Wednesday, May 27, 2009

Hati-hati dengan jersey baru England

Semalam saya singgah sebentar di al-Ikhsan Alor Star setelah menyelesaikan satu misi berhampiran kedai tersebut. Dan saya menemui sesuatu yang saya rasa patut dikongsi dan dihebahkan kepada umum. Sila teliti gambar di bawah.

Jersey baru England

Bahagian belakang jersey tersebut. Adakah anda perasan sesuatu?

OK. Saya mudahkan bagi yang tidak perasan.

Empat titik di belakang jersey tersebut telah menghasilkan lambang salib.

Sememangnya kebanyakan jersey2 bola sepak kelab antarabangsa memaparkan lambang salib dan logo penaja syarikat minuman keras.

Persoalannya, apakah hukum memakai pakaian sebegini?
Minta penjelasan daripada sesiapa yg faqih. TQ

1 comments:

Anonymous said...

salam....

banyak lagi baju2 yang tidak syubhah untuk kita pakai...

keluar daripada khilaf itu lebih aula...

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner