Friday, May 08, 2009

Perak terus mencipta rekod baru

MB Perak ditentukan Isnin ini
Oleh: AMIRUDDIN HARUN-UTUSAN

KUALA LUMPUR 7 Mei - Persoalan siapa Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada Isnin ini.

Keputusan tersebut akan diumum oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada pukul 2.30 petang, 11 Mei ini selepas beliau hari ini selesai mendengar hujahan semakan kehakiman yang dikemukakan Mohammad Nizar bagi mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Ia merupakan keputusan yang dinanti-nantikan bagi mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang telah berlanjutan sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum muktamad kerana sesiapa jua yang kalah, sama ada Mohammad Nizar atau Zambry pasti akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pelik sungguh politik di Perak ni. Laporan surat akhbar pro kerajaan ini juga secara tidak langsung telah mengesahkan, Zambry masih belum diiktiraf sebagai MB yang sah. So, sidang DUN semalam (7 mei 2009) juga tidak sah. Seperti yang dijangka, rekod2 baru terus dicipta oleh pemimpin2 BN di Perak. Syabas...

Betapa negara kita telah dimalukan dengan politik yang haru biru di Perak sekarang. Seluruh dunia menyaksikan rosaknya demokrasi di Malaysia. Saudara boleh melihat sendiri gambar2 dan rakaman sidang DUN Perak semalam di blog2 ahli politik atau yang berorientasikan politik dan saudara sendiri boleh menilai. Di manakah erti sebuah kebenaran?
















0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner