Monday, August 17, 2009

Doa ketika terjadi penyakit menular

Bismillahirrahmanirrahim...


Ameen..

Baca selanjutnya...

Thursday, July 30, 2009

Himpunan Mansuh ISA

Semoga tiada yg terkorban melainkan ISA

Baca selanjutnya...

Wednesday, July 15, 2009

BN Gagal di MU


Tahniah buat PAS dan PR atas kemenangan ke-6 di Manek Urai dalam siri PRK selepas PRU 12.
Ia PAStinya 'hadiah bermakna' sempena 100 hari PM Najib.
Tahniah juga buat BN atas saingan sengit yg diberikan.
Majoriti 65 undi perlu diberi perhatian oleh PAS terutamanya.
Malah undi rosak lebih banyak (117).
PAStinya akhbar arus perdana akan melaporkan
'PAS kekalkan kerusi Manek Urai'
.
Agak mustahil untuk melaporkan
'BN kalah/gagal/tumbang lagi di Manek Urai'.
Kedua-dua tajuk mempunyai maksud yang sama namun mempunyai nilai yang berbeza.
Kenapa ya?

Baca selanjutnya...

Tuesday, July 14, 2009

Masuk Harakah?


Akhir-akhir ini saya semakin jarang menerbitkan artikel2 sendiri. Mungkin kerana kekangan masa dan masalah2 tertentu. Saya lebih cenderung untuk memberikan respon spontan yang ringkas berkenaan beberapa isu semasa.

Saya jangkakan respon dan komen saya berkenaan transformasi pendidikan ini tidak akan disiarkan dalam Harakah kerana ia sudah agak lama dihantar kepada editor. Namun apabila membelek Harakah edisi Jumaat minggu lepas agak terkejut juga saya apabila komen tersebut masih mendapat perhatian editor untuk disiarkan dalam ruangan surat pembaca.

Walau bagaimanapun saya mendapati tulisan tersebut telah diedit serta diringkaskan. Ini perkara biasa apabila sesuatu artikel sampai kepada editor. TQ Harakah.

Baca selanjutnya...

Thursday, July 09, 2009

PPSMI Dimansuh 2012

Akhirnya mereka mengaku perlaksanaan dasar PPSMI ini tidak mampu melonjakkan pencapaian akademik pelajar malah menyebabkan pencapaian mereka dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya merosot...
Soalnya, kenapa 2012? Kenapa tidak dimansuhkan serta merta? Adakah keputusan ini sekadar 'gula-gula' untuk rakyat yg biasa dihulur kerajaan BN menjelang PRK?

Baca selanjutnya...

Saturday, June 20, 2009

PAS tidak akan pikul biawak hidup UMNO - TG Presiden (video)


PAS sekali-kali tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno dan menyifatkan ia sebagai memikul biawak hidup.

“Masalah bergabung dengan Umno tidak timbul, kerana bergabung dengan Umno yang ada masalah, yang ada rasuah dalaman, memerintah kerajaan yang rasuah, Umno yang politik wang, orang Melayu kata macam pikul biawak hidup”, tegas Tuan Guru Presiden PAS, Dato Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian di dalam majlis dialog anjuran Malaysian Overseas Forum, yang bertajuk ”Think: Islam Leads The Change”, di Corus Hotel, Hyde Park, Lancaster Gate, London pada 13 Jun lalu.

Antara lain Tuan Guru turut menjelaskan idea ini hanyalah sesuai pada zaman pemerintahan Abdullah Badawi, tetapi tidak pada zaman pemerintahan Najib Tun Razak.

Ikuti video rakaman lain di sini atau di sini ^_~


Baca selanjutnya...

Friday, June 19, 2009

Transformasi Pendidikan: Subjek Agama Dikesampingkan?


Ada beberapa isu semasa berkenaan pendidikan dalam negara yg menarik untuk kita perhalusi supaya kita dapat berfikir hikmah dan kewajarannya bukan sekadar menurut pandangan-pandangan tertentu secara taklid buta.

Had 10 Mata pelajaran SPM

Baru-baru ini, kerajaan telah mencadangkan beberapa dasar baru yang telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat. Pertama, apabila kerajaan telah 'mengeluarkan perintah' supaya calon SPM dihadkan mengambil 10 mata pelajaran sahaja bermula tahun hadapan, masyarakat bangkit menyatakan bantahan.

Namun pengecualian diberikan kepada calon SPM aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan tersebut untuk tahun depan sahaja. Bagaimanapun 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini membantah dan mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

Saya berpendapat, dasar ini secara tidak langsung akan menyebabkan pengetahuan dan penguasaan terhadap disiplin ilmu yang berbeza akan menjadi terhad. Kesan paling ketara mungkin akan dirasai oleh pelajar aliran Sains Agama. Dasar ini seolah-olah ingin memisahkan sains dan agama, seolah-olah memberi dua pilihan mutlak kepada pelajar sama ada ingin menumpukan bidang sains atau agama semata-mata, seolah-olah menghalang pembinaan modal insan yang dapat menguasai kedua-dua disiplin ilmu ini serentak.

Wajibkan Bahasa Inggeris

Terkini Kementerian Pendidikan sedang memperhalusi cadangan untuk mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan SPM. Dasar ini masih belum diputuskan namun ia dilihat tidak sesuai dalam keadaan isu PPSMI yang masih belum selesai. Perlukah ia dilaksanakan?

Saya tidak menafikan kepentingan menguasai bahasa inggeris namun tidakkah kementerian melihat bahawa ramai remaja kini semakin ramai yang jahil agama? Keruntuhan akhlak semakin berleluasa. Apakah pihak kementerian tiada usaha untuk menyelamatkan anak-anak muda kita yang semakin jauh dari pegangan agama?

Saya mencadangkan, pihak kementerian wajar untuk mewajibkan subjek agama khusus kepada pelajar Muslim dan cadangan mewajibkan bahasa inggeris dilihat tidak perlu untuk dilaksanakan. Apakah subjek agama (Islam) tiada nilai atau tidak penting untuk dikuasai? Sedarkah kita ramai pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih tidak tahu cara menunaikan solat dengan sempurna? Malah cara berwudhuk pun tidak tahu. Apa lagi perkara-perkara asas fardhu ain yang lain. Adakah pihak kementerian tidak memandang hal ini sebagai permasalahan yang serius dan boleh dikesampingkan begitu sahaja?

Subjek Agama Perlu Transformasi

Untuk ke arah itu, saya juga mencadangkan subjek agama di peringkat sekolah perlu diperkemaskan, perlu disuntik dengan 'booster' supaya lebih segar dan praktikal. Bukan sekadar diajar teori semata-mata. Ini sangat penting dalam penyediaan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik bahkan juga memiliki akhlak dan sahsiah terpuji. Saya memandang positif perubahan atau transformasi yang cuba dilaksanakan Kementerian Pendidikan namun kita juga perlu meletakkan keutamaan dari sudut nilai agama dan moral dalam memacu transformasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dari sudut tersendiri yang lebih diredhai.

Kaazim Kazuma

Baca selanjutnya...

Hari ini..

Hari ini rakyat dimomokkan media yang memanipulasi isu kerajaan perpaduan sehingga wujud 'team-team' dalam jemaah itu sendiri. Hal ini perlu dicegah sebelum membarah. Rakyat terutama pimpinan dan ahli jemaah serta pakatan rakyat perlu diberi penjelasan yang jelas berkenaan isu ini. Unit penerangan perlu bertindak aktif dalam membantu menyelesaikan kemelut ini.

Hari ini, siapa sangka PAS mendapat perhatian yang cukup luar biasa daripada masyarakat. Bukan sahaja dari orang melayu dan islam malah masyarakat bangsa cina dan india juga dilihat tidak lagi malu untuk membantu dan menyokong PAS. Ada di antara mereka yang bangga dengan lilitan kain 'Parti Islam SeMalaysia PAS' di kepala, ada yang berdiri megah memegang panji-panji PAS. Ada juga di kalangan mereka dengan penuh semangat melaungkan takbir. Dan paling menarik, PAS dengan izin Allah telah menarik orang bukan Islam untuk membaca dan mempelajari ayat-ayat Quran tetapi malangnya, ada pula di kalangan orang Islam yang tidak cerdik, membuat laporan polis kerana mendakwa telah menghina agama. Mufti boneka pula sibuk 'membonekakan' diri mereka.

Hari ini, ramai yang keliru dengan isu kerajaan perpaduan. Ahli Pakatan Rakyat dan tidak kurang di kalangan ahli PAS sendiri risau PAS akan masuk UMNO. Maka terbitlah pandangan-pandangan yang mampu memecah belahkan keharmonian PR akibat tidak faham kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Tuan Guru Presiden. Bagi saya masyarakat perlu diberi penerangan yang ringkas tetapi mampu memberi kefahaman dengan mudah. Tidak perlu penerangan berjela-jela yang menyebabkan masyarakat semakin keliru.

Ini adalah sebahagian petikan wawancara wartawan Harakah bersama Tuan Guru Presiden Pas yang disiarkan Harakahdaily pada 21 Apr 2009 yg lalu.


Khairul Azlam
Tue | Apr 21, 09 | 3:12:22 pm MYT

PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Sumber: Harakahdaily.net 21 April 2009
Saudara sendiri boleh menilai, di mana harga sebuah kebenaran dengan syarat, saudara menilai dengan cerdik.

Baca selanjutnya...

Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

MESTI BACA & FAHAMKAN!!!

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.e

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan.
Sumber: Harakahdaily.net 17 Jun 2009

Baca selanjutnya...

Thursday, June 18, 2009

Muhasabah Cinta [video]



Baca selanjutnya...

Saturday, June 13, 2009

Ustaz Fathi Yakan kembali ke rahmatullah


Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.
Al-fatihah...

Baca selanjutnya...

Wednesday, June 03, 2009

Setahun jagung sudah menyembah bumi!


Stadium utama di kompleks sukan itu adalah yang pertama di Pantai Timur menggunakan rumput termoden dikenali sebagai ‘cow grass’ selain menjadi stadium pertama di Asia menggunakan sistem bumbung tanpa kolum (tanpa sokongan tiang) di mana semua 134 meter bumbung dibina tanpa kolum.- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said (2008)
KUALA TERENGGANU - Tanpa ribut atau tsunami, sebuah stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang tiba-tiba runtuh pagi semalam. Nasib baik tidak ada seorang pun penonton di stadium Gong Badak ketika kejadian 7.30 pagi itu.

Nasib baik juga kecelakaan itu terjadi semalam. Sekiranya bumbung itu roboh hari ini mungkin ramai yang maut sebab hari ini sepatutnya berlangsung sukan kakitangan universiti-universiti setempat di stadium berkenaan. Acara itu terpaksa ditangguhkan.

Dan, lebih bernasib baik lagi keruntuhan itu tidak terjadi semasa Sukma 2008 diadakan tahun lalu, jika tidak tentu bilangan yang menemui ajal lebih ramai, mungkin termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.

Tetapi, apakah kita boleh berasa lega dengan hanya ‘nasib baik’? Apa kata sekiranya nasib tidak menyebelahi kita? Mengapa stadium yang berusia setahun jagung itu boleh menyembah bumi?

Rakyat, khasnya pembayar cukai, tentu layak bertanyakan soalan ini. Stadium Gong Badak – stadium terbesar di Pantai Timur – menelan biayai bukan sedikit: RM300 juta.

Adalah malang dengan belanja sebesar itu, stadium canggih tersebut bertahan hanya setahun. Baru Mei tahun lalu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba-tiba pagi semalam 60 peratus dari bumbungnya, termasuk ruang yang menempatkan tetamu Diraja, roboh.

Apakah pembinaan yang tergesa-gesa – untuk menempatkan Sukma – boleh dijadikan alasan keruntuhan tersebut? Rakyat tentu tidak dapat menerima alasan seperti ini. Ini bukan kerja RM3 juta, atau RM30 juta, ini projek RM300 juta!

Apakah ada penyelewengan di sebalik projek tersebut? Siauntuhpa orang di belakang kontraktor projek mega ini? Bagaimana pemberian projek dilakukan? Pihak mana yang meluluskan binaan tersebut sebelum sah selamat digunakan?

Soalan-soalan ini perlu diselidiki secara terperinci dalam masa terdekat, dan jawapan hendaklah diberitahu kepada umum. Baru setahun jagung, pasti rekod-rekod mudah diperoleh, dan tidak ada sebab siasatan perlu mengambil masa yang lama.

Pasti ada silap di mana-mana, kalau tidak mana mungkin binaan mewah itu boleh roboh – bukan kerana tiupan kencang ribut musim tengkujuh, tetapi runtuh dalam hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa. Memalukan! - SINAR HARIAN

* Sudah ditakdirkan ia runtuh... Pasti ada hikmah tersembunyi...

"Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. " (Al-Jaatsiyah: 13)

Baca selanjutnya...

1 Tahun bukti 'kejayaan' 1 Malaysia

Gahnya Stadium Sultan Mizan ketika upacara perasmiannya


Apakah kedudukannya berhampiran airport menjadi punca?


Keindahan sementara


1 tahun, 1 Malaysia terlaksana...

Baca selanjutnya...

Tuesday, June 02, 2009

Raksasa Ketam Mengganas di Gong Badak


Adakah ini punca Stadium Sultan Mizan runtuh? Diserang raksasa ketam? Hahaha... Sekadar melawak...

Baca selanjutnya...

Stadium Sultan Mizan Runtuh


TERKINI dari Terengganu. Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh. Runtuhan mula dikesan lebih kurang jam 7.30 pagi dan runtuhan besar berlaku sekitar jam 9 pagi.

Kejadian ini pasti bukan sahaja menggemparkan seluruh rakyat Terengganu malah seluruh negara dan mungkin ke peringkat antarabangsa.










Apakah punca runtuhan?
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Terengganu yang sedang bergolak sekarang ini?
Apa pula reaksi Sultan Terengganu merangkap Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan?


Info stadium
Nilai stadium : RM 450 juta
Kapasiti : 50,000 penonton

Dirasmikan : 10 Mei 2008 oleh Tuanku Sultan Mizan
Projek zaman Idris Jusoh jadi MB
Pernah digunakan untuk SUKMA 2008

Project Name:
Terengganu Sports Complex

Location:
Kuala Terengganu,
Terengganu state, Malaysia

Site Area:
74 hectares
Gross Floor Area

Main stadium: 100,000 m²;
Indoor Stadium: 3,119 m²

Building Height
Main stadium: 67 m (east stand), 36.3 m (west stand);
Indoor stadium: 42 m

Storeys
Main stadium: 9 (east stand);
Indoor stadium: 4-4.5

Seating Capacity
Main stadium: 60,000;
Indoor stadium: 5,000

Client/Owner:
Terengganu State Government

Architecture Firm:
Senibahri Arkitek

Principal Architect:
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah

Project Architect:
Badrul Hisham

Main Contractor
Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;
Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd

Mechanical & Electrical Engineers
Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);
Indoor stadium: Samudra Consult

Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd


credit to MAMPAT & Penawarrinduku

Baca selanjutnya...

Monday, June 01, 2009

Alhamdulillah

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Siang tadi ketika dalam perjalanan pulang dari KL ke Kangar, hati saya terdetik untuk mengetahui keputusan exam semester lepas. Adik2 sibuk bertanya. Tapi rasa ngeri untuk mengambil tahu keputusan tersebut. Huhu..

Satu panggilan ke HEA dibuat dengan penuh debar. Seperti dijangka, keputusan saya telah menurun berbanding semester sebelumnya. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun saya tetap merasakan telah menerima satu kuasa pertolongan yang sangat menakjubkan. Kenapa?


Alhamdulillah... Tanpa diduga, diizinkan Allah untuk saya menerima Dean list ke- 8 dengan CGPA melepasi nilai yang melayakkan saya mendapat potongan 100% pinjaman MARA berjumlah lebih kurang RM 44,000. Saya sangat bersyukur dengan nikmat dan kurniaan ini. Tidak perlu bersusah payah melangsaikan hutang beribu-ribu itu.

Sekadar berkongsi kegembiraan terutama dengan sahabat-sahabat seperjuangan. ^_~

Baca selanjutnya...

Wednesday, May 27, 2009

Hati-hati dengan jersey baru England

Semalam saya singgah sebentar di al-Ikhsan Alor Star setelah menyelesaikan satu misi berhampiran kedai tersebut. Dan saya menemui sesuatu yang saya rasa patut dikongsi dan dihebahkan kepada umum. Sila teliti gambar di bawah.

Jersey baru England

Bahagian belakang jersey tersebut. Adakah anda perasan sesuatu?

OK. Saya mudahkan bagi yang tidak perasan.

Empat titik di belakang jersey tersebut telah menghasilkan lambang salib.

Sememangnya kebanyakan jersey2 bola sepak kelab antarabangsa memaparkan lambang salib dan logo penaja syarikat minuman keras.

Persoalannya, apakah hukum memakai pakaian sebegini?
Minta penjelasan daripada sesiapa yg faqih. TQ

Baca selanjutnya...

Sunday, May 24, 2009

1 Muhasabah Buat 1 Malaysia


Rakyat Perak menuntut untuk bubar DUN...
Adakan PR Negeri...
Tapi BN taknak, tak berani...
Mahathir pun mengaku...
Kalau buat PR negeri, BN akan kalah teruk...
So, elakkan PRK...
Tanpa diduga, ADUN Manek Urai, Haji Ismail Yaacob dipanggil menghadapNya...
Tanpa dirancang dan dipinta juga, satu lagi PRK bakal diadakan...
Ke-7 selepas PRU 12...
Mampukah BN mengelak lagi?
Terfikirkah kita hikmah yang ingin Allah tunjukkan?
Sekadar 1 muhasabah untuk 1 Malaysia...

Baca selanjutnya...

Isteri Akhil Hayy Tuntut Cerai

Sudah tiada jodoh
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN - METRO

KUALA LUMP UR: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Menurut Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.

Maizawati berkata, keputusan untuk tampil di media bukan dirancang, sebaliknya ia ketentuan Allah.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku.

“Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” katanya yang muncul di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jam 8 hingga 10 pagi hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana dia berdepan situasi kontroversi demi kontroversi membabitkan suaminya dengan penyanyi Waheeda, Maizawati berkata, dia sentiasa berfikiran positif.

“Saya terima penjelasan dia. Saya fikir semuanya positif,” katanya.

Menurut Maizawati, dia juga percaya suaminya tidak berkahwin dengan Waheeda.

“Apa yang dia beritahu (tidak berkahwin dengan Waheeda) adalah benar. Saya harap masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai desas-desus Akhil, 40, menjalin hubungan dengan Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31, malah ada juga cakap-cakap mengatakan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Akhil menafikannya dan memberitahu hubungannya sebagai Waheeda cuma sebagai rakan sekerja apabila penyanyi itu dijemput menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Sebelum ini, mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja yang pernah disiarkan Astro.



* Memang patut pun ramai yang mengkritik ustaz rock ni... Fitnah, kontroversi... Macam mana nk jd pendakwah yg baik??? Fikir2kan lah wahai ustaz rock... Koho lame koho dokrok... Huhu...

Baca selanjutnya...

Wednesday, May 20, 2009

Budak 13 tahun bukan bapa

GAMBAR fail menunjukkan Alfie, Chantelle dan bayi perempuan bernama Maisie

LONDON - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Alfie Patten bukan bapa paling muda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Alfie menggemparkan rakyat negara berkenaan selepas teman wanitanya, Chantelle Stedman, 15, melahirkan seorang bayi perempuan bernama Maisie pada Februari lalu.

Sebelum ini, Alfie mengakui pernah meniduri Chantelle tetapi ibu bapanya mendesak ujian DNA dilakukan bagi mengesahkan dia adalah bapa kandung Maisie ekoran usianya yang begitu muda.

Media mula melaporkan mengenainya selepas Majlis Perbandaran East Sussex County gagal dalam usaha mendapatkan perintah larangan mahkamah bagi menghalang kes tersebut disiarkan.

Ujian DNA sebaliknya menunjukkan seorang remaja yang tinggal berhampiran kediaman keluarga Steadman, Tyler Barker adalah bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu.

Dia dan seorang pelatih tukang masak berusia 16 tahun, Richard Goodsell diarah menjalani ujian DNA selepas mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan Chantelle.

"Saya meniduri Chantelle kira-kira sembilan bulan lalu dan bimbang bayi berkenaan mungkin milik saya. Saya dipersenda berhubung isu itu tetapi ia bukan sesuatu yang kelakar. Ia sesuatu yang serius," kata Tyler yang berusia 14 tahun ketika itu. - Agensi

Credit to KOSMO! Online

Baca selanjutnya...

Monday, May 18, 2009

SAH, BN tak bertanding di Penanti


Akhirnya PM 1Malaysia umumkan...
BN tak bertanding DUN Penanti

Alasan?

1. Kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
2. Pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
3. BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Boleh terima ke alasan2 ni?
Bukan BN takut kalah ke?
Mula2 kata taknak membazir...
OK, lepas ni jangan bertanding mana2 pilihanraya...
Bagi laluan kat PR dan calon bebas je...
Bereh?

Baca selanjutnya...

Saturday, May 09, 2009

Mansuhkan ISA kalau betul prihatin

Mansuhkan je lah ISA kalau betul prihatin...

Baca selanjutnya...

Akhlak Pemimpin Islam

Di dalam buku 'Amal Jama'i karangan Tuan Hj. Yahya Othman, diterangkan 20 sifat, ciri dan akhlak yang sepatutnya ada pada pemimpin harakah di setiap peringkat. Saya ringkaskan di sini.

  1. Ikhlas dan benar-benar mahukan keredhaan Allah. Bersih daripada sifat ujub, riya, mahukan pangkat dan kedudukan.
  2. Fikiran yang cergas, bijaksana, pengalaman dan pengetahuan yang luas, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak terbuntu fikiran waktu marah dan gawat.
  3. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.
  4. Lemah lembut.
  5. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, sebaliknya tidak pengecut, sebaik-baik keberanian ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.
  6. Bercakap benar dalam semua keadaan.
  7. Bersifat tawadu' dan merendah diri terhadap orang2 mukmin.
  8. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan (kaazim), dan berbuat baik kepada pesalah.
  9. Menunaikan janji.
  10. Sabar.
  11. Bersih diri daripada kepentingan peribadi dan murah hati.
  12. Wara' dan zuhud.
  13. Bersifat adil dan insaf.
  14. Menjaga batas-batas agama.
  15. Menjaga perpaduan jama'ah.
  16. Tegas dan bertawakkal kepada Allah.
  17. Bersederhana dan berpatutan dalam urusan.
  18. Tetap di atas kebenaran.
  19. Menjauhkan diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.
  20. Berwaspada.
Kepada yang bergelar pemimpin, terutama yang memperjuangkan Islam, bermuhasabahlah...

Baca selanjutnya...

Friday, May 08, 2009

Perak terus mencipta rekod baru

MB Perak ditentukan Isnin ini
Oleh: AMIRUDDIN HARUN-UTUSAN

KUALA LUMPUR 7 Mei - Persoalan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada Isnin ini.

Keputusan tersebut akan diumum oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada pukul 2.30 petang, 11 Mei ini selepas beliau hari ini selesai mendengar hujahan semakan kehakiman yang dikemukakan Mohammad Nizar bagi mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Ia merupakan keputusan yang dinanti-nantikan bagi mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang telah berlanjutan sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum muktamad kerana sesiapa jua yang kalah, sama ada Mohammad Nizar atau Zambry pasti akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pelik sungguh politik di Perak ni. Laporan surat akhbar pro kerajaan ini juga secara tidak langsung telah mengesahkan, Zambry masih belum diiktiraf sebagai MB yang sah. So, sidang DUN semalam (7 mei 2009) juga tidak sah. Seperti yang dijangka, rekod2 baru terus dicipta oleh pemimpin2 BN di Perak. Syabas...

Betapa negara kita telah dimalukan dengan politik yang haru biru di Perak sekarang. Seluruh dunia menyaksikan rosaknya demokrasi di Malaysia. Saudara boleh melihat sendiri gambar2 dan rakaman sidang DUN Perak semalam di blog2 ahli politik atau yang berorientasikan politik dan saudara sendiri boleh menilai. Di manakah erti sebuah kebenaran?
















Baca selanjutnya...

Sunday, May 03, 2009

Tempat baru...

Alhamdulillah.... Semalam saya selamat sampai ke sebuah tempat baru, di sebuah negeri di utara... Tempat baru, pengalaman baru, cabaran baru, ujian baru... Semoga segalanya dipermudahkan ^_~

Baca selanjutnya...

Krisis DUN Terengganu

Dato' Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya di negeri ini sejak awal lagi telah membayangkan bahawa beliau mungkin tidak lama menduduki kerusi panas itu.

Beliau membayangkan begitu kerana perlantikannya penuh dengan kontroversi dan menerima tentangan yang sangat hebat daripada penyokong-penyokong Dato' Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu.

Walaupun beliau mendapat restu dari istana, tetapi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN tidak menyebelahi beliau, sehingga dilihat sangat sukar bagi beliau ketika hendak melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi membentuk kerajaan.

Setelah setahun berlalu, ternyata bahawa kebimbangan beliau itu ada asasnya. Para penyokong Idris rupanya tidak pernah berdiam diri dari merangka strategi untuk menjatuhkan Ahmad dari kedudukannya itu. Walaupun Idris sendiri membisu seribu bahasa sejak Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas lagi sehingga baru bersuara ketika timbul isu hangat baru-baru ini dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua baru-baru ini, tetapi rupa-rupanya secara diam-diam beliau merancang sesuatu bagi mencapai hasrat dan cita-citanya.

Begitu juga dengan orang kuat Idris, Dato' Rosol Wahid yang berperanan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam DUN Terengganu. Kedudukannya sebagai Pengerusi BBC digunakan habis-habisan untuk mengikat semua anggota DUN dari BN bersama-sama beliau bagi menjatuhkan Menteri Besar.

Jika benar dakwaan Setiausaha BBC, Alias Abdullah yang juga ADUN Alur Limbat bahawa mereka mendapat sokongan dari 18 orang ADUN BN, maka kedudukan penyokong Idris sangat kukuh. Ini bermakna separuh (lima orang) dari Exco yang dilantik oleh Ahmad menyokong Idris.

Sekiranya berlaku usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam DUN, Ahmad boleh dijatuhkan dengan bilangan penyokong Idris itu. Kalaupun (katakan) semua ADUN PAS seramai lapan orang itu menyokong Ahmad, masih lagi tidak mampu dipertahankan.

Sebab itulah sebelum ini, sejak awal pemerintahannya, Ahmad mengambil pendekatan berlunak dengan PAS dengan harapan barangkali, ADUN PAS boleh menyelamatkannya dalam suasana ketika kemungkinan berlakunya undi tidak percaya itu. Lagi satu sebabnya ialah hampir semua ADUN BN tidak menyokongnya, maka beliau terpaksa beralih arah untuk berbaik-baik dengan ADUN PAS.

Misalnya, sebelum ini Ahmad sangat keras dan sentiasa tegang dengan Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS - Wakaf Mempelam), tetapi sejak dilantik Menteri Besar ini, Abdul Wahidlah orang yang dilihat sangat rapat dengan beliau.

Sehingga kita lihat, Ahmad menjadi sasaran kemarahan penyokong BN apabila memberi kebenaran kepada PAS untuk menyewa kemudahan kerajaan bagi program PAS seperti yang berlaku di Kemaman dan Kuala Terengganu.

Kedudukan Ahmad dilihat lebih terancam apabila Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik mengetuai Perhubungan Umno Terengganu dalam penyusunan baru yang dibuat selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Walaupun Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, tetapi kedudukan itu hanya sekadar "ambil rasmi" sahaja kerana beliau adalah Menteri Besar.

Sudah tentu selepas ini, banyak tindakan beliau akan tersekat kerana beliau tidak bebas membuat apa-apa keputusan penting dalam pentadiran kerajaan negeri kerana terpaksa bergantung dan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan. Ini berdasarkan konsep "parti menguasai kerajaan" yang diamalkan sekarang.

Maka sudah tentu orang akan melihat bahawa Ahmad adalah Menteri Besar yang tidak ada "power".

Dalam suasana gawat ini, mungkin beliau sudah diarah untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Persoalannya, siapa pula yang akan dilantik menggantikannya? Siapa di kalangan ADUN BN yang akan mendapat perkenan dari DYMM Sultan? Walaupun ada diura-urakan beberapa nama yang akan dicalonkan, tetapi kita tidak pasti setakat mana kemampuannya dan akan diluluskan oleh istana.

Apakah pula dalam suasana ini, langkah terbaik dan "selamat" bagi Ahmad ialah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN? Mungkin bagi beliau, daripada aku seorang yang jatuh, biar sama-sama jatuh.

Kalau ini yang jadi pilihan Ahmad, maka Terengganu pasti mendahului Perak bagi diadakan pilihan raya negeri. - http://ibnugharib.blogspot.com/

* Oh, apelah nasib Ahmad Said selepas ini? Khabar angin bertiup, Terengganu akan dapat MB baru pada 12 Mei ini. Benarkah?

Baca selanjutnya...

Friday, April 24, 2009

Analisis pasca final exam tahun akhir

Alhamdulillah, semalam peperiksaan bertulis terakhir saya di TATiUC. Moga-moga mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha saya dengan izinNya. Lima subjek semester ini, dua daripadanya bertaraf core subject, 4 jam kredit. Dan 2 subjek tersebutlah yang sangat menggusarkan saya kali ini.

Subjek2 lain, boleh tahan susah jugak tetapi tidak sepayah core subject tersebut. Huhu... Pagi tadi juga berlangsungnya presentation untuk final project design saya. Alhamdulillah... Saya sudah 'merdeka'.. Merdeka untuk seketika... Huhu... Cabaran hidup di hari muka pasti lebih mencabar.

Berbalik kepada final exam, saya seperti biasa sudah mampu 'meramal' keputusan untuk semester ini walaupun tidak selalunya tepat seperti yang diramal. Berapakah pointer sem ini? Mampukah saya memperbaiki atau at least maintain keputusan pada semester2 lepas? Mampukah saya mendapatkan 'dean list' ke-8? Jawapannya....

Oh tidak... Saya tidak tahu ia satu kebetulan atau itu 'trademark' saya. Setiap kali selepas saya lepaskan jawatan, keputusan peperiksaan saya akan down. Oh, kenapakah begitu? Adakah saya perlu mengekalkan jawatan saya semata-mata untuk maintain result? Bukankah jawatan-jawatan itu akan menyebabkan saya lebih sibuk dan kekurangan masa untuk mengulangkaji? Adakah saya gila kuasa?

Wah, terlalu banyak persoalan. Namun pada yang tidak mengalami tidak mungkin mampu memahami. Saya meramalkan keputusan saya pada semester ini akan jatuh dengan agak teruk. Dan ini tidak ada kena mengena dengan apa yang saya sebutkan di atas (jawatan). Dan saya sudah bermuhasabah serta melakukan 'post-mortem' apakah yang menyebabkan kejatuhan ini. Di manakah kesilapan dan kekurangannya?

Eh, keputusan rasmi belum keluar sudah buat post-mortem? Relevankah? Yang pasti di waktu ini saya sedang bertawakkal dengan penuh kesungguhan. Saya sedang membina semula motivasi diri dan saya yakin, di tangan-Nya ada suatu kuasa pertolongan yang sangat menakjubkan.

* Hasil 'post-mortem' akan dikeluarkan selepas keputusan rasmi keluar. Lalala.. ^_~

Baca selanjutnya...

Kepimpinan baru UMNO

KUALA LUMPUR: Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak lewat petang ini.

SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI:

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
MELAKA : Datuk Seri Mohd Ali Rustam
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
PAHANG : Datuk Seri Adnan Yaakob
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
SABAH: Datuk Seri Musa Aman

* Apakah rasional orang 'luar negeri' dilantik sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri? Adakah Hishammuddin akan menggantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu???

Baca selanjutnya...

Tuesday, April 21, 2009

Tahukah anda 2: Beauty of Mathematics !!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner