Wednesday, March 28, 2007

28 Mac 2007 & 9 Rabiulawal 1428

Hari ni 28 Mac 2007
Hari di mana ummi dilahirkan
Saksi kepada kelahiran ummi yang melahirkan
Namun
Terkilan si anak kerana tiada di sisi meraikan
Terpisah seketika mendukung segunung harapan…
Ummi..
Dirimu ibarat permata yang berharga
Yang bersinar dalam hidupku…
Membesarkan ku bagai menatang minyak yang penuh
Menyiram dengan penuh kasih sayang,
Kebahagiaan dan keselesaan..
Tidak ternilai kasih dan pengorbananmu…
Terima kasih untuk segala-galanya
Ku iringi doa sepenuh harapan
Semoga dirimu dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan
Berbahagia dan bergembira di sisi keluarga tersayang
Terima kasih ummi

Hari ini juga 9 Rabiulawal
Hari lahirnya seorang teman
Walau berjauhan tetap dalam ingatan
Mana mungkin ku lupakan jasamu teman
Membangkitkan semangat
Ketika aku bingung mencari jalan
Semoga dirimu tabah hadapi ujian dan cabaran
Semoga terus istiqamah dalam semangat perjuangan
Ya Allah…
Ampunilah kami dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu
dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan kami suatu dosa
melainkan telah Engkau ampunkan.
Lindunglah kami dari hilangnya nikmatMu
dan berubahnya kesejahteraanMu
dan mendadaknya seksaMu
dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu
tabahkanlah mereka dalam menghadapi segala urusan
dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya
dengan sabaik-baik permintaan,
sebaik-baik permohonannya,
sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
Tetapkanlah untuknya,
Beratkanlah timbangan kebaikannya.
Mantapkanlah imannya,
tingkatkanlah darjatnya,
Terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.
Ya Allah, aku bermohon bagi kami kepadaMu
tingkat yang tinggi di syurga.
Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ameen...

Baca selanjutnya...

Thursday, March 22, 2007

3 Soalan dan jawapan...

ASSALAMUALAIKUM,
Untuk renungan bersama!
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.
Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya? 2.Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan,sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan spontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.Pemuda (sambil menahan sakit)
Pemuda: Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu...,atau macam mana rupanya??..!
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan keujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat ujudNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar!
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..
Jika amalan bukan untuk negeri abadi.'

Baca selanjutnya...

Orang kata... Atuk kata... Aku rasa...

ORANG KATA.. enjoy sementara muda,hidup panjang lagi,dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice,constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje,dah ada tarikh untuk diuji,dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,byk pula tu peringkat ujiannya,Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,berpartylah sepanjang malam,make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir,hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh,beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?dah cukup zikir untuk santapan rohani?dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..
ORANG KATA.. successful people have a good time management,ada bisnes di kl, new york, tokyo..masih sempat berkempen utk pilihanraya,masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,masih sempat pasang perempuan 2-3,baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu?ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA.. err..betul jugak tu..

Baca selanjutnya...

Mengapa aku hanya berkata?

Kau kata "Aku bercita-cita tinggi untuk jd jundullah!"
Tapi yg kau lakukan "bukan amalan jundullah"

Kau kata " Kita tak cukup tarbiyyah!"
Tapi kau "tak pernah tarbiyyah diri sendiri."

Kau kata "Kau benci itu, kau benci ini!"
Tapi yang kau selalu buat "itu dan ini"

Kau kata "KFC, Coke donate kat Israel"
Tapi "KFC yang kau cari, Coke yang kau beli"

Kau kata "Chatting membuang masa"
Tapi itu yang "kau klik mula-mula!"

Kau kata "Adik2, jgn cinta dunia!"
Tapi kau "cari cari cinta dunia."

Kau kata "Cariklah redha Allah semata-mata"
Tapi yang mula-mula kau cari " redha manusia"

Kau kata BANYAK..
Tapi kau buat SIKIT..
Mengapa hanya berkata?
Sedangkan buatnya tidak!!!!

APA YANG KAU MAHU SEBENARNYA.. SAMPAI BILA KAU TERUS NAK SEKADAR BERKATA-KATA? JUJURLAH..JGN MEMBUAT PENIPUAN DLM BERJUANG.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. " As-Saaf (2 dan 3)

Baca selanjutnya...

JANGAN!!!

1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..
2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan. 5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).
6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
8.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau
gagal kecewa pula.
15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Baca selanjutnya...

Sunday, March 18, 2007

Lelaki vs Wanita

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (agaknya la kot)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Baca selanjutnya...

Mengapa Wanita Mudah Menangis??

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan..
Wallahua'lam...

Baca selanjutnya...

Kawan di Akhir Zaman Ini

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu manfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu manfaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

Baca selanjutnya...

FITRAH YANG MENJADI FITNAH

Salamun'alaik... Ana nak kongsi artikel ni,yang kalau tak silap ditulis oleh Us. Pahrol Mohd Juoi dan pernah diterbitkan dalam majalah Anis... Tulisan yang agak santai dan mudah difahami...moga dapat manfaat bersama...InsyaAllah....

Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya.

Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.

Rasa Cinta Tak Salah

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya.

Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.

Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburu namanya - Cinta Monyet!

Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah...........................................
Jaga Iman, Hiasi Amal..


Baca selanjutnya...

Ya Habiballah...

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?""Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Baca selanjutnya...

ALLAH KNOWS !!

When you’ve cried so long and
your heart is in anguish…
ALLAH has counted your tears…

If you feel that,
your life is on hold and time has passed you by…
ALLAH is waiting for you…

When you’re lonely
and your friends are too busy even for a phone call….
ALLAH is by your side.

When you think you’ve tried everything
and don’t know to turn…
ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you’re
confused or frustrated…
ALLAH has the answer.

If suddenly your outlook is brighter and
you find traces of hope…
ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have
much to be thankful for…
ALLAH has blessed you.

When something joyful happens
and you are filled with awe…
ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill
and a dream to follow…
ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember wherever you are or
whatever you are facing…
ALLAH (SWT) KNOWS !!

Baca selanjutnya...

Wednesday, March 14, 2007

Di Hari Lahirku...


Di hari lahirku...
Keinsafan menjalari jiwaku
Tafakur diri pada yang satu
Makin bertambah usiaku
Adakah seiring dengan tingkat imanku
Rasa malu menerpa di kalbu
Terlalu berharga kurniaaanMu padaku
Namun...
Terlalu sukar kuungkapkan kesyukuran padaMu
Walau kusedari
Kekerdilan diri ini
Hanya hamba yang menghuni bumi
Dengan belas ihsan ilahi
Di hari lahirku...
Kukenangi jasamu ibu
Melahirkan jua mendewasakanku
Dengan kasih sayangmu ibu
Mampukah aku
Membalas jasamu itu
Di harilahirku...
Kukenali erti sebuah persahabatan
Kuhargai hati seorang teman
Setinggi penghargan aku ungkapkan
Untukmu yang sering berlegar diingatan
Ukhuwwah ini akan terus segar diingatan
Selagi nyawa di kandung badan

Baca selanjutnya...

Tuesday, March 13, 2007

Aku Mencari...

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT DHUHA…

Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya
Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya
Dalam MEMBACA AL-QURAN…

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya
Dalam PUASA & SEDEKAH…

Aku Mencari
Naungan ‘Arasy,
Aku Mendapatinya
Dalam MENGASINGKAN DIRI
BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA…

“SYAQIQ AL-BALKHI”

WaALLaHu SuBHaaNaHu WaTaaLa a'LaM

Baca selanjutnya...

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruk padahnya…Tolong ingatkan andai ku lupa... Tegur dan perbetulkan andai ku salah...

Baca selanjutnya...

Mencari Diri Sendiri...Siapakah Kita?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Baca selanjutnya...

24 Protokol Zionis Antarabangsa

Protokol 1: Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan siapa kuat dialah yang berhak, kerana dalam hukum alam kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol 2: Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negeri terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa di kalangan Yahudi berharga 1,000 orang bukan Yahudi.

Protokol 3: Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa memasuki PASUKAN KITA iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa yang bukan yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan (bangsa bukan Yahudi) tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itu senanglah bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol 4: Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis dari hati orang yang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

PEMUDA PEMUDI ISLAM: ANTARA CABARAN DAN PERANAN …

Protokol 5: Kalau muncul orang-orang yang bijaksana dari kalangan bukan Yahudi, mereka tidak akan dapat mengatasi bangsa Yahudi. Ilmu sains, politik, ekonomi rekaan orang Yahudi yang bijak memberi taraf yang tinggi kepada modal. Untuk menjamin public opinion kepada Yahudi, bangsa Yahudi mestilah membingungkan mereka dengan memberikan pelbagai pendapat yang saling bertentangan. Akhirnya mereka tidak mengambil keputusan tidak mencampuri urusan politik kerana politik hanya oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. Inilah rahsia yang pertama.

Protokol 6: Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat berbuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa yang bukan Yahudi mesti dipatuhkan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol 7: Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol 8: Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang-orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli bank, jutawan dan usahawan.

Protokol 9: Yahudi akan mendirikan KERAJAAN DIKTATOR dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol 10: Yahudi akan membawa masuk racun liberisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.

Protokol 11: Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai SERIGALA dan bangsa lain sebagai KAMBING. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai suatu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Protokol 12: Yahudi akan mengubah pengertian tentang KEBEBASAN atau KEMERDEKAAN dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh uandang-undang. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Ia penting kerana menjadi alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol 13: Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukkan di kalangan bukan Yahudi kerana sumuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan-persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol 14: Para filosuf mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi haruslah menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 15: Bila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dibubarkan dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu mesti didirikan sebanyak-banyak FREMASONIC LODGE iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.

Protokol 16: Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membina para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol 17: Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol 18: The King of Jew akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya kegiatan-kegiatan untuk menentang Yahudi.

Protokol 19: Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh, dan lain-lain kesalahan yang hina.
Orang ramai akan memandang kesalahan-kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan berasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol 20: Bank Yahudi Internasional akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian merupakan lintah yang melekat pada badan. Bank Yahudi akan membiarkan mereka mati kerana kehilangan darah terlalu banyak. Ekonomi akan lumpuh bila hutang meningkat.

Protokol 21: Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan di mana tujuannya untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan kepada pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau memberi sebanyak itu juga. Dengan cara inilah semua perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol 22: Untuk mencapai tujuan yang baik, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Kekuasaan bagi Yahudi kerana BERKUASA PENUH dalam rangka meletakkan dunia di bawah pemerintahannya. Di tangan Yahudilah terletak pusat kekuasaan yang peling besar.

Protokol 23: Orang Yahudi WAJIB melatih seluruh umat manusia dalam meninggikan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia, iaitu setia kepada arahan Yahudi.

Protokol 24: Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Baca selanjutnya...

SERANGAN MUSUH TERHADAP PEMUDA/DI ISLAM DI MALAYSIA

Dekad 20 an ini kita menyaksikan kehancuran demi kehancuran sistem sosial di kalangan anak-anak remaja di Malaysia, perhati sahajalah kepada situasi semasa di sekeliling keluarga atau jiran tetangga sudah pasti masalah yang berterusan melanda dalam keluarga tersebut, jarang sekali di ketika ini sesebuah keluarga itu tidak menghadapi masalah. Jelasnya, kita dapat simpulkan permasalahan ini kepada luaran terlebih dahulu iaitu serangan yang bertubi-tubi musuh Islam kepada umat Islam, antaranya:

1) Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-mudi, dan menjadikan mereka idola atau pujian di dalam kehidupan mereka. Dalam masa yang sama menyempit ruang lingkup alim ulama dalam konteks dakwah dan menyisihkan mereka dari kalangan contoh di kalangan remaja.

2) Menambah tempat-tempat hiburan dan menaja konsert-konsert tertentu bagi tujuan untuk merosak akhlak serta meleka dan melalai dari ajaran agama Islam.

3) Menghadkan peruntukan kepada program-program agama dan memberi peruntukan yang besar kepada apa jua jenis sukan dengan tujuan untuk merapat hubungan kaum sesama penduduk Malaysia tetapi dalam masa yang sama untuk meminggirkan program-program agama. Sebagai contoh belanja untuk SUKOM, SUKMA, PIALA MALAYSIA dll

4) Sukatan pelajaran agama dipersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan. Lihat sahaja kepada pandangan Dr. Faisal Othman di dalam majalah Massa 7 September 1996, "Pendidikan dan ajaran agama Islam kepada murid dan pelajar beragama diajar mengikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang ditetapkan. Sistem persekolahan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia kini.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk diterima dakwaan kononnya mengucap dua kalimah shahadah pun ramai yang tak tahu maka dikatakan remaja Islam di Malaysia buta agama atau tidak mengetahui ajaran pokok agama Islam." Ucapan ini telah dijawab oleh kerajaan Selangor melalui JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) melalui khutbah Jumaat keseluruh pada bulan September 1998 menyebut bahawa, "Mengikut satu kajian yang dijalankan di sekitar Sek. Menengah di Lembah Klang kajian yang dilakukan terhadap 100 orang pelajar Islam bermula dari tingkatan 3 hingga 5 yang menunaikan solat 5 waktu, hanyalah 8 orang yang sembahyang 5 waktu dan selebihnya seramai 92 orang meninggalkan sembahyang 5 waktu."

5) Membenarkan missionari-missionari kristian melebarkan pengaruh di dalam suasana kehancuran akhlak muda/di demi membina kekuatan agama mereka di kalangan orang Melayu yang beragama Islam dengan cara membuka ruang pengampunan dosa dan juga kaunseling agama mengikut ajaran kristian.

6) Memecahkan perpaduan umat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah) dan mewujudkan perasaan kumpulan masing-masing adalah benar, dengan tujuan untuk melahirkan satu natijah yang lebih besar lagi iaitu permusuhan dan peperangan sesama um
mat Islam. Negara contohnya negara Afganistan dan Pakistan.
Cuba renung balik kepada tulisan Syeikh Annuar al-Jundi di dalam kitabnya,
"محاولة لبناء المناحج الاسلامية"

"Pada hari ini, ajaran Talmud adalah suatu ajaran yang meruntuhkan umat manusia dan ketamadunan mereka. Melalui uslub ilmiah, ajaran ini menentang agama, akhlak dan nilai-nilai mulia. Sekaligus dengan itu, ajaran ini juga menentang tuntutan dan kewajipan yang mesti dijalankan serta hukuman-hukuman (seperti Hudud) yang mesti dijatuhkan kepada pesalah. Antara perkara-perkara yang paling berbahaya yang didapati daripada ajaran ini ialah mewujudkan perancangan yang meruntuhkan dan membinasakan seperti Freemason, zionisme dan buku-buku protokol zionis antarabangsa."

Baca selanjutnya...

Ainul Wardah [2]

Sejak along pulang daripada melanjutkan pengajian ke Mesir kutahu dia sudah boleh bertolak ansur denganku. Bukan macam 10 tahun yang lepas, aku hanya menjadi tempat sumpah seranahnya. Aku redha kerana kutahu di mana kedudukanku dalam keluarga itu. Hanya menumpang secebis kasih. Ibu, wanita itulah yang telah banyak meyemaikan benih kesabaran di hatiku ini… terima kasih ibu, walaupun kau bukanlah yang melahirkanku namun yakinilah bahawa aku lebih berbangga dengan panggilan ibu itu seolah-olah akulah anakmu dunia dan akhirat juga.

Umar Hazwan, berbicara mengenai adam itu aku sedikit terkilan. Sepanjang tempoh pertunanganku dengannya dia seolah-olah menjauhkan dirinya daripada diriku ini. Hina sangatkah diriku ini? Aku bukanlah perampas kebahagiaanmu. Umar Hazwan Peristiwa yang memalukan itu telah mengheret aku dan Umar Hazwan dalam kancah masalah ini.
Keluarga aku dan keluarganya telah sepakat bahawa kami perlu disatukan. Aku tidak diberikan peluang untuk memikirkan semua ini. Tetapi, apabila aku memandang wajah solehah itu, oh ibu dengan tega aku menyatakan persetujuan. Kata putus ku ini adalah demi kegembiraan ibu dan abah. Aku redha. Dengan itu, selamatlah cincin bertatahkan delima merah menjadi penghias jari manisku ini.

Umar Hazwan, maafkan aku. Bukan bermaksud untuk menambah luka yang terguris. Aku dipaksa dan kau terpaksa. Aku tahu bekas tunanganmu itu masih melakar mimpi indah dalam kanvas kenanganmu itu. Aku sedar semua ini. Namun, berikanlah sedikit ruang waktu untukku menjamah kasih ini.

**********************************
Hari pernikahan antara aku dengan Umar Hazwan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Iman Humairah telah berjaya diselamatkan. Sejuta kesyukuran kurafakkan pada Ilahi atas kurniaan ini. Ingin ku tatap wajah penyejuk hati itu walaupun kutahu ada rahsia yang telah ditentukan aku pasti akan berpisah dengannya jua. Ya Allah, berikan daku kesempatan memberikan kebahagiaan pada semua insan yang telah menggembirakan sepanjang hidupku ini.
" Besar sungguh kurniaan Ilahi, siapakah yang telah menyumbangkan sebahagian besar daripada kos pembedahan Iman Humairah… moga Allah membalas budinya di akhirat sana," terdengar along bersuara semasa aku masih di atas katil putih itu. Aku hanya mampu tersenyum. Senyuman yang mengungkap seribu pengertian, hanya Dia yang mampu memahami. Ucapan terima kasih daripada along hanya kusambut dengan anggukan lemah, namun apa yang paling berharga bagi aku adalah melihat senyuman kembali berbunga pada wajah along. Seingat aku inilah senyuman kedua yang dihadiahkan buat aku, pertama ketika hari perkahwinannya dan inilah yang kedua. Akan adakah peluang ketiga untuk aku meraih senyuman itu lagi?!

Umar Hazwan masih dengan sikapnya, sebulan aku terlantar di rumah hanya sekali dia menziarahiku. Alhamdulillah, rela ataupun terpaksa, hanya Dia yang tahu. Ketika inilah aku berpeluang untuk berbicara dengannya secara terbuka mengenai perancangan dan persiapan perkahwinan kami.

Agak dingin namun setiap pertanyaan aku dia menjawab dengan jawapan yang memuaskan hatiku walaupun aku sedikit terasa namun aku gembira…sabarlah ya akhie tidak lama lagi kegembiraan pasti akan menjadi milikmu jua.

Dalam diam kutitipkan warkah bertinta ungu untuk seseorang, menjelaskan hakikat pernikahan ini. Alhamdulillah, warkah itu mendapat balasan seperti yang kuharapkan. Syukur ya Allah. Moga di kesempatan ini aku mampu memberikan kegembiraan buat insan yang kusayangi ini. Ku pohon ruang itu ya Allah.

"DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli."

**********************************
Hari ini akan tersenyum. Tanggal 12 September hari yang kunantikan. Jubah pengantin berona ungu lembut tergantung menanti untuk disarungkan oleh permaisuri hari ini. Aku tersenyum lagi. Derita itu bakal berakhir hari ini. Ini janjiNya, dan janjiku.

Keluarga aku dan keluarga Umar Hazwan tidak menolak apabila aku menyatakan keinginan aku untuk melangsung pernikahan di masjid. Memang sedikit pelik lantaran abah seorang imam, namun ibu yang paling memahami memujuk abah supaya bersetuju.

Ada seseorang sedang menanti di sana. Ibu tersenyum padaku namun kutahu hati ibu bergetar. Wardah tahu ibu, berikan restu ibu, insyaAllah Wardah akan kuat. Setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya.

"Umar Hazwan Abdul Rahim ku nikahkan dikau dengan Siti Sakinah binti Ibrahim dengan mas kawinnya RM 180 tunai,"

" Aku terima…,"

Aku tersenyum. Kutadahkan kesyukuran atas nikmatNya ini. Seketika sebelum pernikahan berlangsung aku bersemuka dengan Umar Hazwan.

" Akh, hari ini ana akan menyerahkan kebahagiaan itu kembali kepada akh," dia sedikit terkejut. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia terpinga-pinga dengan kata-kataku itu.

"Ana serahkan ‘dia’. Jagalah amanah kasihmu ini sebaik mungkin,"

Siti Sakinah kini telah sah menjadi permaisuri hati Umar Hazwan. Ibu, abah dan along tersenyum. Inilah perancanganku yang telah kurancangkan. Alhamdulillah, kutahu Umar Hazwan masih menyayangi Siti Sakinah, inilah ketenangan yang diimpikan oleh Umar Hazwan. Dan aku melaksanakan impiannya demi cinta suciku ini. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan.

***********************************
Umar Hazwan merenung senja yang akan berlabuh tidak lama lagi. Beropolan awan merah mula bertukar kehitaman lantaran malam bakal mengambilalih tugas siang. Malam ini usai jemaah di masjid dia akan ke rumah Haji Abdul razak, malam ini adalah malam terakhir tahlil.

Wajah manis arwah Ainul Wardah bermain di birai kenangan. Besar jasa gadis itu. Usai majlis pernikahannya dengan Siti Sakinah, dia mendapat khabar, Ainul Wardah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan ibunya. Sungguh dia terkilan. Di saat kegembiraan menjengah tabir hidupnya, dia menerima berita ini.

Pulangnya gadis itu ke rahmatullah membongkar sejuta satu rahsia. Penyakit yang menjadi asbab penderitaan gadis itu selama ini tiada siapa yang tahu. Walaupun, doktor telah memberikan nasihat bahawa hayatnya tidak panjang, namun gadis itu sedaya mungkin cuba untuk memberikan ruang kegembiraan kepada semua insan tersayang. Termasuklah dirinya.

Pembedahan Iman Humairah rupanya adalah daripada simpanan arwah. Dan hadiah terakhir daripada Ainul Wardah buatnya adalah Siti Sakinah. Akan kujaga amanah mu ini Ainul Wardah.
Teringat dia akan bingkisan gadis itu dalam kad ucapan tahniah pernikahannya..

Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita
Kerana cinta kita mendatangiNya
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya…
Semoga tenang rohmu Ainul Wardah…
al-fatehah.

Baca selanjutnya...

Tuesday, March 06, 2007

Ainul Wardah [1]

Sabda Rasulullah saw, “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju sedangkan perangai buruk merosak amal soleh seperti cuka merosak madu..”

“ini Ainul Wardah, adik kandung along, sejak itulah, budak kecil yang digelar adik oleh along itu menyelit dalam keluarga mereka.

Ibu tidak terkata apa-apa. Namun, riak pada wajah ibu jelas kelihatan. Siapalah yang sanggup memandang semua ini dengan senyuman. Ainul Wardah adalah anak madu ibu. Ya madu ibu! Suatu kenyataan yang harus ibu terima. Sepanjang 13 tahun melayar bahtera kasih bersama abah, tiba-tiba abah membuka suatu rahsia yang amat memilukan… Oh abah, mengapa engkau lakukan semua ini…? Khabarnya yang dia dengar melalui daun pintu rumah pusaka arwah atuk, emak Ainul Wardah telah meninggal dunia akibat barah. Abah telah mengahwini perempuan itu 10 tahun yang lepas…

Siapakah yang sanggup didustai sebegini rupa…ternyata ibu memerlukan ketabahan untuk mengumpulkan kekuatan menerima semua ini. Lantaran perempuan yang pada kiraanku selayaknya aku gelarkan perampas, hanya sebatang kara, abah tiada jalan lain..Ainul Wardah dibawa ke syurga kediamanku ini.

Tegakah ibu menyayangi anak madunya ini? Oh, ibu…anakmu memahami perasaanmu itu.. Namun, ibu selayaknya seorang yang ku kenali seorang yang tenang zahir dan batin, tidak mudah melatah..memanglah ibu terluka namun..mengenangkan nasib anak kecil itu…Ibu tersentuh..Oh Ibu…selayaknya syurga buatmu..

Tapi aku..lain pulak ceritanya.. terus-terusan melancarkan mogok..budak itu bukan adikku…aku tidak suka budak itu..mengapakah kau perlu wujud dalam kebahagiaan kami? Mengapa???


Lagi 3 bulan along akan berangkat ke Ardul Kinanah, menyambung pengajian tahfiznya di universiti Al-Azhar cawangan Shoubra, Cairo Dan dia…keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diperoleh melayakkan dia untuk menjejakkan kaki ke menara gading seiring dengan langkah along. Namun ada sesuatu yang berbekas di hatinya, mengunjak nuraninya…Dia tekad.

“Kenapa kau tak nak sambung belajar..sia-sia je..eh, penat tau ibu dan abah sekolahkan kau..,” along menyinga ketika dia menyuarakan untuk tidak menyambung belajar.

“Wardah..Wardah…nak temankan ibu,” hanya itu sahajalah alasan yang dirasakan kukuh. Walaupun…ah, biarlah..dia tidak kisah..

“Wardah, rugi tau…STAM Wardah dapat jayyid..” ibu pula mengambil giliran along…ibu tidak sekeras along.

“ker kau nak tunggu Umar Hazwan tu masuk pinang kau..kau dah tak sabar nak kawin yer..,” berdesing telinga along tatkala heboh satu maahad mengatakan Ainul Wardah dan Umar Hazwan ditangkap kerana berdua-duaan.

“Along..benda tu dah lepas..bukan Wardah yang bersalah…,” esak dia sudah mula kedengaran…kisah penangkapan dia dengan Umar Hazwan lalu sudah dimaklumi bakal menjadi alasan kukuh untuk along menghentam dia. Semua hujah dia along nafikan, kata along dia yang bersalah..Kesian abah..kesian ibu..maafkan Ainul Wardah…

“habis tue…???’”

“Sudah la..kamu semua ni adik beradik tak sudah-sudah nak bergaduh..along..biarlah kalau Wardah tak nak sambung along jangan nak memaksa dia..dia dah besar dia tahu untuk buat keputusan dia sendiri..,” akhirnya abah bersuara..Dia tahu abah kecewa..kecewa atas apa yang terjadi. Selepas kejadian yang memalukan itu, abah seolah-olah dipulaukan oleh orang kampung..kesian abah.

“akh, ana mintak maaf kepada akh. Kalaulah ana..,” dia tahu yg Umar Hazwan terlalu kecewa dengan apa yg terjadi. Sungguh memalukan dan khabar yang dia terima, Umar Hazwan yang telah pun bertunang dengan gadis Akademi Pengajian Islam cabang Usulluddin itu telah diputuskan pertunangannya. Sungguh dia berasa bersalah. Malah, persahabatan antara Umar Hazwan dengan along juga ditiup bayu ketegangan.. Ya Allah, berat benar dugaan ini. Tak sanggup dia melihat musibah ini namun hakikatnya dia perlu menerimanya. Umar Hazwan hanya mematikan talian. Ya Allah…dia terkesima sendirian.

“ Hai orang-orang yang beriman, mintaklah pertolongan daripada (kepada Allah )dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al- Baqarah ayat 153.

Jauh benar dia termenung, ya Allah…mengungkap sejarah silamnya bersama kehidupan duniawi ini. Matanya terarah kepada sepotong kata-kata hikmah lakaran patah-patah Hukamak yang berbunyi “ janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan, tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu, kemudian berusaha untuk memperbaikinya.”

Puas sudah dia berfikir, berpandukan istikharah yg dipohonkan kepada Ilahi, dia yakin inilah jalan yang terbaik. Lagipun Iman Humairah adalah anak buahnya juga. Dia perlu menyelamatkan Iman Humairah, permata keluarganya.

“ Boleh jadi kesusahan yang anda deritai itu, akan menjadi kenang-kenangan yang tiada ternilai di kemudian hari.”

“ Iman Humairah adalah anak kami, kami tahu macamana kami nak…,”

“ Tapi Along, biarlah Wardah yang berkorban sebahagian daripada hati adik…laporan daripada pakar telah mengesahkan hati Wardah sesuai untuk Iman Humairah,” belum sempat along menghabiskan ayat-ayatnya, aku menungkas sedaya mungkin.

“ Iman Humairah tanggungjawab kami…,”

“ Dia juga amanah kepada Wardah, mak usunya,” kutahu along akan berusaha untuk menolak pertolonganku ini. Salahkah ku untuk berbakti kepada darah dagingku sendiri? Sejak buah hatiku itu disahkan doktor hanya mampu hidup lebih kurang 3 bulan sahaja lagi akibat bengkak hati peringkat kritikal, kutahu along berperang dengan perasaannya. Memikirkan nasib puteri kesayangannya itu. Jua dengan kos rawatan yang sudah ku dimaklumi menelan belanja yang besar.

“Bagaimana dengan Umar Hazwan?”

“Wardah akan jelaskan padanya,” alhamdulillah along sudah boleh berlembut dengan permintaanku ini. Namun riak pada wajah along masih menunjukkan dia tidak puas hati.

“Wardah tidak minta along balas semua pengorbanan Wardah ini, yang penting Iman Humairah kembali sihat macam orang lain,” puas sudah aku pasakkan hujah aku pada along. Along hanya mengangguk lemah. Aku tersenyum, ibu, Wardah menang.

Bersambung...


Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner