti masalah yang berterusan melanda dalam keluarga tersebut, jarang sekali di ketika ini sesebuah keluarga itu tidak menghadapi masalah. Jelasnya, kita dapat simpulkan permasalahan ini kepada luaran terlebih dahulu iaitu serangan yang bertubi-tubi musuh Islam kepada umat Islam, antaranya:

1) Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-mudi, dan menjadikan mereka idola atau pujian di dalam kehidupan mereka. Dalam masa yang sama menyempit ruang lingkup alim ulama dalam konteks dakwah dan menyisihkan mereka dari kalangan contoh di kalangan remaja.

2) Menambah tempat-tempat hiburan dan menaja konsert-konsert tertentu bagi tujuan untuk merosak akhlak serta meleka dan melalai dari ajaran agama Islam.

3) Menghadkan peruntukan kepada program-program agama dan memberi peruntukan yang besar kepada apa jua jenis sukan dengan tujuan untuk merapat hubungan kaum sesama penduduk Malaysia tetapi dalam masa yang sama untuk meminggirkan program-program agama. Sebagai contoh belanja untuk SUKOM, SUKMA, PIALA MALAYSIA dll

4) Sukatan pelajaran agama dipersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan. Lihat sahaja kepada pandangan Dr. Faisal Othman di dalam majalah Massa 7 September 1996, "Pendidikan dan ajaran agama Islam kepada murid dan pelajar beragama diajar mengikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang ditetapkan. Sistem persekolahan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia kini.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk diterima dakwaan kononnya mengucap dua kalimah shahadah pun ramai yang tak tahu maka dikatakan remaja Islam di Malaysia buta agama atau tidak mengetahui ajaran pokok agama Islam." Ucapan ini telah dijawab oleh kerajaan Selangor melalui JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) melalui khutbah Jumaat keseluruh pada bulan September 1998 menyebut bahawa, "Mengikut satu kajian yang dijalankan di sekitar Sek. Menengah di Lembah Klang kajian yang dilakukan terhadap 100 orang pelajar Islam bermula dari tingkatan 3 hingga 5 yang menunaikan solat 5 waktu, hanyalah 8 orang yang sembahyang 5 waktu dan selebihnya seramai 92 orang meninggalkan sembahyang 5 waktu."

5) Membenarkan missionari-missionari kristian melebarkan pengaruh di dalam suasana kehancuran akhlak muda/di demi membina kekuatan agama mereka di kalangan orang Melayu yang beragama Islam dengan cara membuka ruang pengampunan dosa dan juga kaunseling agama mengikut ajaran kristian.

6) Memecahkan perpaduan umat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah) dan mewujudkan perasaan kumpulan masing-masing adalah benar, dengan tujuan untuk melahirkan satu natijah yang lebih besar lagi iaitu permusuhan dan peperangan sesama um
mat Islam. Negara contohnya negara Afganistan dan Pakistan.
Cuba renung balik kepada tulisan Syeikh Annuar al-Jundi di dalam kitabnya,
"محاولة لبناء المناحج الاسلامية"

"Pada hari ini, ajaran Talmud adalah suatu ajaran yang meruntuhkan umat manusia dan ketamadunan mereka. Melalui uslub ilmiah, ajaran ini menentang agama, akhlak dan nilai-nilai mulia. Sekaligus dengan itu, ajaran ini juga menentang tuntutan dan kewajipan yang mesti dijalankan serta hukuman-hukuman (seperti Hudud) yang mesti dijatuhkan kepada pesalah. Antara perkara-perkara yang paling berbahaya yang didapati daripada ajaran ini ialah mewujudkan perancangan yang meruntuhkan dan membinasakan seperti Freemason, zionisme dan buku-buku protokol zionis antarabangsa."

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner