Wednesday, May 27, 2009

Hati-hati dengan jersey baru England

Semalam saya singgah sebentar di al-Ikhsan Alor Star setelah menyelesaikan satu misi berhampiran kedai tersebut. Dan saya menemui sesuatu yang saya rasa patut dikongsi dan dihebahkan kepada umum. Sila teliti gambar di bawah.

Jersey baru England

Bahagian belakang jersey tersebut. Adakah anda perasan sesuatu?

OK. Saya mudahkan bagi yang tidak perasan.

Empat titik di belakang jersey tersebut telah menghasilkan lambang salib.

Sememangnya kebanyakan jersey2 bola sepak kelab antarabangsa memaparkan lambang salib dan logo penaja syarikat minuman keras.

Persoalannya, apakah hukum memakai pakaian sebegini?
Minta penjelasan daripada sesiapa yg faqih. TQ

Baca selanjutnya...

Sunday, May 24, 2009

1 Muhasabah Buat 1 Malaysia


Rakyat Perak menuntut untuk bubar DUN...
Adakan PR Negeri...
Tapi BN taknak, tak berani...
Mahathir pun mengaku...
Kalau buat PR negeri, BN akan kalah teruk...
So, elakkan PRK...
Tanpa diduga, ADUN Manek Urai, Haji Ismail Yaacob dipanggil menghadapNya...
Tanpa dirancang dan dipinta juga, satu lagi PRK bakal diadakan...
Ke-7 selepas PRU 12...
Mampukah BN mengelak lagi?
Terfikirkah kita hikmah yang ingin Allah tunjukkan?
Sekadar 1 muhasabah untuk 1 Malaysia...

Baca selanjutnya...

Isteri Akhil Hayy Tuntut Cerai

Sudah tiada jodoh
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN - METRO

KUALA LUMP UR: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Menurut Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.

Maizawati berkata, keputusan untuk tampil di media bukan dirancang, sebaliknya ia ketentuan Allah.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku.

“Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” katanya yang muncul di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jam 8 hingga 10 pagi hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana dia berdepan situasi kontroversi demi kontroversi membabitkan suaminya dengan penyanyi Waheeda, Maizawati berkata, dia sentiasa berfikiran positif.

“Saya terima penjelasan dia. Saya fikir semuanya positif,” katanya.

Menurut Maizawati, dia juga percaya suaminya tidak berkahwin dengan Waheeda.

“Apa yang dia beritahu (tidak berkahwin dengan Waheeda) adalah benar. Saya harap masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai desas-desus Akhil, 40, menjalin hubungan dengan Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31, malah ada juga cakap-cakap mengatakan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Akhil menafikannya dan memberitahu hubungannya sebagai Waheeda cuma sebagai rakan sekerja apabila penyanyi itu dijemput menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Sebelum ini, mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja yang pernah disiarkan Astro.



* Memang patut pun ramai yang mengkritik ustaz rock ni... Fitnah, kontroversi... Macam mana nk jd pendakwah yg baik??? Fikir2kan lah wahai ustaz rock... Koho lame koho dokrok... Huhu...

Baca selanjutnya...

Wednesday, May 20, 2009

Budak 13 tahun bukan bapa

GAMBAR fail menunjukkan Alfie, Chantelle dan bayi perempuan bernama Maisie

LONDON - Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan seorang budak lelaki berusia 13 tahun, Alfie Patten bukan bapa paling muda di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Alfie menggemparkan rakyat negara berkenaan selepas teman wanitanya, Chantelle Stedman, 15, melahirkan seorang bayi perempuan bernama Maisie pada Februari lalu.

Sebelum ini, Alfie mengakui pernah meniduri Chantelle tetapi ibu bapanya mendesak ujian DNA dilakukan bagi mengesahkan dia adalah bapa kandung Maisie ekoran usianya yang begitu muda.

Media mula melaporkan mengenainya selepas Majlis Perbandaran East Sussex County gagal dalam usaha mendapatkan perintah larangan mahkamah bagi menghalang kes tersebut disiarkan.

Ujian DNA sebaliknya menunjukkan seorang remaja yang tinggal berhampiran kediaman keluarga Steadman, Tyler Barker adalah bapa kandung bayi berusia tiga bulan itu.

Dia dan seorang pelatih tukang masak berusia 16 tahun, Richard Goodsell diarah menjalani ujian DNA selepas mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan Chantelle.

"Saya meniduri Chantelle kira-kira sembilan bulan lalu dan bimbang bayi berkenaan mungkin milik saya. Saya dipersenda berhubung isu itu tetapi ia bukan sesuatu yang kelakar. Ia sesuatu yang serius," kata Tyler yang berusia 14 tahun ketika itu. - Agensi

Credit to KOSMO! Online

Baca selanjutnya...

Monday, May 18, 2009

SAH, BN tak bertanding di Penanti


Akhirnya PM 1Malaysia umumkan...
BN tak bertanding DUN Penanti

Alasan?

1. Kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
2. Pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
3. BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Boleh terima ke alasan2 ni?
Bukan BN takut kalah ke?
Mula2 kata taknak membazir...
OK, lepas ni jangan bertanding mana2 pilihanraya...
Bagi laluan kat PR dan calon bebas je...
Bereh?

Baca selanjutnya...

Saturday, May 09, 2009

Mansuhkan ISA kalau betul prihatin

Mansuhkan je lah ISA kalau betul prihatin...

Baca selanjutnya...

Akhlak Pemimpin Islam

Di dalam buku 'Amal Jama'i karangan Tuan Hj. Yahya Othman, diterangkan 20 sifat, ciri dan akhlak yang sepatutnya ada pada pemimpin harakah di setiap peringkat. Saya ringkaskan di sini.

  1. Ikhlas dan benar-benar mahukan keredhaan Allah. Bersih daripada sifat ujub, riya, mahukan pangkat dan kedudukan.
  2. Fikiran yang cergas, bijaksana, pengalaman dan pengetahuan yang luas, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak terbuntu fikiran waktu marah dan gawat.
  3. Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.
  4. Lemah lembut.
  5. Berani dan bermaruah, tidak penakut dan gopoh gapah, sebaliknya tidak pengecut, sebaik-baik keberanian ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.
  6. Bercakap benar dalam semua keadaan.
  7. Bersifat tawadu' dan merendah diri terhadap orang2 mukmin.
  8. Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan (kaazim), dan berbuat baik kepada pesalah.
  9. Menunaikan janji.
  10. Sabar.
  11. Bersih diri daripada kepentingan peribadi dan murah hati.
  12. Wara' dan zuhud.
  13. Bersifat adil dan insaf.
  14. Menjaga batas-batas agama.
  15. Menjaga perpaduan jama'ah.
  16. Tegas dan bertawakkal kepada Allah.
  17. Bersederhana dan berpatutan dalam urusan.
  18. Tetap di atas kebenaran.
  19. Menjauhkan diri dari berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.
  20. Berwaspada.
Kepada yang bergelar pemimpin, terutama yang memperjuangkan Islam, bermuhasabahlah...

Baca selanjutnya...

Friday, May 08, 2009

Perak terus mencipta rekod baru

MB Perak ditentukan Isnin ini
Oleh: AMIRUDDIN HARUN-UTUSAN

KUALA LUMPUR 7 Mei - Persoalan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada Isnin ini.

Keputusan tersebut akan diumum oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada pukul 2.30 petang, 11 Mei ini selepas beliau hari ini selesai mendengar hujahan semakan kehakiman yang dikemukakan Mohammad Nizar bagi mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Ia merupakan keputusan yang dinanti-nantikan bagi mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang telah berlanjutan sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum muktamad kerana sesiapa jua yang kalah, sama ada Mohammad Nizar atau Zambry pasti akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pelik sungguh politik di Perak ni. Laporan surat akhbar pro kerajaan ini juga secara tidak langsung telah mengesahkan, Zambry masih belum diiktiraf sebagai MB yang sah. So, sidang DUN semalam (7 mei 2009) juga tidak sah. Seperti yang dijangka, rekod2 baru terus dicipta oleh pemimpin2 BN di Perak. Syabas...

Betapa negara kita telah dimalukan dengan politik yang haru biru di Perak sekarang. Seluruh dunia menyaksikan rosaknya demokrasi di Malaysia. Saudara boleh melihat sendiri gambar2 dan rakaman sidang DUN Perak semalam di blog2 ahli politik atau yang berorientasikan politik dan saudara sendiri boleh menilai. Di manakah erti sebuah kebenaran?
















Baca selanjutnya...

Sunday, May 03, 2009

Tempat baru...

Alhamdulillah.... Semalam saya selamat sampai ke sebuah tempat baru, di sebuah negeri di utara... Tempat baru, pengalaman baru, cabaran baru, ujian baru... Semoga segalanya dipermudahkan ^_~

Baca selanjutnya...

Krisis DUN Terengganu

Dato' Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasanya di negeri ini sejak awal lagi telah membayangkan bahawa beliau mungkin tidak lama menduduki kerusi panas itu.

Beliau membayangkan begitu kerana perlantikannya penuh dengan kontroversi dan menerima tentangan yang sangat hebat daripada penyokong-penyokong Dato' Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu.

Walaupun beliau mendapat restu dari istana, tetapi majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN tidak menyebelahi beliau, sehingga dilihat sangat sukar bagi beliau ketika hendak melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi membentuk kerajaan.

Setelah setahun berlalu, ternyata bahawa kebimbangan beliau itu ada asasnya. Para penyokong Idris rupanya tidak pernah berdiam diri dari merangka strategi untuk menjatuhkan Ahmad dari kedudukannya itu. Walaupun Idris sendiri membisu seribu bahasa sejak Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas lagi sehingga baru bersuara ketika timbul isu hangat baru-baru ini dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua baru-baru ini, tetapi rupa-rupanya secara diam-diam beliau merancang sesuatu bagi mencapai hasrat dan cita-citanya.

Begitu juga dengan orang kuat Idris, Dato' Rosol Wahid yang berperanan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam DUN Terengganu. Kedudukannya sebagai Pengerusi BBC digunakan habis-habisan untuk mengikat semua anggota DUN dari BN bersama-sama beliau bagi menjatuhkan Menteri Besar.

Jika benar dakwaan Setiausaha BBC, Alias Abdullah yang juga ADUN Alur Limbat bahawa mereka mendapat sokongan dari 18 orang ADUN BN, maka kedudukan penyokong Idris sangat kukuh. Ini bermakna separuh (lima orang) dari Exco yang dilantik oleh Ahmad menyokong Idris.

Sekiranya berlaku usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam DUN, Ahmad boleh dijatuhkan dengan bilangan penyokong Idris itu. Kalaupun (katakan) semua ADUN PAS seramai lapan orang itu menyokong Ahmad, masih lagi tidak mampu dipertahankan.

Sebab itulah sebelum ini, sejak awal pemerintahannya, Ahmad mengambil pendekatan berlunak dengan PAS dengan harapan barangkali, ADUN PAS boleh menyelamatkannya dalam suasana ketika kemungkinan berlakunya undi tidak percaya itu. Lagi satu sebabnya ialah hampir semua ADUN BN tidak menyokongnya, maka beliau terpaksa beralih arah untuk berbaik-baik dengan ADUN PAS.

Misalnya, sebelum ini Ahmad sangat keras dan sentiasa tegang dengan Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS - Wakaf Mempelam), tetapi sejak dilantik Menteri Besar ini, Abdul Wahidlah orang yang dilihat sangat rapat dengan beliau.

Sehingga kita lihat, Ahmad menjadi sasaran kemarahan penyokong BN apabila memberi kebenaran kepada PAS untuk menyewa kemudahan kerajaan bagi program PAS seperti yang berlaku di Kemaman dan Kuala Terengganu.

Kedudukan Ahmad dilihat lebih terancam apabila Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik mengetuai Perhubungan Umno Terengganu dalam penyusunan baru yang dibuat selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Walaupun Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, tetapi kedudukan itu hanya sekadar "ambil rasmi" sahaja kerana beliau adalah Menteri Besar.

Sudah tentu selepas ini, banyak tindakan beliau akan tersekat kerana beliau tidak bebas membuat apa-apa keputusan penting dalam pentadiran kerajaan negeri kerana terpaksa bergantung dan merujuk kepada Pengerusi Perhubungan. Ini berdasarkan konsep "parti menguasai kerajaan" yang diamalkan sekarang.

Maka sudah tentu orang akan melihat bahawa Ahmad adalah Menteri Besar yang tidak ada "power".

Dalam suasana gawat ini, mungkin beliau sudah diarah untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Persoalannya, siapa pula yang akan dilantik menggantikannya? Siapa di kalangan ADUN BN yang akan mendapat perkenan dari DYMM Sultan? Walaupun ada diura-urakan beberapa nama yang akan dicalonkan, tetapi kita tidak pasti setakat mana kemampuannya dan akan diluluskan oleh istana.

Apakah pula dalam suasana ini, langkah terbaik dan "selamat" bagi Ahmad ialah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN? Mungkin bagi beliau, daripada aku seorang yang jatuh, biar sama-sama jatuh.

Kalau ini yang jadi pilihan Ahmad, maka Terengganu pasti mendahului Perak bagi diadakan pilihan raya negeri. - http://ibnugharib.blogspot.com/

* Oh, apelah nasib Ahmad Said selepas ini? Khabar angin bertiup, Terengganu akan dapat MB baru pada 12 Mei ini. Benarkah?

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner