Thursday, January 31, 2008

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah


Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Baca selanjutnya...

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom


Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.
Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

Sumber: Harakahdaily.net

Baca selanjutnya...

Friday, January 11, 2008

Lagi kes budak hilang...


Baca selanjutnya...

Saturday, January 05, 2008

Selamat Tahun Baru


2007 dah pergi 2008 pulak datang... 1429H juga sedang menanti.... Masa yg dah berlalu takkan boleh dipatah balik... Muhasabah penting untuk pastikan kita sentiasa di landasan yg betul... sekali sekala tergelincir tu lumrah dan fitrah... takde yg sempurna... aku juga banyak buat silap n dosa... Ya Allah...ampunkan aku... begitu juga kepada mereka2 yg mungkin terasa hati, kecewa atau marah padaku... Harap kalian maafkan...



Tapi aku cukup susah hati sekarang.... knapa? Tengok la gambar2 ni (amek dari blog amdang)... Adakah ini 'produk' yg kerajaan hadhari nk sangat tu?? Astaghfirullah...dah tak macam rupa orang dah... Klau kat bandar2 besar mcm KL, JB or penang mungkin dah terbiasa tp ni kat KT (yg kononnya dah jadi bandaraya)









Anak sapo la tu...kesian...Inilah akibat ditanya selera apabila dada ditepuk... Boh(cukup) la tu.. wahai rakyat terengganu yg beriman dan bijaksana... Tepuk dada tanyalah iman...

Baca selanjutnya...

Friday, January 04, 2008

Najib kata RM7.6 bilion untuk Kelantan, baik undi PAS lagi


"Kelantan menerima RM7.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sedangkan Terengganu yang telah berjaya dimenangi Umno hanya mendapat RM7.2 bilion", begitulah kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam kempennya untuk menawan hati rakyat Kelantan semalam.
Dengan kata-kata itu, rakyat Kelantan yang bijak pasti akan terus mengundi PAS bukannya Barisan Nasional.
Ntah ape2 la Najib ni.. =)

Baca selanjutnya...

kAntOi..

Isu semasa 'terhangat'... Heran betul kerajaan kita ni ya... terserlah gaya pemimpin islam hadhari... yg bersalah dibela...yg bersalah tu,boleh pulak dia kata 'buatpa nk sedih'...huhuh.. Dah la tu,siap berbangga lg...kononnya gentleman..
"Bukan saya seorang yang terlibat dengan hal ini..Malah ramai lagi menteri yg terlibat."kata sang ex-menteri.
Adei...komen sang menteri kabinet lain pon sama..berterima kasih pada si pesalah... si polis pulak duk sibuk cari sapa dalang di sebalik rakaman... takde sapa pn yg nk kutuk kesalahan @ p'buatan keji yg bersalah... bukan takde sebenarnya tp tak disiarkan dalam media arus perdana.. almaklumlah... kerajaan hadhari...
p/s: sesungguhnya 'cctv' Allah itu di mana-mana aje... Wallahua'lam..

Baca selanjutnya...

Monday, December 03, 2007

PREVIU: Tautan Hati

Mungkin agak terlambat aku mem'promote' 'kitab' ni...tapi lebih baik dari tak promote langsung [khusus kepada yg belum bace laa...] =) Novel pertamanya, Seindah Mawar Berduri yg diterbitkan dengan tajuk rasmi 'Mawar Berduri' telah pun ku abadikan dalam blog ini tanpa hak kebenaran rasmi [moga dihalalkan ye kak =) ]...begitu juga dengan sebahagian dari novel terbarunya ini telah pun aku post tak lama dulu [Hatiku Milikmu-yang ketika itu ku kira hanyalah sebuah cerpen.Tak sangka ia sebahagian dari novel ni..]. Tahniah & trima kasih buat ukhti fatimah syarha...

Asiah Yusra , namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka. .Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya.

Namun,halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra hanyalah cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi. Berputus asa seakan akan tidak wujud dalam kamus hidupnya.

Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai. Setiap dari mereka mempunyai masalah yang tersendiri.

Imtisal dengan tragedi keluarga yang tak berkesudahan, Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dengan pemuda yang bukan menjadi pilihan hatinya manakala Layyinul Harrir pula hanyut dalam arus percintaan sesama insan yang tidak menjanjikan sebarang kebaikan yang hakiki. Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yang sering memberontak dek kerana latar belakang keluarganya yang porak peranda manakala Muslimah (Christine) dengan pegangan Kristian yang menebal dan sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dengan cara yang tersendiri. Aisya Bazella pula anak gadis kota yang pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dengan maksiat dan akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.

Walaupun sahabat-sahabatnya itu hadir dari latar-belakang yang berbeza dan penuh pancaroba, Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yang menyusahkan. Sebaliknya, dia percaya dengan proses tarbiah yang berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah, tetapi juga berpotensi untuk menjadi penyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada mereka yang memerlukannya.

Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yang sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja, didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid dan al-Banna, dua pemuda soleh yang juga berasal dari Taman Islam. Namun, berkat keimanan yang tinggi serta kepercayaan yang menyeluruh bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang wajar dicintai, Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dalam bidang tarbiah di samping bertawakkal serta menyerahkan sepenuhnya kepada yang Esa agar dianugerahkan pasangan hidup yang boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.

Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil? Bagaimanakah kesudahan hidupnya? Siapakah yang telah ditentukan Illahi untuk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra? Al-Banna atau Umar al-Mujahid? Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel sulung keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. berjudul Tautan hati. Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya.

Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya.

Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Baca selanjutnya...

SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH
DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI
PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA
ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI
PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN
ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN
SUAMIMU

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN
TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN
ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN
ISLAM!

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI
YANG PERTAMA YANG DINIKAHINYA ATAU
INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN
DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU
ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI
ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA
DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.SEKELUMIT CINTA
PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI
ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN
KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN..

Baca selanjutnya...

Monday, November 26, 2007

Misteri gegaran kuat di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Misteri gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di negeri ini petang kelmarin terungkai apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bunyi itu dikeluarkan pesawat Sukhoi SU-30 MKM.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bunyi bising itu dikeluarkan pesawat Sukhoi yang diuji pandu di ruang udara.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07).

Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini.

Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara.

"Orang ramai diminta tidak terkejut atau cemas berikutan bunyi bising yang dikeluarkan pesawat yang terbang di ruang udara.

"TUDM akan menjalankan tugas latihan penerbangan ini dalam memastikan kepentingan negara terpelihara, dihormati dan disegani sempena Lima 07," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan bandar Kuala Terengganu dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom kira-kira jam 4 petang.

Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Kemaman, Marang, Dungun dan Besut.

Tinjauan di beberapa lokasi di sini juga mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner