Thursday, February 09, 2006

Seindah Mawar Berduri [siri 4]


"Hari ni bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri khalwat dan zina," nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung. Khazinatul Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki. Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan kasih lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik daripada menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung.

"Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar," Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…

"Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita diasuh dengan acuan agama." Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut…

"Malah setiap wanita muslimah sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah, awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai muslimah" nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.

"Malu? Kenapa perlu malu? Saya bukan pemalu!" Hijriah menafikan. "Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi milik Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita. Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih ingat satu hadis Rasulullah S.A.W: "Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu." Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.

"Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang. Lantaran itu, tidak hairanlah wanita sering dikaitkan dengan keindahan sekuntum bunga. Hijrah…jadilah bunga mawar yang indah...........

Rasulullah bekerja tu di bawah pengurusan Sayyiditina Khadijah. Dia ada kuasa arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya. Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu seorang manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang mempelopori syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti akhlak Sayyidatina Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi Allah biar pun Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun."

"Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya dah banyak kali kehilangan…cukuplah!" terkedu Khazinatul Asrar mendengar pengakuan sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas Hijriah memberi tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar Medic di kampus KL. Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah erti cinta sebegini…cinta manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang tidak pasti.

"Asrar…salahkah saya?" getus Hijriah lagi.

"Hijriah…bercinta tu tak salah," nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi...

"Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syaro’…di atas landasan Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci."

"Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu. Tak pegang-pegang pun!" Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi kebencian.

"Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata- mata kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram adalah haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat." Khazinatul Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam mencuka.

"Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa. Apa salahnya saya mencintai Tsabit?" Hijriah masih mengeraskan suaranya.

"Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta adalah fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan cinta. Ya cinta itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih. Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan… alah tak pegang-pegang pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata alah bukannya berzina pun. Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah sampai pregnant. Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah. Nau’zubillah min zalik.

Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah a’la Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat Allah, Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat," hujah Khazinatul Asrar.

"Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Saya sekarang dah dilamun cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!" Hijriah bertegas.

"Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak. Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 flat ? ya’ni mencari kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap rangsangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea… perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi. Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T. Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya. Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak lagi?" jelas Khazinatul Asrar.

"Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…" luah Hijriah. Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian kalinya.

"Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang faham…" keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa. "Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas! Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya…." Hijriah bingkas bangun dari kerusi. Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan. Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya. Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi. Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni kefahaman temannya. Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan pencuri. Jiwanya tersentak.
Bersambung...

Baca selanjutnya...

Wednesday, February 08, 2006

Seindah Mawar Berduri [siri 3]


Syaqiera, Yusra, Sayyidah, Roziana, Juliea, Nur Fatihah dan Nik An-Najah sudah sedia menanti Khazinatul Asrar di Kafetaria Alumni. Mereka sering datang lebih awal untuk memberi penghormatan kepada kakak Naqibah kesayangan mereka, merangkap salah seorang perwakilan pelajar yang dihormati dan disegani. Halaqoh usrah yang diadakan setiap minggu itu sering mereka nanti-nantikan kerana eratnya simpulan ukhuwwah yang terjalin sesama mereka. Seperti biasa, majlis itu dibuka dengan Ummul Kitab dan tafsiran beberapa potong ayat suci Al –Quran sebelum memulakan silibus usrah.

"Lihat surah Al –Maidah(5) ayat 41," arah Khazinatul Asrar. Semuanya mula membelek tafsir Quran masing-masing.

"Biar saya bacakan…" Yusro menawarkan diri tanpa perlu diminta.

"Dan saya bacakan tafsirnya…" Sayyidah tidak mahu terkecuali. Khazinatul Asrar tersenyum lembut sambil mengangguk. Lalu, beralunlah suara merdu mereka.

"Baiklah, dalam ayat yang dibacakan tadi, Kak Asrar nak highlightkan firman Allah yang bermaksud : ‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang) dari Allah. Mereka itu adalah orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’ Sodaqallahul Azhim.

Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya. Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati-hati mereka. Contohnya, apa yang dilakukan oleh kelompok Jahmiyah terhadap ayat–ayat dan hadis–hadis yang berkenaan dengan asma’ dan sifat. Mereka menolak ayat-ayat dan hadis-hadis itu dengan ta’wil mereka sendiri. Ikut selera mereka. Jesteru, Allah biarkan mereka dalam kesesatan kerana azab akhirat yang menanti itu sesungguhnya lebih pedih lagi. Kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati kita kerana hati adalah raja yang memerintah seluruh amalan. Jangan biarkan ianya dinodai oleh titik hitam. Apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang disitu, walaupun sedikit. Sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan." hurai Khazinatul Asrar.

"That means, mereka di dalam ayat itu bukan dikhususkan kepada satu kaum tertentu jea, kita pun boleh masuk sekali, kak Asrar,kan?" soal Yusro yang agak aktif orangnya. Minta kepastian. "Betul tu. Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah. Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya. Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang bermaksud : "Dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…" Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :

"Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat."Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang je. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia," jelas Khazinatul Asrar lagi.

"Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?" Nur Fatihah mencetus persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.

"Apa pendapat Syaqiera?" Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.

"Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh," jawab Syaqiera, petah. "Juliea pula bagaimana?" Khazinatul Asrar bertanya lagi.

" Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti benda tue baik," yakin jawapannya.

"Tapi Kak Asrar… Ziana confuse tentang cinta tu…" Roziana mencelah. "Confuse? Boleh kongsi?" Khazinatul Asrar bernada lembut.

"Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana. Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari– hari kami saling call. Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu," luah Roziana.

"Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?" keluhnya lagi.

"Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta," Nik An-Najah bersuara tegas. Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.

"Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?" Khazinatul Asrar cuba membuka minda.

"Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim" jawab Syaqiera spontan.

"Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah. Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah," Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.

"Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?" Sayyidah minta kepastian.

"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan. Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."

"Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?" getus Yusro

"Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi," nasihat Khazinatul Asrar.

"Kalau dah terjebak macam Ziana ni?" gerutu Roziana.

"Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang," jelas Khazinatul Asrar.

"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.

"Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir. Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah.

"Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!!! Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia menjadi bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu.

"Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya," hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih banyak. "Assalamualaikum …" tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit.

"Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ. Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak memang ada kat sini," leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan Khazinatul Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.

"Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…" celotehnya lagi.

"Asrar, awak sedar tak saya datang ni?" getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung. Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas helaian-helaian kertas A4. "Yea...saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main liat lagi bila saya ajak ke sini," sindir Khazinatul Asrar, bergurau.

"Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi dengan awak," luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan susunan giginya yang cantik tersusun.
"Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh saya tumpang gembira sekali," balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat wajah temannya yang ceria.
"Lihat ni!" Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk, ‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam buku tersebut.

"Kenapa awak riang sanagt dengan buku ni?" Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.

"Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan notanya pada saya.Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia pada saya tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric. Saya pujuk dia supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali," Hijriah bersuara riang. Wajahnya memang penuh ceria. "Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?" duga Khazinatul Asrar kurang senang dengan gelagat temannya itu.

"Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite semua orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best lah dia, Asrar," terang Hijriah.

"Astaghfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu pulangkan nota nie," sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah.
Bersambung...

Baca selanjutnya...

Monday, February 06, 2006

Seindah Mawar Berduri [siri 2]


Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat.

Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di Asia Tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna: "…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."

~Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan…tiada siapa yang bisa memisahkan kita…antara kita semua…~ Dari tangga kamsis lagi, lagu favourite Hijriah itu bergema kedengaran. Kuat sekali. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya dan terus menyusun langkah menuju ke biliknya yang terletak di barisan ketiga, level 1. Tidak syak lagi, irama nasyid dendangan In-team itu memang datang dari biliknya. Dia dapat menduga bahawa Hijriah pasti ada di dalam bilik.

"Hijriah, Asrar balik nie!" pintu yang tidak berkunci itu dikuaknya perlahan–lahan. Salamnya tiada jawapan. Didapatinya Hijriah sedang tidur dengan bantal ditelangkupkan diatas kepala. Kipas siling berputar ligat dengan penunjuk mengarah full. Lagaknya bagaikan orang yang ada masalah. Khazinatul Asrar memperlahankan volume radio kerana bimbang mengganggu penghuni lain. Serentak dengan itu Hijriah terjaga dari lenanya yang mungkin tidur–tidur ayam sahaja.

"Eh, Asrar dah balik rupanya…" Hijriah berkata lembut sambil membetulkan kedudukan bantalnya. Khazinatul Asrar mengukir senyuman. Perlahan–lahan dia menghampiri Hijriah dan duduk di sebelahnya. Tangannya menjamah dahi Hijriah.

"Tak panas pun!" kata Khazinatul Asrar perlahan.

"Sejak bila pula saya demam?" balas Hijriah bersahaja.

" Habis tue kenapa tak datang kuliyah pagi nie?" tanya Khazinatul Asrar pula.

"Err…topik baru ke hari nie?" Hijriah cuba mengalih perbualan.

"Hijriah…saya tanya nie!" Khazinatul Asrar tidak mahu Hijriah menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa nie?" Khazinatul Asrar memujuk lembut.

"Tak ada apa–apa…betul!" Hijriah masih membuat aksi selamba.

"Habis tue, pagi tadi awak bersiap–siap bukan untuk ke kuliyah?" Khazinatul Asrar masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hijriah.

"Saya ke Mini Market. Beli Coklat Dairy Milk 10 packs untuk hilangkan tension," jelas Hijriah berterus–terang.

"Kalau tak percaya, tengok dalam basket tu. Penuh plastik coklat, kan?!" Hijrah menguatkan kenyataannya.

"Hilangkan tension dengan coklat??? Hijriah yang saya kenali biasanya menatap Al- Quran bila ada masalah," getus Khazinatul Asrar masih curiga.

"Saya tak ada apa- apa. Percayalah Asrar! Saya cuma tension sikit saja pagi tadi…sekarang dah okey," sambil bibirnya mengukir senyuman hambar.

"Kenapa tension sampai ponteng kuliyah?" Khazinatul Asrar terus bertanya. Hijriah terdiam. "Ada masalah ye?! Kongsilah…" pujuk Khazinatul Asrar lagi.

"Tak ada lah…. mungkin nak period kot sebab tulah rasa tension," Hijriah terus berdalih.

"Period? Bukankah baru seminggu lepas…." Khazinatul Asrar mencelah. Mematahkan alasan yang mungkin sengaja direka–reka.

"Hijriah, kalau ada masalah, saya sentiasa bersama awak. Saya sentiasa sedia mendengar apa saja. Janganlah macam ni…" Khazinatul Asrar masih tidak jemu memujuk sahabatnya. Raut wajah Hijriah jelas menyembunyikan sesuatu. Dia tetap enggan menceritakannya kepada Khazinatul Asrar. Tidak seperti selalu. Dia sebenarnya seorang yang ceria dan berterus – terang. Namun, tidak untuk kali ini….

"Alah Asrar nie…lupakanlah perkara tue. Lain kali, saya janji tak ponteng kuliyah lagi," Hijriah seolah – olah mula bosan dengan desakan Khazinatul Asrar.

"Betul tak ada apa- apa ni?" Khazinatul Asrar cuba menduga lagi.

"Awak dah tak percaya saya lagi ke?" kata Hijriah seakan merajuk.

"Okey,okey.. kali nie awak boleh sembunyikan sesuatu dari saya, tapi esok–esok tidak lagi, tau!"

"Oh, ya! Nie nota Tsabit tentang topik hari ni. Awal pagi esok ada presentation," sambil nota bersampul biru itu diserahkan kepada Hijriah. Mata Hijriah sedikit terbeliak. Tangannya pantas menyambut dan membelek – belek buku nota tersebut.

"Tsabit suruh berikan kepada saya?" tanya Hijriah minta kepastian.

"Emm…" Khazinatul Asrar menjawab ringkas. Malas diceritakan kembali peristiwa tadi. Pemuda itu sering membuatkannya geram hinggakan dia terasa malas menyebut nama itu berulang kali.
"Kenapa tiba–tiba saja Tsabit boleh teringatkan saya? Pelik ni!" Hijriah bertanya sambil tangannya terus membelek–belek nota itu.

"Dia sukakan awak kot…." Khazinatul Asrar cuba mengusik, sengaja mahu melihat reaksi temannya. Tiada respon marah. Sebaliknya Hijriah mula tersenyum – senyum sendiri.

"Ish, lain pula jadinya…" Bisik hati kecil Khazinatul Asrar.

"Asrar, dia tak cakap apa-apa tentang saya?" Hijriah nampak semakin berminat bertanyakan Tsabit. Khazinatul Asrar menarik nafas. Dia mula mencari alasan untuk menyegerakan dirinya bebas dari bercakap pasal Tsabit.

"Tengah – tengah hari nie, saya nak tidur qoilulah dulu lah. Lepas zohor nanti, saya ada usrah. Petang ni pula ada meeting. Lain kali sajalah kita cakap pasal dia!" badannya terus direbahkan ke katil sambil mata dipejamkan. Sengaja diceritakan aktiviti–aktivitinya pada hari itu untuk menagih simpati Hijriah agar mengizinkannya berehat. Hijriah mencebik bibir sambil fikirannya menerawang jauh. Entah ke mana. Wajahnya kembali berserabut kerana memikirkan sesuatu.
Bersambung...

Baca selanjutnya...

Wednesday, February 01, 2006

Seindah Mawar Berduri [siri 1]


"Khazinatul Asrar , kau pencuri!" Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.

"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan. Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.

"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya.

Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa. "Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.

"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?" Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.

"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astaghfirullah…
"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang. Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak, fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba– tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya? Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

"Tomorrow…please present this topic. .." Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.

"Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?" spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya.

"Kenapa Asrar?" Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.

"Err.. nothing!" Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.

"Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!" Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.

"Maaf, saya nak pulang dulu," getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit. "Ish, sombongnya!" keluh Tsabit.

"Sombong pun sombonglah.. thanks!" balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.

"Nanti…!" halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.

"Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie," sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.

"Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain," balas Khazinatul Asrar. Menolak.

"Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah." Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!

"Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok," tegas Khazinatul Asrar.

"Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…" Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.

"Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…" kata- kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….

"Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah." Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Bersambung...

Baca selanjutnya...

Seindah Mawar Berduri [sinopsis]


Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki.Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar? Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah? Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…" Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…

Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan… Buatmu… pencari cinta sejati, cinta yang abadi…. Terimalah….
Seindah Mawar Berduri…

Baca selanjutnya...

Wednesday, January 25, 2006


Cinta Ukhuwah
Oleh : Maszlee Malik

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat, ayat 10),
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya" (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna persaudaraan sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masin-masing menjadi contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70-an lagi.
Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hedonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika awal kebangkitan Islam dulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Perjalanan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di atas nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negative. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering di bawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "cinta ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana-anta dan ana-anti".

Sms, Yahoo Messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu dating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursusdan juga wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. Wal’iyadhubillah..

Salah Faham Ukhuwwah Fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu di diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.
Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata, "Ukhuwwah fillah kekal abadi…". Sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula,seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka. Aduh… lagi hebat dari filem Love Story yang pernah popular di tahun 70-an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema ukhuwwah fillah menjadi camoufladge ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan ukhuwwah fillah menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan trend percintaan golongan anta-anti ini?

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut Nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70-an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomenacinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau penulis ternampak gambar seorang muslimah menghiasi desktop computer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penuliskah yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa? Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Sumber : Majalah I Februari 2006 )

Baca selanjutnya...

Sunday, January 15, 2006

Pesanan buat teman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuhNan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinyaKeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutulmu,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal,
dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu,
1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakanI love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?

Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu mungkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan IA..
Serahkan segalanya pada IA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHualam.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenarInsya ALLAH!!

Baca selanjutnya...

Tuesday, January 03, 2006

Kerana Cinta

Sahabat...
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api."

Sahabat...
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat...
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya".

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka."

Sahabat...
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." Q.S Al-Hujurat : 10
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." hari. Muttafaqun 'Alaih

Sahabat...
Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. Persaudaraan merupakan buah dan konsekuensi keimanan yang amat sangat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir. KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya. Adakah kita merasakan semuanya? Wallahualam.

Baca selanjutnya...

Jika Aku Jatuh Cinta...

Wahai Maha Pengasih,
Jika aku jatuh cinta....
Benihkan cintaku kpd seseorg yg melabuhkan cintanya kpdMu,
Agar bertambah kekuatanku utk mencintaiMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta....
Jagailah cintaku kepadanya,
Agar tidak melebihi cintaku kpdMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati....
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut kpdMu,
Agar aku tidak jatuh dlm jurang cinta yg semu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati.....
Jagalah hatiku kepadanya
Agar aku tidak berpaling selain kepada hati-Mu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...
Rindukanlah aku kpd seseorg yg merindui shahid di jalanMu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku rindu...
Jagalah rinduku kepadanya,
Agar aku tidak lalai merindukan syurga-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu...
Jgnlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu..

Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh hati kpd kekasih-Mu...
Jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdMu...

Wahai Maha Penyayang,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jgn biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku kpd cinta yg hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Wahai Maha Penyayang,
Engkau mengetahui bahawa...
hati-hati ini telah berhimpun dlm cinta kepada-Mu..
telah berjumpa pada taat kepada-Mu..
telah bersatu dalam dakwah kepada-Mu..
telah berpadu dlm membela syariat-Mu..
Kukuhkanlah ikatannya....
Kekalkanlah cintanya...
Tunjukilah jalan-jalannya...
Penuhilah hati-hati ini dgn Nur-Mu yg tiada pernah pudar....
Lapangkanlah dada-dada kami...
Dengan limpahan keimanan kepada-Mu...
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Ameen...

Baca selanjutnya...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner