Tuesday, April 21, 2009

Tahukah anda 2: Beauty of Mathematics !!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:

If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

If:

H-A-R-D-W-O-R-K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+ 5 = 96%

But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

Baca selanjutnya...

Monday, April 20, 2009

Tahukah anda

Tahukah anda bahawa 3 daripada 7 orang Board of Directors Carlsberg Malaysia adalah terdiri dari orang Melayu dan Islam.

Sila klik di sini

Credit to: http://pahitology.blogspot.com/

Baca selanjutnya...

Sunday, April 19, 2009

SPPK: Transformasi sistem pendidikan

Tidak lagi bergantung 100% peperiksaan – TPM


KUALA LUMPUR 18 April – Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar.

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.

SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Teks ucapan Muhyiddin dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong sempena pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Tahap pencapaian pelajar buat masa ini diukur 100 peratus kepada prestasi mereka ketika menjawab soalan peperiksaan akhir tahun dan awam.

Ka Siong pada sidang akhbar selepas itu berkata, SPPK akan meletakkan penekanan terhadap proses pembelajaran secara menyeluruh dan bukan setakat menjawab soalan peperiksaan sahaja.

Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.

Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam.

Alimuddin ketika ditemui menambah, di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:

- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)

- Kokurikulum

- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)

- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).

Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.

Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.

Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.

Katanya, maklum balas yang diterima termasuk daripada para guru adalah amat positif.

Beliau berkata, pengenalan SSPK tidak akan membebankan para guru kerana sebahagian pendekatan sistem itu sudah pun dimulakan.

“Sekarang ini pun dah buat, kita ada ujian mingguan, ujian bulanan dibuat oleh guru, tetapi semuanya hanya simpan di sekolah dan tidak dimasukkan dalam keputusan akhir peperiksaan.

“Macam itu juga dengan kokurikulum, sekarang pun ada pelajar jadi pengawas, main bola untuk sekolah, cuma tidak dimasukkan secara rasmi dalam penentuan gred peperiksaan awam pelajar,” katanya.

Jelasnya, sistem pentaksiran akan dimulakan dari tahun satu hingga enam untuk UPSR, tingkatan satu hingga tiga bagi PMR manakala tingkatan empat dan lima untuk SPM.

Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.

Jelas Alimuddin, beliau yakin SPPK akan dapat mencapai objektifnya kerana ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.- ARSHAD KHAN (Utusan)
Saya menyambut baik sistem baru yang bakal diperkenalkan ini. Kalau buat dari zaman saya sekolah dulu mesti saya dapat straight A's... Hehe..

30:70? 50:50? 70:30?
Apakah rasional / justifikasinya?
Sejauh manakah keberkesanannya?
Perlu ke tunggu sehingga tahun 2015?

Wah, banyak pula persoalan. Yela, takut nanti jadi macam PPSMI pulak. Apa yang penting sebenarnya adalah pemantauan. Maka sekiranya sistem ini dilaksanakan, saya merasakan pemantauan terhadap keberkesanannya dalam melahirkan modal insan yang cemerlang perlu lebih diteliti dengan lebih kerap, bukan hanya menunggu 2015.

Baca selanjutnya...

Saturday, April 18, 2009

Kasih ibu

Saya dapat gambar2 ni dari emel... Saje nk kongsi kepada yg belum tengok. Sama-sama fikir2kan... Huhu...

Wah..comelnya anak beruang ni..


Alahai...manjanya dia...


Alamak, knapa aku kecik sangat? Eh lupa..aku kan anak..masih baby..huhu...



Bestnya dapat tido dengan umi... hehe...


Jadilah anak yang soleh... Jangan jadi mcm beruk2 dijalanan.. Eh, mcm knal je ayat tu. Hehe..


Wah...bestnya dapat jalan2 dengan mak... hee...


Aku sangat menyayangimu duhai anak... Jangan nakal2 tau...


Kasihmu kasihku jua... Aku sayang kamu ibu...


Mak...sejukkk... OK2..meh mak peluk...


Aku sayang anak aku...kamu bagaimanakah wahai manusia???


Wawawaaa.. Ni part yg paling memalukan kita yg bernama manusia... Kenapa? Tengoklah gambar kat bawah ni...

Ish3... Nak latih anak gimnastik agaknya.. Huhu... Tapi ok la juga daripada sesetengah manusia tu...takde hati perut..buang anak sesuka hati... Dan ini(klik la kalau berani) yang lebih menyedihkan =(

Baca selanjutnya...

NO TOPIC~

Saya tengah gelisah sebenarnya. Soalan exam pagi tadi banyak sangat tak dapat jawab. Hmm.. Dan peristiwa di pagi hari tadi juga sangat menduga ketenangan hati ini. Tidak mungkin ku lupakan detik2 cemas itu... Huhu.. Biarlah saya rahsiakan apakah peristiwa itu. Dan pagi tadi juga saya sepatutnya menghadiri satu ujian penetapan khas, MALAYSIAN UNIVERSITY SELECTION INVENTORY (MUnsyI) untuk kemasukan ke USM namun kebetulan clash dengan jadual exam. Boleh saja kalau saya nak menangguhkan exam ke hari lain namun hati saya berat untuk berbuat demikian atas sebab2 tertentu yang sengaja tidak mahu saya kongsikan...lalalaa =p

Baca selanjutnya...

Wartawan, pemberita, sila ambil perhatian

Maut Selepas Bohongi Ibu

GUA MUSANG: Seorang remaja yang sanggup menipu ibunya konon mahu keluar makan, sebaliknya menyertai lumba haram, maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan motosikal milik rakannya di Kilometer 20.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, kelmarin.
Petikan laporan berita di atas diambil dari sebuah akhbar hari ini, Sabtu 18 April 2009. Saya sangat tidak bersetuju dengan bentuk laporan berita sebegini. Perlukah mangsa diaibkan sebegitu rupa walaupun terlibat dengan perkara tidak baik? Apakah implikasi dan kesan berita sebegini kepada keluarga mangsa?

Jika dalam laporan tersebut tidak menyatakan nama mangsa mungkin laporan dan berita ini boleh dijadikan pengajaran. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kepada wartawan dan pemberita, sila ambil perhatian dengan perkara ini.

Baca selanjutnya...

Friday, April 17, 2009

PREVIU: Catatan Hati Nik Nur Madihah


Si ayah bergelut dengan gelombang.Si ibu bergelumang dengan perit harian.Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU!

Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang.

Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda. Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah kejayaan!


Baca selanjutnya...

PREVIU: Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Karya baru dari akak Fatimah Syarha. Selamat membaca ^_~

Baca selanjutnya...

Tuesday, April 14, 2009

Semoga kejayaan mengiringi..


Alhamdulillah... Kertas pertama pagi tadi, Pollution Control selesai dijawab dengan hati yang tenang biarpun tidak semua dapat dijawab... Hehe... Pagi esok, Industrial Management. Tak study lagi ni.. Huhu.. OK, saje je nk wish pada semua sahabat2, adik2, yg tengah dan akan amik exam, semoga beroleh keputusan yg diredhai... Semoga kejayaan mengiringi... ^_~

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner