Thursday, November 13, 2008

Ayat 1000 Dinar



“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Saya sering ditanya oleh sahabat-sahabat dan adik-adik, apakah tips atau rahsia saya untuk dapat result yang cemerlang dalam exam? Saya akan terdiam seketika, berfikir... "cemerlangkah aku?" Oh, sudah tentu belum.. Namun tidak patut jika saya tidak bersyukur dengan apa yg telah diberi kepada saya...

Memandangkan sekarang masing-masing khususnya mereka yang bergelar pelajar sibuk menghunus mata pena, bersengkang mata untuk berjuang di dewan peperiksaan... Ataupun sudah selesai bertempur tetapi berasa tidak tenang, berdebar menunggu keputusan... Saya cuba untuk berkongsi sesuatu, yang mana telah dijadikan sebahagian amalan harian saya.

Ayat 1000 dinar (Seperti yg tertera di atas) adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Golongan peniaga pula sibuk menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca di masa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak nafikan kelebihan ayat 1000 dinar ini. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal.

Alhamdulillah, sejak mengamalkan ayat ini sebagai zikir harian, apa lagi ketika musim peperiksaan, alhamdulillah, dengan izinNya, keputusan setiap semesta sering diluar dugaan. Beberapa kali berhadapan saat-saat sukar pada awalnya tetapi akhirnya senyum penawar duka. Semuanya kehendak Dia.

Saya melihat, ramai yang bersungguh-sungguh dalam usahanya tetapi tidak bersungguh dalam bertawakkal. Ini harus diperbaiki. Namun nasihat saya, sebelum bertawakkal, berusahalah dahulu dan jaga hubungan dengan Tuhan. Yakinlah dengan perancanganNya. Sekadar berkongsi.

Wallahua'lam...

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner