Tuesday, March 04, 2008

SPR batal penggunaan dakwat pada kuku

aTahniah kepada Pengerusi SPR kerana sekali lagi membuktikan yang anda menjadi kuda tunggangan BN untuk sekali lagi berkuasa di Malaysia dengan cara yang kotor dan keji. Bukan sahaja media massa di Malaysia telah dikuasai oleh rejim BN,ketidakbetulan pada no. siri kad pengenalan yang meragukan sehingga kanak-kanak dan orang tua berumur lebih 100 tahun masih boleh mengundi, malah anda sendiri banyak mengeluarkan pendapat yang bias terhadap parti kerajaan dan prejudis terhadap parti pembangkang sehingga ke tahap mencabar pembangkang memulaukan pilihanraya kali ini.

Penggunaan dakwat pada kuku yang disahkan halal dan boleh mengambil wuduk, dan menjadi cara terakhir memastikan tiada pengundi mengundi lebih daripada sekali dalam satu-satu masa, anda batalkan pada detik-detik terakhir pilihanraya. Tahniah Rashid!


0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner