Sunday, February 24, 2008

KENYATAAN AKHBAR PARTI MAHASISWA NEGARA

Parti Mahasiswa Negara (PMN) amat terkilan dengan kenyataan Datuk Mustapa Mohamed baru-baru ini di dalam media perdana kerana mengugut akan memberikan tindakan keras kepada mahasiswa dan pensyarah yang terlibat dalam kempen parti politik.

Parti Mahasiswa Negara (PMN) ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan itu sama sekali tidak demokratik dan menghakis kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri Pengajian Tinggi. Kenyataan itu juga menggambarkan bahawa beliau seorang menteri yang tidak telus dalam soal memegang dan melaksanakan prinsip yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

PMN juga ingin mengingatkan kepada Datuk Mustapa bahawa beliau jangan sekali-kali menutup mata terhadap mahasiswa, pensyarah termasuk Naib dan Timbalan Naib Cancelor yang terlibat dengan UMNO atau Barisan Nasional. PMN sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti-bukti yang menunjukkan keterlibatan mereka dengan UMNO.

Pihak UMNO juga telah memperkudakan NC dan TNC dalam politik terutamanya campur tangan UMNO dalam Pilihan Raya Kampus sejak bertahun-tahun lamanya. Adakah UMNO tidak pernah mengadakan mesyuarat bersama NC, TNC mahupun staf universiti bagi menjayakan agenda mereka? Adakah UMNO tidak pernah memperuntukkan perbelanjaan yang besar semata-mata ingin memenangkan calon-calon aspirasi mereka dalam Pilihan Raya Kampus? Adakah penubuhan GPMS di universiti-universi ti adalah semangat untuk mengumnokan mahasiswa di universiti? Adakah Ketua Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pusat yang menjadi Presiden GPMS kebangsaan?

PMN juga tidak akan teragak-agak mengheret dan mengumumkan mahasiswa aspirasi dan tenaga akademik di universiti yang terlibat dengan UMNO, Pemuda UMNO, Putera UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO. Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) jelas bertentangan dengan semangat demokrasi dan hak asasi seorang warganegara. Gerak kerja kempen dalam pilihanraya adalah satu usaha untuk membantu dan menyokong sesebuah parti. Begitu juga dengan pembuangan undi, ia juga satu simbolik untuk menyokong sesebuah parti politik. Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat termasuk mahasiswa berhak untuk memilih mana-mana pemimpin yang layak untuk menjadi pemimpin mereka. Secara fitrahnya juga, seorang manusia itu berhak turut serta dalam mana-mana kumpulan untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran kepada manusia. Manusia itu sendiri bersifat sosial dan ingin melibatkan diri dengan manusia yang lain. Jika dalam Islam, sembahyang berjema¢ah juga mengajar seseorang untuk berpolitik. Sekiranya imam melakukan kesalahan, mana-mana makmum berhak menegur imam tersebut walaupun makmum tersebut seorang perempuan.

PMN berpandangan bahawa Datuk Mustapa sendiri agak tertekan dengan kebangkitan golongan pelajar dan akademik yang semakin cerdik untuk menilai situasi politik yang berlaku di dalam negara. PMN sendiri ingin menegaskan kepada KPT supaya bukan hanya menyibuk memikirkan soal menyekat hak mahasiswa dan pensyarah tetapi memikirkan dan melaksanakan perancangan untuk meningkatkan ranking atau daya saing IPTA di mata dunia, soal kebejatan sosial yang berlaku dikalangan pelajar, soal penafian biasiswa dan mengenakan caj yang tinggi dalam pinjaman PTPTN, masalah pengangguran dan sebagainya.

Disediakan oleh,

Ahmad Fawwaz Abd Aziz
Setiausaha Politik
Parti Mahasiswa Negara
013-697 3646

Baca selanjutnya...

Masjid Kristal tersergam, tetapi tiada solat Jumaat



Semua pihak menyedari bahawa pembinaan Masjid Kristal, Terengganu, bukanlah bertujuan dijadikan tempat ibadat secara bersungguh-sungguh, kerana difahamkan bahawa tidak ada pelaksanaan solat Jumaat di situ walaupun kos pembinaan antara RM250–M500 juta, berbanding dengan masjid di sesebuah daerah bernilai kurang RM5.

Pihak berkuasa Terengganu pimpinan Dato' Seri Idris Jusoh begitu angkuh membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk tujuan itu, tidak termasuk belanja untuk majlis pelancaran yang bernilai RM15 juta baru-baru ini.

Apa faedah sebenar yang boleh diperolehi oleh rakyat dengan pembinaan masjid berkenaan jika solat Jumaat pun tidak dibenarkan, sepertimana rakyat tidak mendapat faedah daripada kewujudan Monsoon Cup, kekayaan hanya berkisar di kalangan mereka yang rakus, malahan pembinaan yang berlaku itu menguntungkan poket pihak tertentu dengan projek mega.

Tidakkah penganjuran majlis Masjid Kristal boleh dianggap amalan bidaah dengan adanya konsert lagu Bollywood berhampiran bangunan masjid berkenaan, tidakkah itu satu persendaan terhadap ajaran Nabi Muhammad s.a.w.?

Apa yang penting, kita perlu merujuk kepada satu hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sudah hampir sampai suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu melainkan hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran itu melainkan hanya tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah Allah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." - Hadis riwayat al-Baihaqi daripada Sayidina Ali bin Abi Talib.

Dalam satu hadis lain, riwayat Imam Abu Daud daripada Anas Bin Malik, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Tidak berlaku hari Qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.

Sekarang, bagaimana kita hendak meletakkan kedudukan Masjid Kristal dengan hadis di atas, tidakkah ia tersergam indah dengan kosong pengisian dalamannya.

Pengajiannya dinafikan kerana para penceramah Umno tidak dan mungkin kurang bersedia untuk mengajar, sebab mereka pun tahu apa yang akan dicakapkan itu salah menurut hukum Syara', daripada diserahkan kepada penceramah PAS, lagi baik masjid kosong tanpa pengajian, kerana bagi tanggapan Umno, PAS akan berpolitik dalam masjid.

Sepatutnya, dalam keadaan akidah umat Islam hari ini semakin parah, penganjuran kelas-kelas agama perlu dipertingkatkan, pemimpin Umno perlu minta bantuan para penceramah PAS bagi membendung keadaan yang semakin mejurus kepada penentangan terhadap Allah secara terbuka.

Apa yang perlu kita lakukan hari ini, adalah mengembalikan kegemilangan sejarah masjid-masjid dalam Islam yang mampu memproduk generasi al-Quran yang disifatkan Allah dalam al-Quran sebagai sebaik-baik umat yang berjaya meraih tempat di sisi baginda Rasulullah s.a.w.

sumber: harakahdaily.net

Baca selanjutnya...

Demo Umno : Adakah mendapat permit polis?

"Malam Jumaat lepas, beberapa ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan perisytiharaan calun oleh Tajol Rosli MB Perak , telah mengadakan piket disekitar perkarangan Kediaman Menteri Besar.

 Mereka telah melekatkan beberapa poster dipintu masuk ke Kediaman tersebut.Mereka berkampung disitu sehingga keesokan paginya.Mereka tidur dipersekitaran perkarangan Kediaman MB Perak.Mereka makan minum juga disitu dan kelihatan letih disebelah pagi tadi ; bukan kerana tidak cukup tidur tetapi semua protes mereka diketepikan oleh Tajol Rosli begitu sahaja.

Tetapi yang paling ironisnya ialah piket atau perhimpunan mereka tidak pula dikasari atau dihadapkan dengan water cannon sebagaimana himpunan ‘HINDRAF’ atau ‘Bersih’ November tahun lalu.

Pimpinan BN yang sering berkata demonstrasi seumpama itu bukan tradisi orang Melayu terbukti meleset.Kenapa himpunan malam Jumaat itu boleh dibenarkan tanpa gangguan polis walaupun banyak kenderaan diletakkan disepanjang jalan disitu yang jelas melanggar undang-undang jalan raya dan menganggu lalu lintas disitu.


Beberapa pegawai Polis biasa – bukan FRU Kepala Merah yang hadir waktu itu hanya memerhati sahaja dan membiarkan peristiwa tersebut tanpa apa-apa gangguan.

Mengapa Himpunan ‘HINDRAF’ dan ‘Bersih’ tidak diberikan layanan yang sama? Adakah kumpulan Umno yang protest dan berdemo sepanjang malam semalam mendapat permit dari pihak polis?

Kalau mereka mendapat permit, kenapa ‘HINDRAF’ dan ‘Bersih’ tidak boleh diberikan permit untuk berhimpun secara aman?

Dan kalau mereka tidak diberikan permit, kenapa pihak polis tidak bertindak dengan memburu , menembak gas pemedih mata, water canon dan menangkap mereka?

Jawapan kepada persoalan tersebut ialah Umno bukan demokratik.Umno merupakan parti yang mengamalkan autokrasi dalam pentadbiran mereka.

Kepada pendokong-pendokong Umno yang kecewa dengan tindakan Umno selama ini, marilah bertukar bendera dan bersama-sama membaiki keadaan yang punah disebabkan oleh Umno.


Sumber: TranungKite Online

Baca selanjutnya...

Saturday, February 23, 2008

Kenapa senyap bila ahli Umno berdemonstrasi?



Tiba-tiba Umno dan BN menjadi begitu phobia dengan unjuk rasa rakyat atau demonstrasi. Menjelang pilihan raya, isu demonstrasi dijadikan agenda BN untuk memburukkan PAS dan parti-parti pembangkang.

Media elektronik dan cetak yang dimiliki BN saban hari cuba memprojekkan PAS dan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai pembawa budaya demonstrasi jalanan yang kononnya bertentangan dengan adat budaya tempatan.

"Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini," kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Rais mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan melaksanakan demokrasi lebih telus termasuk membenarkan demonstrasi jalanan jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum 8 Mac ini.

Sentimen Rais dikongsi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Masing-masing beranggapan kononnya demonstrasi boleh mengancam keselamatan negara, menakutkan orang awam dan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat.

Begitulah lunaknya para pemimpin Umno bila bercakap. Tanpa sedar realiti politik Umno menjerat leher mereka sendiri.

Sejak sehari dua ini, demonstrasi jalanan sebenarnya berlaku di banyak tempat di negara ini. Di Kuala Terengganu, Kangar dan Ipoh, ribuan anggota Umno keluar berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman, Kuala Terengganu dan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh kerana membantah senarai calon yang diumumkan Menteri-Menteri Besar terbabit.

Di Kangar, demonstrasi besar-besaran diadakan di perkarangan rumah Menteri Besar bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Shahidan Kassim yang khabarnya digugurkan dari senarai pencalonan.

Dan banyak lagi demonstrasi kecil-kecilan dilakukan ahli-ahli Umno kerana tidak berpuas hati dengan senarai calon pilihan raya yang diumumkan.

Sayangnya siri-siri demonstrasi ini tidak langsung dilaporkan media massa pro-BN termasuk TV1 yang kini kian rancak diperalatkan BN untuk kepentingan politiknya.

Mengapa? Kerana para perancang kempen BN tidak mahu insiden yang memalukan ini diketahui seantero negara.

Apa salahnya demonstrasi aman? Betulkah ia amalan demokrasi Barat? Tanggapan itu sebenarnya dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Demonstrasi adalah satu fenomena global. Ia berlaku di Amerika Syarikat yang mengamalkan demokrasi liberal dan juga di Republik Islam Iran yang melaksanakan demokrasi berasaskan Islam.

Demonstrasi berlaku di negara-negara aman seperti Britain dan Perancis. Malah ia berlaku di negara-negara dalam kekacauan seperti wilayah Palestin yang dijajah dan selatan Lubnan.

Demonstrasi atau unjuk rasa adalah satu wahana demokrasi yang datuk nenek kita gunakan untuk menentang Malayan Union. Malah demonstrasi bukan satu fenomena asing dalam sejarah negara Malaysia merdeka walaupun negara berada dalam keadaan darurat.

Bagaimanapun demonstrasi kini menjadi igauan BN yang memerintah kerana beberapa sebab utama. Pertama: Demonstrasi boleh memetik kesedaran sebahagian rakyat yang kini dibelenggu fenomena kejahilan maklumat akibat kongkongan maklumat oleh parti yang memerintah. Kedua: Perkembangan politik serantau menunjukkan bagaimana regim pemerintah yang rasuah dan mengkhianati amanah rakyat seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand berjaya ditumbangkan dengan kuasa rakyat melalui demonstrasi.

Kerana itulah demonstrasi dihalang. Ia tiada kaitan langsung dengan soal norma, kepatuhan undang-undang mahupun budaya resam tempatan. Ia perlu dihalang kerana berupaya mendedahkan kebobrokan Umno dan BN di mata umum.

Sebagai seorang budayawan Melayu asli, Rais boleh menerima gelekan pinggul penyanyi dangdut Inul dari Indonesia dan membenarkan persembahan kumpulan rock Barat yang membuka baju dan memasukkan tangan ke dalam seluar; sedangkan kedua-duanya adalah budaya kurang ajar yang benar-benar bertentangan dengan norma agama dan budaya Timur.

Mengapa enggan menerima satu budaya global yang telah diamalkan para penentang Malayan Union - yang ramai di antaranya mengasaskan Umno - semata-mata kerana takutkan bayang-bayang sendiri?

Nampaknya pemimpin Umno perlu lebih masa untuk mempelajari sejarah dan peradaban bangsa sendiri. Tentunya bukan dengan bahasa Inggeris!


Baca selanjutnya...

Thursday, February 21, 2008

SAY NO TO....


























































Baca selanjutnya...

Sunday, February 17, 2008

IKLAN

Baca selanjutnya...

Sunday, February 10, 2008

Say No To Them!!!


Baca selanjutnya...

Thursday, January 31, 2008

Pengajaran daripada peristiwa Hijrah


Hijrah telah melahirkan beberapa pendekatan berikut:

1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Sesungguhnya setiap daripada individu muslim, boleh memainkan peranannya sebagai anggota jamaah menurut kadar kemampuan dan ilmunya bagi memajukan Islam pada kadar yang termampu.

Baca selanjutnya...

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom


Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.
Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

Sumber: Harakahdaily.net

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner