Tuesday, March 04, 2008

Sokongan non-muslim pada PAS semakin meningkat!!!


Smalam, TV3 menyiarkan laporan penemuan minuman keras di sebuah markas PAS di Baling Kedah. Jelas, mereka sengaja ingin memperburuk PAS dengan tidak memperincikan cerita sebenar... Tiada ape yg perlu dihairankan.. Mereka mmg dari DULU,KINI & SELAMANYA mengambil sesuatu dengan sekerat sekerat.. Jika ayat Quran pun mereka sanggup ambik sekerat (untuk kepentingan peribadi) apa lagi perkara lain.

Pendedahan itu sebenarnya hanya mengesahkan sokongan masyarakat Cina di Kuala Pegang, Baling, kepada PAS semakin meningkat, kata calon PAS Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Mohamad Taib.

Beliau berkata, ini kerana BN sengaja memburuk-burukkan PAS setelah usaha memujuk kaum Cina menyokong BN gagal.

Malah dakwanya, pemimpin BN dihalau oleh kaum Cina daripada memasuki 'Pos PAS' yang yang didirikan di Taman Desa Permai, Kuala Pegang yang dikatakan terdapatnya botol arak di sana.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, pos tersebut yang didirikan masyarakat Cina di taman tersebut sebagai tanda sokongan kepada PAS.

Di taman tersebut katanya terdapat sebanyak 200 keluarga Cina.

"Saya tahu mengenai tin-tin arak itu, sama juga dengan babi, takkan saya hendak larang mereka (kaum Cina) makan," katanya.

Lagi pun katanya, pos itu hanya orang-orang Cina yang bekerja bagi membantu PAS dalam Pilihan Raya ke-12 ini.

"Baling 'Pos PAS' bukan saja didirikan oleh orang Cina tetapi Siam dan India pun ada," katanya.

Hakikatnya beliau berkata, kebangkitan dan penerimaan kepada PAS sudah menyeluruh kepada semua kaum dan agama.

Bahkan katanya, terdapat lebih 10 'Pos Pas' yang didirikan bagi kaum bukan Islam di Baling sempena kempen pilihan raya umum ini.

"Ini menunjukkan BN terdesak dan tidak ada cara lagi untuk mereka mendekatinya. Maka mereka mencari helah untuk menjauhkan orang Cina dengan PAS," katanya.

Bagaimanapun katanya, tipu helah BN tidak terjejas sedikit pun sokongan kepada PAS.

"Saya nampak di Baling ini orang mula sedar dan yakin dengan PAS dan peluangnya bertambah cerah," katanya.

Sementara itu seorang pengadu hari ini memberitahu Harakahdaily bahawa laporan yang dimuatkan TV3 dalam Buletin Utama malam tadi itu adalah satu lagi tindakan terdesak calon BN Baling, Dato' Azeez Abdul Rahman.

Markas itu disediakan PAS bagi kaum-kaum Cina dan bukan Islam yang menyokong PAS dan berkempen bagi pihak PAS, kata pengadu, Hafirun Nizam juga jentera PAS Parlimen Baling.

Katanya, ketika Calon BN Parlimen Baling, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahman dikatakan mahu memancing dan membeli undi masyarakat Cina di Kuala Pegang, masyarakat Cina telah menghalau calon BN itu.

Akibatnya, Azeez berang dan cuba membuat tuduhan yang sengaja berniat jahat terhadap PAS sedangkan, pos itu hanya dikhaskan untuk penyokong PAS di kalangan masyarakat Cina, katanya.

"Kita lihat sekali lagi media arus perdana digunakan untuk memburukkan pembangkang terutamanya PAS," katanya.

Beliau yang juga petugas PAS di Dun Kupang (Parlimen Baling) datang ke Harakah pagi tadi bagi menafikan laporan Azeez yang dimuatkan dalam TV3 malam tadi.

Baca selanjutnya...

Sama-sama jadikan ia REALITI..

Baca selanjutnya...

SUKAKAH anda dengan hantu2 ini?

JOM Kita semak laman ini

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

cuba semak ini. dua pendaftaran untuk orang yang sama

bandingkan: T715511 with A0624038 dalam daftar pemilih, nama yang sama, tapi satu undi pos, satu undi biasa

bandingkan: T719756 with A3170255

Pattern no. IC yang seiras…
Perhatikan susunannya 0015, 0079, 0023, 0057…
Suratan atau kebetulan?
Tunggu kemunculan pengundi-pengundi ”ISTIMEWA” ini 8 Mac 2008 nnt.

951114750015
950531710079
940407750023
941121750057

semak ic ini di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

dan lagi…
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014

Baca selanjutnya...

Monday, March 03, 2008

"Saya India, saya Hindu, saya mahu kepimpinan ulama..."

Baca selanjutnya...

Saturday, March 01, 2008

Pengakuan Dr.M...

Baca selanjutnya...

Thursday, February 28, 2008

TERBONGKAR...

Baca selanjutnya...

Wednesday, February 27, 2008

IsLam untuk SEMUA

Baca selanjutnya...

Mangsa Kepentingan BN




Bukti, BN mempergunakan budak2 skolah untuk kepentingan mereka....

Baca selanjutnya...

Monday, February 25, 2008

Imam Hadhari Negarakuku


Adakah ini gambar superimposed??? Nilai sendiri la...huhu..

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner