Wednesday, October 18, 2006

KEUTAMAAN LAILATUL QADAR

Dirawikan dari Ibnu Abbas r.a dia berkata: “dihantarkan kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki Bani Israil yang dengan beraninya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad (berperang) membela agama Allah s.w.t seribu bulan, Rasulullah s.a.w amat terpegun akan hal itu dan mengharapkannya untuk umatnya. Maka Baginda s.a.w berdoa:

“Ya tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya.”

Kemudian Allah s.w.t memberikan kepada Baginda s.w.t dan umatnya “Malam Lailatul Qadar”, yang lebih baik daripada seribu bulan dimana seorang Bani Israil itu menghunus pedangnya membela agama Allah s.w.t. inilah istimewanya umat Muhammad s.w.t.
Dikatakan bahawa, nama lelaki itu adalah Syam’un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kudanya. Sesungguhnya orang-orang kafir gentar bila berhadapan dengannya. Kemudian mereka menyampaikan seorang utusan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah benjana emas penuh dengan emas pula, yang akan diberikan kepadanya bila berhasil mengikat suaminya.
Isterinya pun melakukannya. Namun ketika suaminya bangun dan menggerakkan badannya, semua ikatan itu putus. Si suami bertanya: “Mengapa engkau berbuat demikian?” “Aku hendak mencuba kekuatanmu”, jawab isterinya. Lalu dia menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segera mereka memberinya rantai dan dia berbuat seperti dulu. Tetapi si suami boleh juga memutuskannya.
Iblis datang kepada mereka dan menunjukkan agar menyuruh isterinya bertanya kepada suaminya tali apa yang sekira dia tidak boleh memutuskan. “Tali rambut yang tumbuh pada janggutku ini”, jawab si suami ketika ditanya isterinya. Memag, si suami itu mempunyai janggut lapan helai yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika dia tidur, si isteri mengikat kakinya dengan empat helai dan mengikat kedua tangannya dengan empat helai lagi. Kemudian orang-orang kafir membawanya pergi ke rumah tempat penyembelihan yang amat luas dan tingginya empat ratus hasta dengan satu tiang. Dengan ramai-ramai mereka potong kedua telinga dan bibirnya.
Kemudian lelaki itu memohon kepada Allah s.w.t agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatannya, serta dapat dengan selamat menggerakkan tiang rumah itu agar merobohi mereka. Allah s.w.t mengkabulkan doanya. Ia berhasil memutuskan ikatannya, menggerakkan tiang rumah itu sehingga merobohi mereka dan mereka mati semuanya. Tapi dia sendiri yang selamat.”
Ketika mendengar cerita ini, para sahabat Rasulullah s.w.t itu bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah kami menemukan seperti pahalanya?” “Aku tidak mengerti”, jawab Rasulullah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t memberinya Lailatul Qadar, seperti yang telah diceritakan di atas.

Dari Annas r.a, dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Pada malam Lailatul Qadar, Jibril a.s dengan serombongan malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah s.w.t.

Abu Hurairah berkata: “Pada malam Lailatul Qadar, para malaikat yang turun ke bumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil. Pintu langit dibukakan untuk mereka turun sebagaimana telah dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.
Adapun manusia dalam hal itu bertingkat-tingkat. Ada yang untuk setengah mereka, kerajaan langit dan bumi ini dibukakan tabirnya sehingga dapat melihat malaikat dalam rupa aslinya. Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, bertahlil.. Ada juga yang untuk setengah mereka, dibukakan tabir syurga.
Oleh kerananya boleh melihat mahligai-mahligai, taman, bidadari, sungai, pepohon dan buah-buahnya. Bahkan juga melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada’. Kemudian juga melihat neraka dengan segala isinya serta tingkatan tempat orang-orang kafir. Malahan ada pula setengah mereka yang dibukakan tabir antara dia dan Allah s.w.t. sehingga dia hanya melihat kepada Allah s.w.t sahaja.”

Dari Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadahan sampai subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadhan seluruhnya.” Fatimah lalu berkata: “Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tiada mampu beribadah malam?” Baginda menjawab: “Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pads malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. Itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan.”

Dari Aisyah r.a dia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat, dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah s.w.t mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah, serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk syurga.”

BAB 103: MUKASHAFAH AL QULUB; IMAM AL GHAZALI

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner