Tuesday, April 14, 2009

ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu

kemaskini 11.17am Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".

Dipercayai beberapa ADUN BN akan menuju ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.

Krisis terhadap kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini genap setahun selepas perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan menteri besar waktu itu Datuk Seri Idris Jusoh.

Sebelum ini, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.-MALAYSIAKINI

Baca selanjutnya...

Monday, April 13, 2009

Senyum seorang syahid...







Alangkah bertuahnya mereka....

Baca selanjutnya...

Sunday, April 12, 2009

Nik Aziz menangis - Dengar Amy Search menyanyi lagu ketuhanan

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau menitiskan air mata ketika mendengar lagu-lagu ketuhanan yang dipersembahkan oleh penyanyi Amy Search atau Shuhaimi Abdul Rahman, 51, pada satu majlis di sini semalam.

Kata Nik Aziz, beliau tersentuh hati menatap wajah Amy, lebih-lebih lagi banyak penyanyi rock biasa dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah dan maksiat.

“Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya, saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar,” katanya selepas majlis sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di sini semalam.

Nik Aziz menambah, beliau kagum dan gembira apabila Amy yang memiliki suara yang diminati ramai telah memanfaatkannya ke jalan Allah.

“Kumpulan artis seperti penyanyi, penyair, pemuzik dan kartunis mempunyai acuan masing-masing untuk menyelitkan unsur-unsur keislaman dalam setiap karya yang mereka persembahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Amy yang dihubungi berasa terharu dan tersentuh dengan respons Nik Aziz yang menangis sewaktu menonton persembahannya itu.

“Sewaktu saya menyanyi, saya perasan Tok Guru memandang saya dengan penuh terharu,” kata Amy yang dihubungi Kosmo! Ahad.

Bagaimanapun, menurut Amy, beliau tidak sedar ketika menyanyikan lagu apakah Nik Aziz menangis.

“Saya menyanyikan empat buah lagu termasuk Mentari Merah Di Ufuk Timur, Isabella dan Saat Ku Idamkan. Jika beliau mampu ‘terasa’ isi lagu rock tersebut, saya begitu berbesar hati,” katanya. - ZAID MOHD. NOOR, KOSMO!

Baca selanjutnya...

Saturday, April 11, 2009

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah....Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya. BERNAMA


Baca selanjutnya...

Thursday, April 09, 2009

Kabinet Baru Malaysia


PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan

- Bernama

Baca selanjutnya...

Thursday, April 02, 2009

Siti Nurhaliza melawat TG Nik Aziz

Alhamdulillah... Saje je posting gambar ini. Laporan pasal lawatan ini bleh dibace di akhbar SIASAH.

Baca selanjutnya...

Ingin tahu KUALITI hset anda ????

Tekan *#06#

Maka, terkeluarlah nombor identiti henset korang.
Rujuk pada digit yang ke-7 dan ke-8.

1 2 3 4 5 6 <7> <8> 9 10 11 12 13 14 15

Nombor siri hp korang : x x x x x x ? ? x x x x x x x

- jika nombor tersebut adalah "02" ataupun "20" menunjukkan hp anda berasal dari China yang mempunyai kualiti yang agak rendah.

- jika nombor tersebut adalah "08" atapun "80" menunjukkan hp anda dibuat di Jerman dan sudah pastilah kualiti terjamin.

- jika nombor tersebut adalah "01" atau "10" menunjukkan hp anda dikilangkan di Finland dan tentunya mempunyai kualiti yang baik.

- jika nombor tersebut adalah "00" menunjukkan bahawa hp anda dihasilkan di kilang yang asal dan mempunyai kualiti mobil yang terbaik.

- jika nombor tersebut adalah "13" menunjukkan bahawa hp anda berasal dari Azerbaijan dan mempunyai kualiti yang rendah dan dipercayai akan membawa mudarat kepada pemilik hp tersebut.

Baca selanjutnya...

PM Malaysia ke-6 angkat sumpah esok

DS Najib akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 esok (Jumaat). Tahniah dan takziah. Namun agak sedih apabila imej bakal PM ini dilihat agak tidak bersih :-( Media luar negara turut menyindir bakal PM kita ini. Alahai..


.

Baca selanjutnya...

Wednesday, April 01, 2009

Cadangan Dr Mohd Asri Tentang Pembentukan Kabinet Baru

Saya mencadangkan agar pihak yang akan membentuk kabinet baru bagi pentadbiran negara mengambil kira secara bersungguh-sungguh tentang amanah yang dipikul dan menilai keperluan semasa politik negara. Bertitik tolak dari perintah Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58: (maksudnya) “sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak” maka saya mencadangkan beberapa perkara;
  1. Anggota kabinet yang hendak dibentuk hendaklah benar-benar dipastikan bersih dari segala unsur yang boleh merosakkan negara. Mereka yang mempunyai rekod buruk, atau telah meleburkan kepercayaan rakyat hendaklah dipinggirkan. Jika tidak, perlantikan tersebut adalah pengkhianatan.
  2. Anggota kabinet yang hendak diberikan amanah kepimpinan hendaklah benar-benar atas asas kemampuan dan kecekapan dalam bidang yang diamanahkan. Dengan itu, seseorang sekalipun anggota kuat parti yang memerintah, atau ahli Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik jika tidak mempunyai kewibawaan dan kecekapan.
  3. Saya mencadangkan perlantikan anggota kabinet merentasi sempadan parti pemerintahan. Dalam ertikata lain, tokoh professional atau ahli politik parti pembangkang, atau bebas terutama jika mereka anggota parlimen yang berwibawa dan mahir dilantik dalam kabinet yang hendak dibentuk. Ini tidak semesti menunggu kerajaan campuran, sebaliknya dilantik sesiapa sahaja anggota pembangkang yang berpotensi menunaikan amanah dengan cemerlang. Jika ini berlaku menunjukkan kesungguhan kerajaan menjaga perpaduan dan membangunkan negara bukan sekadar menjadi kepentingan parti semata. Dengan perlantikan seperti itu, ketelusan, kewibawaan dan kepercayaan rakyat terhadap kabinet negara akan ditingkatkan. Hendaklah kerajaan sedar, peranan para menteri bukan untuk kepentingan yang terbatas bagi sesebuah parti politik sahaja, sebaliknya, ia adalah demi kepentingan rakyat awam yang merentasi sempadan kepartian dan puak. Negara mesti bergerak ke arah politik yang lebih matang.
Sekian, saya mencadangkan,
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
30/3/09, Dubai.

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner