Tuesday, September 19, 2006

Wahai sahabat...

Wahai sahabat...
Lewat malam tadi aku gusar...
Kugagah diri ini melelapkan mata...
Namun ku gagal...
Walaupun malam semakin larut...
Kerna hai ini tiba-tiba terdetik...
Apa Khabar agaknya dirimu...

Wahai sahabat...
Maaf ku pohon
Kiranya aku gagal membantu mu...
Aku gagal menenangkanmu...
Tika kau memerlukan aku...
Mungkin aku tidak betah meluangkan masa untukmu
Tapi sahabat...
kau tetap dalam iringan doaku

Wahai sahabat...
Usah kau ingat memori silam...
Mengundang kealpaan
Mengundang kelalaian...
Usah kau layan bisikan nafsumu
Yang hanya cuba melenakan engkau
Dari tanggungjawabmu...

Wahai sahabat...
Bangkitlah dari lena semalam...
Kerana semalam hanyalah satu daripada perjalanan hidupmu
Hari ini kita diberi peluang...
Memperbetulkan kesilapan...
Ayuh sahabat...
Bangkitlah...

Masihkah kau ingat At taubah 24
Yang sama-sama kita pelajari dulu...
Adakah kau masih menanti kasih
bapamu...
ibumumu..
saudaramu...
kaum keluargamu...
harta bendamu...
perniagaanmu...
dan rumah-rumahmu...
Adakah kau sanggup mencintai segala itu?
Melebihkan cinta yang fana
Dari mencintai DIA,Rasulmu...dn jihad di jalanNYA
Sedangkan hatimu mendamba syurgaNYA...tapi tidak perbuatanmu...

Wahai sahabat,
Mungkin kau katakan aku tidak mengerti..
Tapi sahabat..
tautan ukhuwah fillah yang terbina ternyata membekas dlm diri ini
Sedikit hatimu tercalar sakitnya lebih lagi pada diriku...

Lantaran itu sahabat...
Bersegeralah kau bangun dari tidurmu...
Kerana aku masih memerlukanmu di jalan ini...
Jika pun tidak aku ingatlah...
ISLAM memerlukan tenagamu...
Janganlah kerana cerita semalam...
ISLAM kehilangan tenagamu...
Janganlah kerana kelenaanmu itu...
ISLAM tidak merasai penglibatanmu...

Wahai sahabat..
Ayuhlah jadikan cerita semalam
untuk bangkit pada hari ini...
Jangan kau terus hanyut dalam arus kejahilan...
Yang hanya mengundang kerugian di sana
DIA memberikan kita peluang pada hari ini...
Maka usah kau siakan...
Tabahkan hatimu dengan ujian ini
Kerana dunia sememangnya medan pertarungan
Untuk kemenangan yang hakiki...
Pilihanmu tidak silap...
Kerna ku tahu hati kita sama..
Mengharap kasihNYA...
Mendamba cintaNYA
Mengejar syurgaNYA...
Mengimpikan bahagia yang abadi...

Wahai sahabat...
Seringkas pesanan untukmu dan aku jua..
Tenaga kitalah akan mencorakkan generasi depan
Ayuh bangkitlah sahabat demi ISLAM...
kalau bukan kita siapa lagi....
Dan sesungguhnya janji ALLAH itu benar...
ISLAM pastikan menang...

Wallahualam

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner