Tuesday, February 17, 2009

RM830,000 dana Tabung Gaza Harakah, serah pada Hamas

Dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh)- Kesemua kutipan derma kepada Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjumlah RM830,000.00 telah diserahkan secara tunai kepada pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang berangkat pulang ke Palestin dua hari lalu.


Walaupun kesemua kutipan telah diserahkan, namun derma dan sumbangan dana orang ramai masih dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada Tabung yang mana akan disumbangkan kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza dan kepada perjuangan Hamas di masa akan datang.


Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam memberitahu sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai telah diterima dan ada antaranya yang datang sendiri kepada beliau menyumbangkan derma.


"Ada yang datang kepada saya serah RM10,000 malah saya ada baca seorang hamba Allah menderma RM250,000 tanpa mahu namanya disebut. Alhamdullilah kita alu-alukan dan merayu supaya orang ramai terus membantu rakyat Palestin," katanya yang turut mnulis catatan khas rayuan Gaza di Harakah keluaran lalu.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner