Sunday, August 27, 2006

Bukan Bercinta, Tapi Bersahabat

Semoga tulisan ini membawa manfaat bersama. Kepada penulis asal artikel ini, mohon kebenaran untuk disiarkan diruangan ini... Tahniah atas tulisan yang menarik. Terima kasih kepada pihak yg sudi menghantar artikel ini melalui emel... Kepada pembaca, mohon respon... Ana mengharapkan teguran jika terdapat kekhilafan² yang tidak disedari...
Allahumma faqqihna fiddin...
Wa'allimna ta'wil...
Wahdinassirotolmustaqim...

Bukan Bercinta, Tapi Bersahabat

"Ana mengeluh dengan tingkah laku suaminya. Ana menuduh Saiful mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Menurut Ana, keadaan ini disedarinya apabila Saiful mula main kayu tiga dengan rakan sepejabatnya, Seri. "Sejak kehadiran perempuan itu dalam kehidupan abang Saiful, saya sering bertengkar dengan suami. Perempuan itulah punca keretakan rumahtangga saya."

Namun apa pula jawapan Saiful?
"Ana sudah melampau. Cemburu buta. Saya dan Seri cuma bersahabat sahaja tak lebih dari itu. Nothing special between us. Sebagai rakan setugas, saya memang tak nafikan saya rasa begitu selesa bila berbincang. Seri mempunyai pandangan yang luas, mudah bekerjasama, pendengar dan penasihat yang baik malah kami juga banyak berkongsi minat yang sama. Itu saja tidak lebih dari itu…" Kata Saiful, tenang.

Azhari dan Sara juga mengaku hanya bersahabat. Kebetulan mereka berdua sama-sama exco tertinggi salah sebuah kampus universiti terkemuka. Azhari dan Sara sering berjumpa dalam pelbagai aktiviti dan sering bermesyuarat bersama bagi melancarkan aktiviti kampus. Menurut Sara, Azhari seorang aktivis pelajar yang matang dan baik. Dia bukan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat tetapi juga seorang "abang". Setiap masalah dibincangkan bersama dan sentiasa nasihat-menasihati antara satu sama lain. Kalau tak berpeluang bertemu mereka akan berhubung melalui telefon bimbit masing-masing. Ketika rakan-rakan sekuliah bertanya tentang keintiman hubungan mereka berdua, Azhari dan Sara dengan selamba mengatakan mereka cuma bersahabat. "Betul, kami tak ada apa-apa hubungan lain……"

Saiful dan Seri, Azhari dan Sara mengaku mereka hanya bersahabat. Namun kawan-kawan juga sesiapa yang berada di sekitar mereka merasakan ada sesuatu yang lebih dari sekadar bersahabat.

Persahabatan : Apa itu persahabatan?
Persahabatan merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Saiful dengan Seri atau Azhari dengan Sara yang menimbulkan gossip masyarakat sekitar? Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain. Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan-perasaan yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk meluahkan hal-hal peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu. Seseungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam kehidupannya. Sekurang-kurangnya terdapat dua keuntungan yang diperolehi melalui persahabatan.
Pertama, untuk merealisasikan mimpi atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika terdapat kesamaan ide, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.
Persahabatan Jejaka dan Wanita
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnnya pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.
Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengengan-angankan "kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku". Ketika ini sesungguhnya "tazyin syaitan" telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan kita sudah berunah menjadi simpati segeralah susuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatinah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. saya sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di dalam hatiku" kata Fatimah. "Kalau begitu engkau menyesal menikahi saya?" tanya Ali.
"Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau" jawab Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa" sahaja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..
Sudah berlanjur digosipkan
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati "berdegup" hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon/sms dan seumpamanya.
Jangan terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.

Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda: "Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain."

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’ (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan.
Lalu Dia telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: "Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…." (An-Nur:31-32)
Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Baca selanjutnya...

Thursday, August 10, 2006

Wawancara Eksklusif Bersama Maszlee Malik


Pihak Palestinkini berkesempatan mewawancara penyumbang tetap artikel Palestinkini iaitu saudara Maszlee Malik berhubung isu Palestin dan Lubnan. Ikuti kupasan lanjut.
Palestinkini (PK) :Apakah reaksi anda terhadap konflik yang telah Bermula antara Lubnan dan Israel ?
Maszlee Malik (MM) :Pertamanya saya tidak berasa terkejut dengan perkembangan tersebut. Israel telah menceroboh negara orang dari hari pertama ia ditubuhkan. Negara Israel di bina atas tanah Palestin. Pada tahun 1967, mereka menceroboh Sinai dan Golan. Mereka juga menjajah Gaza dan Tebing Barat. Pada tahun 1982 , mereka telah menceroboh Lubnan . Sekarang mereka mengulanginya lagi dengan perilaku tidak kemanusian dengan pengeboman terhadap rakyat awam, membunuh orang yang tidak bersalah terutama wanita dan kanak2. Tidak ada yang baru .
PK : Adakah anda menjangkakan keganasan di antara dua negara ini?
MM : Dengan pemilikan lebih daripada 200 loji nuklear dan menjadi rakan baik kuasa besar dunia dan turut mempunyai rekod jenayah kemanusiaan yang tidak terfikir oleh manusia waras. Amat tidak logik untuk tidak menjangkakannya.
PK :Bagaimana boleh berlaku sampai ke tahap sekarang ?
MM : Seantero dunia telah mengakui kejayaan HAMAS melalui saluran demokrasi dalam pilihanraya yang telah benar2 mengejutkan Rejim Zionis. Setelah itu mereka melakukan pelbagai tekanan dan samasekali telah meragut perjalanan kehidupan seharian mereka. Keadaan bertambah buruk apabila berlakunya pembunuhan ngeri sekeluarga Di pantai Gaza. Rejim Zionis dengan ganasnya telah menyembelih sekeluarga rakyat Palestin yang sedang berkelah di pantai. Hanya manusia yang tidak bertamadun melakukan perkara tersebut. Rakyat Palestin bertindak balas dengan menyerang askar rejim tetapi tidak kepada rakyat awam. Rakyat Palestin bertindak menculik hanya seorang askar rejim untuk di jadikan tebusan bagi membebaskan Ribuan rakyat Palestin yang telah merengkok dalam penjara sekian lama. Rejim Zionis pula sebaliknya menyerang rakyat awam, menculik menteri kabinet, datuk bandar , memusnahkan stesen penjanakuasa elektrik, mengebom universiti, sekolah, hospital, jalanraya , kereta dan juga rumah kediaman. Mereka cuba menjustifikasikan tindakan mereka dengan alasan mencari askar rejim yang diculik itu. Bolehkah kita sebagai manusia normal menerima tindakan gila itu ?Malangnya, tiada pemimpin Aran dan Muslim berdiri untuk membela isu ini tetapi Hizbullah tampil ke hadapan untuk membalas kembali tindakan ganas rejim Zionis tersebut.
PK :Siapakah yang patut dipersalahkan atas krisis ini ?
MM : Rejim Zionis sudah tentu !!
PK : Adakah rejim Zionis mendapat kelebihan ?
MM : Tidak, sekarang mereka kehilangan sokongan yang pernah mereka kecapi sebelum ini. Sekarang , hanya Amerika yang masih meneruskan sokongan untuk menghalalkan tindakan rejim Zionis.
Seantero dunia telah mengakui kejayaan HAMAS melalui saluran demokrasi dalam pilihanraya telah benar2 mengejutkan Rejim Zionis..
PK: Apakah penyelesaian yang sebaiknya ?
MM :Rejim Zionis mesti mempelajari mendengar tentang keamanan, ketamadunan, kehormatan dan kewujudan sedia ada. Mereka mesti patuh kepada genjatan senjata, hentikan serangan kepada rakyat Lubnan dan Palestin dan membebaskan tahanan rakyat Palestin dan Lubnan. Genjatan senjata jangka panjang yang ditawarkan rakyat Palestin juga perlu diterima. Keamanan perlu diberi peluang.
PK :Apakah tanggungjawab Amerika di waktu ini ?
MM : Mereka mesti memberhentikan tindakan membela Zionis dengan menggunakan veto dan belajar mendengar dari yang lain.
PK : Adakah munasabah Amerika menjadi orang tengah proses kedamaian di Asia Barat yang jujur ?
MM : Menyuruh Amerika menjadi jujur sama seperti menyuruh syaitan memerintah manusia supaya tidak melakukan dosa.
PK : Ada suara yang mengatakan pengeboman Hizbullah ke atas Israel memburukkan Hizbullah dan pengeboman Israel ke atas Lubnan memburukkan Israel. Apa pendapat anda ?
MM : Apa yang Hizbullah lakukan adalah reaksi terhadap apa yang di lakukan oleh Israel. Jika Israel tidak melancarkan roket ke arah Lubnan dan membunuh orang awam, Hizbullah tidak akan bertindak balas. Siapa yang memulakan ? Tidak lain adalah rejim Zionis !!
PK : Adalah Iran dan Syria boleh menggunakan konflik ini sebagai modal untuk campur tangan?
MM :Syria dalam keadaan lemah sekarang dan saya rasa tidak mungkin Iran mahukan peperangan ini berlaku. Jika tidak kerana rejim Zionis, peperangan tidak akan bermula.
PK : Adakah anda merasakan peperangan besar akan berlaku di Timur Tengah ?
MM : Jika Amerika berterusan menyeret Iran dan Syria ke dalam peperangan itu, maka Ya, ia akan menjadi satu perang yang besar. Sesuatu harus dilakukan untuk memberhentikan Zionis Kristian di Amerika yang berdoa siang dan malam mendesak Rumah Putih menyeret Iran dan Syria. Meraka dalam keadaan gila sekarang, menunggu perang yang besar berlaku kerana mereka percaya akan berlaku kemunculan kedua Jesus jika peperangan besar berlaku atau apa yang digelar “Armagedon”. Kita berharap ini tidak akan berlaku.
SUMBER : palestinkini.info

Baca selanjutnya...

Ada Apa Dengan 21 Ogos ?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya.
Islami Ya Quds!

Baca selanjutnya...

21 OGOS - Hari Al-Quds Sedunia

21 OGOS
Hari Al-Quds Sedunia

21 Ogos setiap tahun merupakan Hari Al-Quds Sedunia yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan.Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh “Israel” Sang Perampas.

Sebagai umat Islam, isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah.

Hari ini Palestin berada dalam tangan musuh Islam, Zionis “Israel” yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian kita, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan utama yang akan menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada meeka yang berkorban demi Islam dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahairnya, kesucian dan maruahnya dan umatnya. Amin.

Baca selanjutnya...

Resolusi Masjid Wilayah 23 Julai 2006 / 26 Jamadilthani 1427H

1. Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.
2. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.
3. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam.
4. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam.
5. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti. Pendekatan konfrontasi melalui ”roadshow” (majlis penerangan ) dan pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam ketenteraman masyarakat.
6. Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (”mainstream”) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai Islam.
7. Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain.
8. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.
9. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha barat dan badan–badan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.
10. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.
11. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40% dari jumlah keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.

Baca selanjutnya...

Menziarahi keluarga Azlina Jelani (Lina Joy)

Assalamu'alaikum,
Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.
Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah).
Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran ! dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.
Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabilakereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya.
Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia. Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue.
Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang". Kata kakanya, Azlina ni very vocal! , firm, English speaking dan agak dominant da! lam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad.
Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untukberkomunikasi pun dengan si Lin tu. ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya.
Semoga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.
Wassalam.
al Qurawiyy.

Baca selanjutnya...

Berita : Keputusan Kes Lina Joy ?! Banyak SMS palsu

Menurut sumber dari PEMBELA dan PPI, mereka banyak menerima panggilan telefon yang menyatakan kes Lina Joy telah diputuskan di Mahkamah. Panggilan tersebut timbul ekoran daripada SMS palsu yang menyatakan keputusan kes ini telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah dan memihak kepada Azlina Jailani (Lina Joy).
Ada juga SMS yang menyebut keputusan tidak memihak kepadanya. PEMBELA dan PPI menegaskan hingga kini tiada sebarang tarikh diterima dan tetapkan oleh mahkamah. Pihak Peguam masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh Mahkamah Persekutuan berhubung dengan penetapan kes tersebut. Namun demikian marilah sama-sama kita berdoa agar kes tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar yang cuba mengganggu gugat kedudukan Islam di Malaysia.PEMBELA & PPI menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia "agresif" untuk mengumpulkan tandatangan di semua peringkat masyarakat demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Sokongan juga boleh dibuat secara "Online" dengan beberapa perubahan telah dibuat termasuk memberi pilihan kepada ruangan emel, bagi memudahkan urusan petition online. Gerak kerja juga sedang dirangka kini bagi memperluaskan kempen, penyerahan surat, memorandum dan perbincangan di peringkat kerajaan, jabatan agama Islam,institusi-institusi, badan agama, parti politik dan sebagainya demi memastikan kefahaman yang jelas dan menyeluruh berhubung dengan isu ini bagi mengupaya semua pihak mencari jalan terbaik menyekat sebarang usaha yang cuba menjatuhkan kedaulatan Islam.
SUMBER:MyIslamNetwork.net

Baca selanjutnya...

Tuesday, August 08, 2006

PENUBUHAN IFC: SIAPAKAH YANG MENDALANGINYA ?


1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?
Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4, JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.
IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan – Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri. Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan urusan agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri.
2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah.
Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
• Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
• Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita (disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995)
• Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
• Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi berasaskan agama.
• Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewargaan, sukukaum, agama dan bahasa minoriti.
• Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang Muslim.
3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.
4. Orang Islam bebas untuk murtad
Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan ‘setiap orang mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk kebebasan menukar agama....(artikel 18)’. Ini bermaksud status sebagai seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang diantaranya adalah bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.
7. Apakah sikap PM dan menteri?
Menurut kenyataan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, penubuhan IFC cuma ditangguhkan. Penubuhannya tidak pernah dihalang. Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia melalui pengerusinya, Dato’ Sri Mohamed Nazri Aziz yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepakat bersama 50 NGO menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Ini kerana moral adalah hak peribadi individu dan kewujudan undang-undang untuk mengawalnya dikira melanggar hak asasi manusia. Kenyataan ini bermaksud, peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh digunakan untuk mengawal akhlak orang Islam atau dengan kata lain, Al-Quran dan hadis tidak terpakai dalam kehidupan individu. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja atas tiket "hak asasi manusia". Kenyataan ini nampaknya selari dengan tuntutan IFC.
8. Apakah kaitan IFC dengan Islam Hadhari?
Islam Hadhari menekankan kemajuan kebendaan dan mengenepikan pembinaan manusiawi. Persoalan moral bukan keutamaan. Apa sahaja perlu dilakukan demi kemajuan kebendaan. Penganjuran konsert, pengabaian terhadap pelaku rasuah, membiarkan pencerobohan terhadap kesucian agama, tidak konsisten dengan amalan Islam, anti sekolah agama dan tiada pembelaan terhadap mereka yang berusaha menegakkan agama membuktikan semua itu. Islam dikesampingkan. Kita tahu ramai menteri Umno yang beragama Islam menyokong kuat penubuhan IFC. Sikap sebegini menjadikan mereka yang anti Islam lebih berani melakukan tindakan pencerobohan terhadap Islam. Islam Hadhari yang membuka pintu kepada tertubuhnya IFC.
9. Apakah sikap kita?
Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC dan mengutuk sikap Umno yang bersekongkol dengannya . Kita sanggup mati demi agama kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan, tetapi jangan sama sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan untuk menghalang penubuhan IFC.

Jika anda mencintai Islam, anda sepatutnya menyebarkan risalah ini.

Baca selanjutnya...

Tuesday, August 01, 2006

Hizbullah: Siapakah mereka?

http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1143

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner