|     Tarikh  |        Peristiwa  |   
|     20   Julai  |        -   Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Dato’ Mokhtar Nong menyatakan      keputusan kerajaan membeli 14   buah Mercedes E200 Kompressor baru bagi      menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kereta rasmi yang akan      digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan. -   Menteri Besar (MB) Terengganu Dato' Ahmad Said membuat justifikasi tindakan      kerajaan membeli kereta mewah itu adalah usaha menjimatkan kos perbelanjaan      tahunan, dan dibeli bukan dengan duit royalty minyak  |   
|     21   Julai  |        -   Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan   membawa      perkara tersebut untuk dibincangkan   dalam kabinet kerana keputusan itu adalah      melanggar dasar kerajaan yang mengkehenddaki  semua kementerian kerajaan   pusat      dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.  |   
|     22   Julai  |        -   Setelah mendapat reaksi   negatif  dari rakyat   negeri Terengganu,      Terengganu  mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan kerajaan      Terengganu dan mendedahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membayar   kos tinggi     untuk menyenggara kereta Perdana V6 Executive sejak 2004 hingga 2008.      tinggi, mencecah RM175,229.97 dan menyatakan kereta Perdana V6 Executive yang        pernah digunakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh      mencatatkan kos tertinggi senggaraan berjumlah RM235,123.08  |   
|     23   Julai  |        -   SUK   membuat penjelasan bahawa penyelenggaraan kereta Idris berjumlah      RM131,449.83 bukannya RM235,123.08 dan perbelanjaan keseluruhan      penyelenggaraan 16 kereta digunakan Exco serta pegawai tinggi kerajaan negeri        dalam tempoh empat tahun adalah RM1,071,668.82, -   Mesyuarat kabinet memutuskan bahawa kerajaan   Terengganu tetap mesti      menggunakan kereta nasional dan tidak dibenarkan menggunakan kereta   Mercedes      walaupun ia telah dibeli.     Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) sekiranya tindakan kerajaan Terengganu      menggunakan Mercedes adalah melanggar kandungan Pekeliling Perbendaharaan      Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II). -   Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul      Samad berkata kerajaan Terengganu tersilap tafsir maksud kenderaan yang   dipasang      dalam negara kerana mengikut Arahan Penbendaharaan ia tidak membabitkan   kereta      tetapi kenderaan lain termasuk jip dan pacuan empat roda.  |   
|     24   Julai  |        -   Badan   Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan      berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan keatas salah sebuah kereta Proton      Perdana V6 Executive kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97      sebuah sepanjang empat tahun, kerana jumlah tersebut adalah terlalu besar. -   Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mokhtar Nong mengesahkan empat      pemandu Exco Kerajaan Negeri Terengganu disoal oleh Badan Pencegah Rasuah      (BPR) berkaitan kos ‘terlampau’ penyenggaraan Proton Perdana V6. -   Pedana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Terengganu      perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk   kegunaan      Exco Kerajaan Negeri. Abdullah berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit   sudah      membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta, ia akan        digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu. -   MB Ahmad Said berkata isu pembelaian kereta Mercedes selesai mengikut      fahamannya setelah berjumpa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri  |   
|     25   Julai  |        -   Idris   Jusoh melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan   susulan      berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6      Executive yang pernah digunakannya. -   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya, Seni dan Warisan Negeri      Terengganu, Dato’ Za’abar   Mohd Adib melanggar arahan Perdana Menteri,apabila      menghadiri Pesta Bunga  -   Badan Pencegah Rasuah (BPR)   telah memanggil lima orang lagi untuk memberi      keterangan berhubung kes perbelanjaan penyenggaraan Proton Perdana V6   Executive      menjadikan kesemuanya sembilan orang telah dipanggil.    |   
|     26   Julai  |        -   Setiausaha Politik MB, Ahmad   Nizam menyifatkan tindakan Idris melantik peguam      dalam isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan adalah suatu tindakan    -   BPR telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan      pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos      penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.  |   
|     27   Julai  |        -   Tiga pemilik bengkel kereta turut ditahan BPR membantu siasatan kes   berkenaan.  -   Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Datuk Mokhtar Nong mendedahkan empat pusat      servis utama yang digunakan oleh ahli-ahli Exco dan pegawai kanan negeri   ialah Pusat      Servis EON, Tenaga   Setia Service Sdn. Bhd., Pusat Servis Ranaco dan AMBL           Services. -   MB Ahmad Said berkata Ahli Exco dan pegawai kanan Kerajaan Terengganu akan      menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat      sementara waktu sehingga selesai siasatan kes selesai -   Pendedahan media berhubung isu penggunaan Mercedes E200 Kompressor sebagai      kenderaan rasmi Exco Terengganu bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6      Executive menimbulkan perasaan kurang senang segelintir pemimpin UMNO      Terengganu  |   
Sumber: BuletinOnline.net






























0 comments:
Post a Comment