Wednesday, July 25, 2007

3 Kekuatan & 3 surah

'Sepucuk' emel dari seorang sahabat untuk dikongsi...

I feel it's good to relay to everyone kisah benar yang saya lalui. Baru-baru ni ketika saya nak ke surau berdekatan dgn rumah saya untuk solat Isyak, seorang pakcik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pakcik berjanggut putih dan bertongkat yang tidak saya kenaliitu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. OrangnyaSudah berumur. Tiba-tiba, pakcik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris (speaking London lagi) yang agak baik.Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama; kata beliau, Surah Al-Fatihah . Selain penting untuk sah solat, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh Surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, Surah Al-Kafirun, kata pakcik. Bahagian ini, menarik sikit. Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pakcik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya.

Kemudian, pakcik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pakcik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pakcik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekalipun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pakcik.

Ketiga, kekuatan fizikal. Pertama-tama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pakcik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya habis saja pakcik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pakcik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak

Baca selanjutnya...

eGo SeOrang LeLaki

Dalam keindahan dan kesamaran malam yang gelap zulumad hadir satu pertembungan dua insan yang selalu bermuhasabah diri bersama. Mencari silap diri dan betuli kesilapan lalu agar tak mengulanginya lagi.

“Anti, maafkan ana atas kesilapan tadi… anti bayangkan ana melutut didepan anti dan pohon ampun pada anti. Ana betul-betul tak sengaja atas peristiwa tadi, ana tak sangka apa yang ana katakan menyakitkan hati anti, sungguh ana pohon ampun pada anti. Maafkan ana, anggaplah ana melutut di depan anti.”

Aku mencari kata-kata untuk meredakan gelombang yang melanda.

“Anta, siapalah ana untuk menghukum manusia? Sedangkan Allah bisa ampunkan hambaNya apatah lagi ana hanya hamba Allah yang hina disisiNya, hamba yang sering lalai dan leka dengan godaan dunia, astaghfirullah hal azim moga pintu taubat masih terbuka untuk kita sama-sama merenung kesilapan masing-masing, ana minta maaf seandainya kata-kata yang bakal ana ucapkan menyakitkan hati anta, sesungguhnya ana tidak suka anta bersikap begini.

Ar-Rijal itu diciptakan untuk menjadi pemimpin, bukan diciptakan al-Khaliq untuk dipimpin, maka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anta perlu ada sikap ego dalam kelembutan maksud ana bukanlah ego dengan kuasa yg cuma setitik tapi ego yang ana maksudkan ialah usah merendah diri dengan Hawa yang sememangnya dilahirkan untuk dipimpin dan bukannya memimpin.
Andai anta merendahkan martabat anta sebagai pemimpin didepan ana sebagai org yang dipimpin, maka usahlah anta pertikaikan andai suatu waktu nnt anta ‘dipijak’ oleh golongan yang lemah ini. Bukan maksud ana untuk menghina anta sebagai pemimpin yang berwibawa sesungguhnya ana kagum dengan sifat kepimpinan anta Cuma ana tidak senang malah berasa hina kerana Allah menciptakan kami (kaum Hawa) untuk dipimpin oleh kaum Adam bukannya supaya kaum Adam melutut didepan kami membuktikan rasa bersalah dan menghukum diri.

Sungguh, andai benar anta melakukan kesilapan, pohonlah ampun dari al-Khaliq. Ana hanya hambaNya yang mengharapkan keampunan dari Dia juga, maka kita renungi kesalahan masing-masing moga tidak mengulanginya lagi, insyaAllah. Ana pohon maaf andai kata-kata ana menyakitkan hati anta. Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri ana sendiri. Moga lembutnya kasih sayang Allah membuatkan kita hamba yang taat kepadaNya, insyaAllah.”

Aku menunggu balasan kata-katanya.

“Jadi, anti sudah maafkan ana?”

Aku tergaru-garu kepala yang tidak gatal… kalau sudah bermula satu ‘peperangan’ maka bersedialah aku dengan ‘perisai’ untuk mematikan segala ‘serangan’ darinya.

“Anta, tidak jelas lagikah apa yang telah ana ucapkan? Untuk apa ana berdendam dengan anta dengan perkara sekecil ini. Rugilah ana andai punya sifat dendam sedangkan an-Nisa’ itu diciptakan untuk menyenangkan hati ar-Rijal, bukanlah menyenangkan hingga terasa tiada batasan tapi menyenangkan segala urusan ar-Rijal untuk menjadi hamba yang taat. Supaya pertembungan antara ar-Rijal dan an-Nisa’ tidak dalam keadaan huru hara, sesuailah ar-Rijal diciptakan menjadi pemimpin dan an-Nisa’ diciptakan untuk dipimpin maka dititipkan dalam hati an-Nisa’ itu untuk menyenangkan pemimpinnya agar segala yang dipimpin membuahkan hasil yang lumayan.”

Dia masih cuba mengatakan sesuatu.

“Syukran ya anti kerana masih memaafkan ana. Sesungguhnya sifat lelaki itu boleh menjadi songsang kerana lembutnya godaan wanita. Tapi anti, perlukah ana untuk ego didepan anti? Tiada apa untuk ana banggakan didepan anti. Sesungguhnya sifat ego itu sifat mazmumah yang paling bahaya. Tidak takutkah anti andai keegoan merajai diri?

Ahh… bermulalah ‘peperangan’ disini.

“Anta, sudah ana jelaskan, ego itu perlu bertempat, bukan sesuka hati saja. Bukanlah ego yang ana maksudkan supaya anta boleh bangga dan riak dengan apa yg anta ada. Tapi kadang kala anta perlu ada sifat ego dan tegas supaya anta sebagai pemimpin tidak dihina oleh ana sebagai org yg dipimpin. Tidak jelas lagikah anta?”

Dia cuba untuk menguji lagi…

“Tapi tidakkah anti terfikir sesuatu yang Allah tetapkan? Ya, memang benar lelaki sebagai pemimpin dan perlu sifat ego tapi pernahkah anti terfikir lelaki yang selalu merasa ego dan gah dengan dirinya yg diciptakan sebagai LELAKI oleh Azzawajalla perlu melamar, merisik, meminang dan menikahi wanita yang anti katakan lemah. Bila mana seorg lelaki itu punya hasrat untuk menikahi wanita, maka dia perlu untuk memberi mas kawin kepada pihak wanita.

Cuba anti renungi, apalah ada pada ego seorang lelaki untuk mencari seorg isteri, dia perlu seolah-olah ‘membeli’ wanita solehah tersebut pada keluarga pihak wanita. Pernahkah anti terfikir, betapa ‘mahalnya’ darjat seorang wanita? Allah angkat wanita itu tinggi darjatnya, perlu ‘dibeli’ untuk dimiliki, manakala setelah bergelar ibu, syurga dibawah tapak kaki wanita sedangkan kunci bg seorang wanita memasuki syurga adalah ditangan suaminya, lihatlah betapa hebatnya seorang wanita.

Tidak perlu merasa ego kerana Allah sudah menciptakan pangkat dan darjat yang tinggi kepadanya yang mana tiada diberi pada hamba yang bergelar ar-Rijal. Moga-moga anti tergolong dikalangan para solehah dan menjadi bidadari di taman syurga. insyaAllah.”

Begitu bermakna kata-katanya…

“Tidak pula ana berfikir sedalam itu, syukran atas ilmu yg diberi moga dapat dijadikan pedoman untuk perjalanan yang masih jauh. Moga apa yang anta doakan sampai ke Arasy Rahman, insyaAllah. Barakallahu fikum jami’an, ilal liqa’ maassalamah, insyaAllah.

Dia masih mahu berbicara lagi…

“Moga hari ini lebih baik dr semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Doakan kejayaan ana didunia dan akhirat. Wassalam.”

bicara terhenti disini, moga masih ada esok untuk berbicara ttg nikmat kebesaran Allah, insyaAllah...

Baca selanjutnya...

Monday, July 16, 2007

Kewajipan Solat Jumaat Ketika Musafir...

Pada pemerhatian saya, masih ramai yg tak tau syarat wajib untuk solat jumaat... Ada dikalangan kita pada hari ini yg kurang mengambil perhatian tentang hal ini menyebabkan timbulnya beberapa salah faham dan mencacatkan kesempurnaan ibadah terutama solat itu sendiri.. Sebagai contoh, mereka menganggap kewajipan mengerjakan fadhu Jumaat telah gugur secara mutlak untuk mereka yg bermusafir... Persoalannya, adakah mereka yg safar/bermusafir pada hari Jumaat tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas mereka? Sejauh mana kebenaran 'pendapat' ini?

Pada umumnya ruhsah yang diberikan kepada mereka yang bermusafir ialah melakukan solat secara Qasar dan Jama' dengan memenuhi syarat2 tertentu seperti :- perjalanan perlu 2 marhalah (87km). Bagi menghadiri diri untuk solat Jumaat juga, salah satu syaratnya ialah : bermukim di tempat Jumaat didirkan. Dengan kata lain, tidak wajib Jumaat kepada mereka yang bermusafir. Maknanya, mereka yang bermusafir dibenarkan melakukan Jama' Ta'khir; iaitu menjama'' dan qasar solat Zohor didalam waktu Asar. Akan tetapi kelonggaran bermusafir ini mempunyai kondisinya sendiri menurut beberapa pandangan Mazhab2 Fiqh. Berikut diringkas beberapa pandangan Mazhab bagi mereka musafir yang tidak diwajibkan solat Jumaat :-

a. Mazhab Syafie : - Boleh keluar bermusafir sebelum Fajar dan dia berada ditempat yang tidak didengari azan Jumaat.
b. Mazhab Maliki : - Dibolehkan musafir sebelum Fajar, Makruh selepas Fajar akan tetapi tidak dilarang perjalanannya.
c. Mazhab Hanbali :- Makruh musafir sebelum Fajar, di haramkan selepas tergelincir matahari melainkan keadaan ketakutan atau dalurat atau kemudharatan.
d. Mazhab Hanafi : - Tidak makruh musafir sebelum tergelincir matahari.

Begitulah pandangan ulama' mengenai hukum Solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir, iaitu mereka yang bermusafir pada hari Jumaat. Dirumuskan bahawa tidak wajib Jumaat musafir sebelum hari Jumaat, bagi yang bermusafir selepas fajar maka wajib Jumaat keatasnya menurut setengah ulama' dan tidak wajib bagi sebahagian yang lain.

Wallahua'lam...

Baca selanjutnya...

Fadhilat Rejab: Antara realiti dan fantasi.

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadhilat-Fadhilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadhilat-fadhilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firman Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadhilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dhaif.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayyubi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristighfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail".- riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Maghrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdhal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdhal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram, kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"

Puasa-puasa sunat:
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

Rujukan :

1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.

2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al -islam.com/arb/Default.asp

3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249

4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308

5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249

6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms.596.:

7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.

9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.

10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.

11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448

12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310

13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415

14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.


WALLAHU A'LAM BISSOWAB

DISUSUN SEMULA OLEH :
USTAZ HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISA AN NADWI
PEGAWAI AGAMA/KAUNSELOR
KUB MALAYSIA BERHAD

Baca selanjutnya...

Thursday, July 12, 2007

Kerana Sebiji Epal



Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.

Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara'. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.

Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:

"Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia."

Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran "Mahyuddin" bermaksud "Yang Menghidupkan Agama".

p/s: Saya pernah terbaca dalam akhbar,buah epal ni baik untuk 'lawan' penyakit nyanyuk (Alzheimer).. Hmm.... Wallahua'lam....

Baca selanjutnya...

Monday, July 09, 2007

Apa Orang Cemerlang Suka Buat?

Orang cemerlang suka buat apa yang orang tak cemerlang suka buat…
Orang cemerlang sangat-sangat suka pergi kelas…
Tapi orang tak cemerlang bila takde kelas suka sangat-sangat…
Orang cemerlang suka bertanya soalan yang tak faham…
Tapi orang tak cemerlang malu bertanya dan lebih suka tak faham…
Kadang-kadang orang yang cemerlang pula bertanya soalan yang dia dah faham supaya orang yang tak faham boleh faham…
Tapi orang yang tak cemerlang lebih rela diam supaya tak nampak dia tu tak tahu… Bodoh sombonglah katakan…

Apa pulak orang cemerlang tak suka buat?
Orang cemerlang tak suka buat apa yang orang tak cemerlang suka buat…
Orang cemerlang tak suka tinggal sembahyang…
Bila masuk waktu cepat-cepat ambil wudhu’ pergi surau…
Tapi apa orang tak cemerlang suka buat?
Bila orang azan masih sibuk dengan game, bola, dengar lagu dan buat-buat tak tau…
Orang cemerlang tak suka buang masa main game 24 jam…
Tak pun main sms, layan awek keliling pinggang…alaa… mat jiwang la katakan…
Mana ada mat jiwang yang cemerlang…kalau ada buktikan…

Orang cemerlang suka buat apa yang orang tak cemerlang suka buat…
Dan orang tak cemerlang suka sangat buat apa yang orang cemerlang tak suka buat…
Banyak lagi contoh perkara yang orang cemerlang suka buat tapi orang tak cemerlang tak suka buat…
Masing-masing dah besar…masing-masing ada otak.. tapi lembu pun ada otak…
Terpulanglah nak jadi otak lembu ke otak manusia…
Otak manusia berakal tapi otak lembu sendiri tau la…
Kalau nak jadi orang cemerlang buatlah cara orang cemerlang…
Tapi korang tau ke maksud cemerlang??
Jangan ingat dapat 4 flat tu cemerlang kalau malas sembahyang, malas baca Quran…
Nak jadi cemerlang, dunia dan akhirat kenalah seimbang…
Cakap saje tak guna, kalau berani try la buat…
Maaf kalau terkasar dan tersalah bahasa…
Untuk renungan diri sendiri sebenarnya…
Buat teman, kawan-kawan dan diri sendiri…
Jangan ingat muda itu sekali…
Sebab kita bukan hidup sekali, tapi dua kali…
Dan hidup kali kedua tu, insyaAllah kita akan muda selama-lamanya…
Kalau nak enjoy masa muda, pilihlah muda yang kedua…
Waktu muda yang pertama ni biarlah kita bekorban sikit…
Nak cemerlang wajib berkorban…
Tapi jangan pulak korbankan muda yang kedua…
Kalau nak jadi orang cemerlang buatlah cara orang cemerlang…
Jangan malas baca buku, ponteng kelas dan mengumpat lecturer jer…
Sembahyang, puasa, baca Quran jangan tinggal…
Jangan derhaka pada orang tua…
Guna betul-betul peluang belajar kat sekolah or IPT untuk jadi orang, bukan #%*&^..
Moga kita sama-sama cemerlang dunia dan akhirat insyaAllah…

Peringatan utk diri sendiri,
Kazeem ibnu Muhammad

Baca selanjutnya...

Wanita Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk


Perkara ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya dalam Majalah I keluaran Nov. 2006. Sekadar mahu berkongsi… Bukan keseluruhan tetapi hanya sedikit petikan ayat dari artikel tersebut. Jika ada sebarang komen, sila kemukakan. Semoga bermanfaat.
  • Kenyataannya ialah tidak ada satu pun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa.
  • Al-Quran tidak menyebut Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu.
  • “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kita Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang ketiga belas.” – Abu A’la al-Mawdudi
  • Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268) – Riwayat Israiliyyat
  • Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan sebagai Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus.
  • “Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezeki kepada kamu daripada benda-benda yang baik.” – al-Nahl:72 (Ayat-ayat lain dari al-Quran yang menyatakan pasangan kita itu adalah dari jenis kita sendiri- al-Rum:21 dan al-Syura:11)
  • “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, dan janganlah menyakiti hati jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada* tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik.” (Hadis riwayat al-Bukhari no:4890)
  • *Perkataan min selain memberi erti “daripada” ia juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal.319)
  • “Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya”. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4889)
  • “Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.” (Hadis riwayat Muslim no:1468)
  • Satu hadis daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik pernah ‘menyamakan’(perumpamaan) perempuan sebagai botol-botol kaca, yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian. (Rujuk hadis riwayat Bukhari no: 5857)
  • Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka.

Baca selanjutnya...

Tuesday, July 03, 2007

aNak ULar???

Assalamualaikum warahmatullah...
Err... lame jgk tak posting ni... previous post pun 3 bulan lepas..... Hehe... Mintak maaf sangat2 la especially kat tetamu2 yg datang ziarah tapi tak disediakan pulak kuih muih dan air tehnya... ( yang ada pun dah basi kot =) ).. Tuan rumah sibuk sket akhir2 ni tambah pulak penyakit lame datang balik.... Takpelah...kali ni tuan rumah nak kongsi satu cerita kat tetamu2 rumah buruk ni.... Tapi tak dapat la nak dipastikan kesahihan cerita ni coz benda ni saya jumpa kat http://aien5283.wordpress.com/2007/06/30/anak/
Try la tengok dulu...

Assalamualaikum…..

Kejadian ini benar² berlaku di Makkah..
member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007.

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah..

Lihatlah gambar yang dirakamkan ini..

http://img531.imageshack.us/my.php?image=makkahhospitalfh8.flv

Wallahua'lam....

Baca selanjutnya...

Wednesday, April 11, 2007

Amalku Cita-Citaku…Tujuanku Harapanku…

Bismillah walhamdulillah…

Nun…demi kalam dan demi apa yang dituliskan…

Amalku cita-citaku…tujuanku harapanku…

Walau di mana jua,sampai bila masa…

Itulah lakaran di laman fikiranku, malam yang kian sirna…

Merayap-rayap di kaki fajar…

musim sedang berbunga…

Namun ku masih leka…berselimut kaku berdengkur…

Pada titian usia yang kian merapuh…di bibir mega ku berbisik…

Basuhlah mata, hidupkan wajah…

Pada lembaran al-Furqan ku lafazkan…

Pada tinta-tinta pena yang kian mengalir…

Lantaran tinta ulama’ akan dibalas dengan darah syuhada’…

Tali perjuangan ini akan tetap berpilin…

Mengayam utuh rentak kehidupan, memberi makna lakaran perjalanan…

Lantaran hidup bukan sekadar kebetulan…

Aku akur akan suratan…

sebuah ketentuan yang pasti…

Andaikata bumi ini dilanda sumpah tujuh keturunan…

Takkan ku bermati di tujuh hari…

Membiarkan rebut taufan melanggar…

Dibelah pasir membakar jasad hitam…

Akan ku sapu mendung yang menghitam di mukaku…

Aku anyam rantai azam kekuatan…

Melawan ombak-ombak ganas yang menerpa ke mukaku…

Akanku berdiri menjadi bentengnya…

Angkatan sebuah kepastian pasti akan berkunjung…

Lentera ini takkan padam…

Pada hari ini…bukan hari semalam…

Bukan jua detik yang tak pasti datang…

Paduan genggam bara semangat…membakar rentung jasad resesif…

Membangkitkan aku berdiri gagah…

Lantaran …izinkan lentur temali dura…

Yang bercangkaliwang di dadaku saban kala…

Kanku kafan dengan kain putih, biar lena bersemadi…

Akanku tancap nisan sebuah kenangan usang…

Dan relakan bangkitku menebus maruah!

Tapi….andaikata aku gugur…

Biarkan tumbuh benih pejuang, jangan aku mati hina berlutut…

Meninggalkan sepi anak-anak bangsa…

Dengan tangan kosong retorik semata-mata…

Aku bukan insan yang bertempik sorak di gelanggang…

Bukan mulia disambut hamparan merah…

Kerana aku dilahirkan untuk mentafsir…

Makna seorang aku…

Aku seorang hamba kepada Pencipta…

Aku seorang anak….

Aku seorang pelajar…

Aku…. “Islamic student”…

Mentafsir erti sebuah cita-cita…

Dan melihat gemerlapan sinar Tuhan di seluruh pelusuk alam…

Waallahu subhaanahuu wataala a'lam..

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner