Thursday, November 15, 2007

Demokrasi !!!


Baca selanjutnya...

Menikmati keunikan demokrasi di United Kingdom

Oleh: Pelajar UK

Saya adalah sebahagian daripada jutaan rakyat Malaysia yang cintakan ketelusan dan reformasi di dalam sistem demokrasi di tanah air. Saya juga menyertai himpunan 100,000 rakyat pada 10 November lepas, bukan di Kuala Lumpur, tetapi di sebuah pekan kecil di United Kingdom.

Bukan saya seorang sahaja di UK yang menyatakan solidariti kami bersama Bersih, tetapi banyak lagi rakan-rakan yang berbuat demikian. Himpunan aman juga diadakan di Pejabat Kedutaan Malaysia di London.

Saya mula bekerja di sebuah syarikat gas dan minyak di sini sejak 7 tahun yang lalu. Sejak emas hitam ditemui di North Sea, ramai rakyat Malaysia sama ada berbangsa Melayu, Cina dan India mencari rezeki di sini. Saya tinggal agak berjauhan dengan masyarakat Malaysia yang lain.

Ada beberapa orang pekerja dan pelajar daripada Malaysia yang selalu melawat saya pada hujung minggu. Sebahagian mengetahui kecenderungan politik saya dengan melihat akhbar Harakah dan Suara Keadilan, serta buku-buku mengenai landskap politik Malaysia di ruang tamu rumah saya.

Sama seperti rakan-rakan setugas dari Malaysia yang lain, majoriti kami muak dengan kecacatan sistem demokrasi dan politik di negara sendiri.

Saya berpengalaman kerja di dalam industri minyak di Malaysia lebih 10 tahun sebelum datang ke UK.

Hidup bermasyarakat dengan rakyat British sedikit sebanyak mengajar kami erti demokrasi dan keterbukaan yang sebenarnya.

Saya telah terlibat dalam sistem pilihan raya di United Kingdom sebanyak dua kali. Sebagai rakyat negara Komanwel, kita diberikan hak untuk membuang undi di negara yang pernah menjajah kita dahulu. Bukannya niat saya untuk mengagungkan British.

Banyak perkara di sini yang saya amat tidak bersetuju, terutamanya dasar luar negara serta beberapa tindakan yang mencetuskan fenomena Islamophobia di kalangan penduduk tempatan. Tetapi di dalam sistem pilihan raya, saya berpandangan yang Britain boleh menjadi contoh yang perlu diikuti oleh Malaysia .

Sistem pilihan raya di sini amat telus. Semua parti tanpa termasuk parti pembangkang dan calon bebas diberikan ruang yang sama untuk bertanding. Setiap hari kita boleh melihat hujah-hujah daripada pemimpin pemerintah dan pembangkang di media cetak dan elektronik. Akhbar pembangkang tidak pernah disekat.

Semasa tempoh berkempen, setiap calon diperuntukkan masa untuk menyatakan manifesto mereka di dalam televisyen saluran perdana. Padang perlawanan adalah sama rata.

Tidak hairanlah parti yang memerintah di sini saling bertukar ganti. Dan tidak hairanlah juga Britain menjadi negara maju dan mempunyai skor integriti yang terlalu tinggi kerana rakyat dididik dengan erti kebebasan dan demokrasi, yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada ruh Islam.

Ketelusan sistem pembuangan dan pengiraan undi juga tidak boleh dipertikaikan di sini. Tidak timbul masalah pengundi hantu, kerana mereka memanfaatkan rekod penduduk yang didaftarkan di dalam jabatan kerajaan dengan sebaik mungkin.

Petugas pilihan raya juga adalah profesional, bukannya diambil daripada balaci daripada parti pemerintah seperti yang diamalkan di tanahair kita.

Suruhanjaya pilihan raya memainkan peranan bukannya untuk memenangkan parti pemerintah, tetapi berperanan untuk memastikan siapa hak berhak menang perlu diberikan kuasa memerintah.

Selain isu pilihan raya, amalan politik di sini juga amat berbeza. Sebagai contoh, di sini, rakyat yang menyokong parti pembangkang tiada masalah untuk mendapatkan kerja.

Rakyat yang tidak sehaluan dengan parti pemerintah diberikan jaminan peluang yang sama (equal opportunities) untuk bekerja di dalam pejabat kerajaan tempatan, negeri atau pusat.

Tiada soalan anda menyokong parti mana di dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Ini berbeza dengan temuduga di beberapa jabatan kerajaan di Malaysia, terutamanya untuk bekerja sebagai pensyarah dan guru.

Soalan spot yang wajib ditanya ialah anda menyokong parti mana? Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kerajaan, tiada masalah untuk mengkritik kerajaan secara terbuka di tempat kerja anda. Anda juga diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyuarakan ketidakpuashatian anda terhadap dasar kerajaan.

Para pelajar juga diberikan jaminan peluang yang sama (equal opportunities) untuk mendapatkan biasiswa tanpa menilai kecenderungan politik keluarga dan pelajar itu sendiri.

Nilai intelektual mereka dihargai dengan tidak diikat dengan akta universiti yang menyekat perkembangan minda kritikal dan analitikal.

Mahasiswa di sini bebas untuk memperjuangkan ideliasme parti pembangkang di dalam aktiviti dan program di kampus. Yang disekat, hanyalah mahasiswa Malaysia sahaja.

Dalam media cetak dan elektronik, setiap hari rakyat British berpeluang untuk mendengar dan membaca idea kesemua pemimpin pro-kerajaan dan pembangkang. Ini sekali gus dapat mendidik rakyat yang terbuka dan cergas pemikirannya.

Sungguh berbeza dengan media di Malaysia, semuanya dikawal oleh parti pemerintah. Sudahlah capaian di dalam media awam dinafikan, penerbitan media pembangkang pula disekat.

Di UK, mereka bijak membezakan antara jentera kerajaan dengan jentera parti. Tetapi di Malaysia, kerajaan zalim Barisan Nasional bermaharajalela dengan menggunakan setiap jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.

Semasa Tony Blair bersara daripada menjadi Perdana Menteri, semua media termasuk 'media kerajaan' iaitu BBC bebas untuk mengkritik beliau, sehinggakan setiap satu aset, rumah dan harta beliau didedahkan kepada rakyat untuk dinilai oleh mereka. Begitu juga dengan penggantinya, Gordon Brown. Tiada satu akhbar pun yang mengampu.

Saya juga kecewa dengan sikap tidak cerdik pemimpin Umno yang datang ke sini. Antaranya ialah campur tangan di dalam aktiviti mahasiswa. Datang sebagai pemimpin negara, tetapi apabila bersuara, membawa agenda parti Umno.

Pengecut dengan perkembangan mahasiswa di luar negara, lalu dikenakanlah pelbagai undang-undang dan sekatan. SB diletak di sana dan di sini.

Dikhayalkan dengan menyokong dan membantu program hiburan yang tidak membina. Apabila individu-individu yang ikhlas membuat program agama seperti sekolah Malaysia di beberapa kawasan di sini, maka dirompak program tersebut kononnya program itu adalah program Kelab Umno Luar Negara. Sedangkan satu sen dan setitik peluh pun mereka tidak sumbangkan.

Apa yang pemimpin Kelab Umno Luar Negara tahu ialah membuat program hiburan, hiburan dan hiburan. Tidak cerdik sungguh.

Justeru, saya bersama-sama dengan ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai himpunan Bersih menyeru agar pembaharuan sistem pilihanraya dan amalan demokrasi di tanahair dilakukan segera.

Ramai yang bekerja di luar negara tidak mahu pulang ke tanahair kerana kebobrokan yang jelas dilakukan oleh parti pemerintah sekarang.

Ketika Najib mengulas mengenai perhimpunan Bersih yang memungkinkan berlakunya kacau bilau seperti rompakan di kedai-kedai berhampiran tempat perhimpunan, sedarkan anda yang sudah berapa billion RM duit rakyat telah dirampas oleh mereka untuk memenuhkan perut kroni seterusnya membiarkan rakyat papa kedana ?

Masa untuk perubahan telah tiba. Sedarlah wahai rakyat Malaysia .

Sumber: harakahdaily.net

Baca selanjutnya...

Sunday, November 11, 2007

Video Perhimpunan Bersih oleh Malaysiakini dan Al-Jazeera

http://www.anwaribrahimblog.com/

Baca selanjutnya...

Saturday, November 10, 2007

Tahniah rakyat Malaysia...

Tahniah kepada rakyat Malaysia yang telah berjaya 'mencabar' pak lah...





Baca selanjutnya...

Untuk mereka yg berkenaan...=)



Baca selanjutnya...

QUNUT NAZILAH

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:
"Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri." (Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab
Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.
Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi shallallahu 'alahi wasallam pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namu hal ini tidaklah menunjukkan bahwa pelaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, karena dalam hadis Abi Hurairah radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima' riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH

Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus.

Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH

Maksudnya:

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

sesungguhnya kami memohon Engkau

letakkan kami di tengkuk musuh-musuh kami,

dan kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Engkau seranglah mereka pada segenap penjuru,

dan porak perandakanlah gagasan mereka,

dan keraskanlah arahan Engkau ke atas pendirian mereka,

dan kucar kacirkanlah pergerakan mereka,

dan Engkau hantarlah anjing-anjingMu untuk menggempur mereka,

wahai tuhan yang Maha kuat, Perkasa dan Pembela,

ya Allah, ya Allah, ya Allah,

Wahai tuhan kami yang menurunkan kitab,

yang menggerakkan awan,

yang menghancurkan tentera ahzab,

hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami ke atas mereka.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu,

dan kami beriman dengan Mu,

dan kami bertawakkal kepada Mu,

dan kami menyanjung kepada Mu dengan kebaikan

dan kami tidak mengkufurkanMu.

Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah,

dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud,

untuk Mu kami berusaha.

Kami mengharapkan rahmat daripada Mu

dan kami takutkan azab Mu.

Sesungguhnya azab Mu yang berat

sudah pasti terhadap golongan kuffar.

Ya Allah azablah golongan kuffar ahli kitab

yang menghalangi jalanMu.

Baca selanjutnya...

Tuesday, October 30, 2007

Aurat wanita 'dera' emosi kaum lelaki - Nik Aziz

KOTA BHARU, 30 Okt (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata aurat kaum wanita yang terdedah secara meluas adalah suatu 'penderaan emosi' yang jarang dibincangkan dalam mana-mana perbincangan akademik.
Tambah beliau, perbincangan tentang penindasan tidak boleh dilihat daripada bentuk penderaan fizikal semata-mata.

"Lazimnya, kita selalu melihat kes penderaan kanak-kanak dan isteri dalam rumah tangga yang mudah kelihatan oleh mata, tapi penderaan emosi ke atas kaum lelaki tidak dilihat. "Solat tidak khusyuk malah tidur kita juga kerap terganggu. Jadi, inilah penderaan emosi ke atas kaum lelaki, tapi tidak ramai dibincangkan dalam bentuk intelektual,"kata beliau dalam persidangan Skima di sini anjuran pertubuhan NGO-NGO Muslim baru-baru ini.

Tambah beliau, melalui kuasa politik yang dicapai oleh PAS Kelantan, maka kerajaan di bawah pimpinannya berusaha menerapkan beberapa nilai Islam semampu mungkin.

"Dalam pelaksanan sistem Islam, Kerajaan Kelantan cukup menekan dalam segala aspek. bermula dari pembinaan infrastruktur sehinggalah kepada hal penjagaan aurat.

"Kita perlu faham bahawa kita berada di bumi Islam, makanya sistem Islam itu perlu dilaksanakan secara menyeluruh," kata beliau.

Menurut beliau, sikap enggan melaksanakan pemerintahan Islam bermula daripada sikap manusia pemimpin yang tidak reda, tidak rela atau berpuas hati menjadi seorang Muslim.

"Secara tidak sedar mereka sebenarnya memang tidak berpuas hati dengan hukum Allah. Mereka tak sedar nikmat bernafas, makan, minum dan mereka hidup di atas di bumi-Nya, tapi tidak mahu mengikut suruhan Allah.

"Ini menandakan mereka tidak reda dengan Allah, tapi mereka ingat selama ini mereka telah reda. Kalau mereka reda, ertinya mereka akan guna hukum-hukum Allah ini.

"Kita selalu menyebut, aku reda Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai ad-Deen dan Muhammad sebagai nabi dan rasul, tetapi sejauhmanakah penghayatan ke atas lafaz itu?" tambah beliau lagi.

Menurutnya, perbincangan mengenai aspek pemurnian dalam institusi kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, siasah dan sosial tidak terpisah dengan dosa, pahala, syurga, neraka dan alam akhirat.

"Kalau kita ingat ini semua, maka setiap langkah pentadbiran kita akan menjurus kepada keharmonian hidup bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Nik Abdul Aziz sebelum itu tidak dapat memberi ucapan pada malam sebelumnya kerana sedikit keuzuran akibat 'salah bantal'. Beliau bagaimanapun akhirnya dapat bersama para peserta keesokannya bagi menggantikan ucapan beliau yang tertunda.

"Saya sebenarnya dah tiba semalam, minum bersama semua. Tetapi, kerana sakit akibat 'salah bantal', akhirnya saya terpaksa minta diri untuk pulang. Jadi, saya mohon maaf.

"Ini pun penyakit kita juga. Suka salahkan orang lain. Kita sendiri yang salah letak bantal hingga leher sakit, tapi bantal pula yang dipersalahkan," katanya diiringi ketawa hadirin.

Sumber: Harakahdaily.net

Baca selanjutnya...

Aku Hampir Dirogol (Kisah benar dari US)

Buat Renungan ....Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat.

Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.Tiba-tiba dia nampak ada seora nglelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya.

Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai kerumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan dimasa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.Jadi dia minta kebenaran polis untukbercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).Dia pun tanya perogol itu
"Why don'tyou do anything to me on that nighteven though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah dimana level 'iman' kita sekarang ini.Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Baca selanjutnya...

Wednesday, October 24, 2007

Sunnahku...

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner