Wednesday, March 26, 2008

BN GAGAL, MELAYU TERPINGGIR. PAK LAH HARUS BERTANGGUNGJAWAB.

Oleh: ibnu Muhammad (10 Mac 2008)

Akibat terlalu rakus ingin merampas Kelantan dari PAS selain mengekalkan pemerintahan di Terengganu, BN kehilangan 5 negeri termasuk Wilayah Persekutuan KL dan negeri Pak Lah sendiri. Kekalahan paling teruk selama penyertaan BN di dalam PRU. Takziah Pah Lah & the gang.

Tahniah untuk Derih & konco2nya kerana menang di Terengganu walaupun dengan cara kotor. Kepada pendokong PAS di Terengganu, anda tidak kalah. Hanya Dia yang tahu, betapa anda telah bermati-matian cuba menegakkan panjiNya di negeri yang penuh kontroversi ini. Kemenangan hanya satu bonus. Tiada erti kalah dalam perjuangan.

Kemenangan penuh penipuan oleh Pok Derih dgn kerjasama SPR. FRU turut melabur saham kezaliman ke atas rakyat Terengganu yang cintakan keamanan. Murahnya maruah pengundi BN di Terengganu, dibeli dengan harga setanding sebuah mangkuk jamban. Semoga kalian diberi hidayah untuk menolak kerajaan yang zalim ini pada pemilihan akan datang.

Tahniah juga kepada pengundi bukan Melayu yang dilihat lebih bijak memilih pada PRU12 ini. Satu transformasi besar rakyat yang sudah jemu dengan BN yang semakin tidak relevan. Undi protes turut meningkat. Demokrasi hanya pada nama. Ruang berkempen yang tidak seimbang memberi petunjuk, bahawa kerajaan BN AMAT TAKUT pada pembangkang. Kenapa tidak diberi peluang langsung pada pembangkang untuk berkempen melalui media arus perdana? Padahal, di negara-negara maju, tiada istilah pembangkang apabila kerajaan sedia ada dibubarkan. Semua pihak mendapat peluang sama rata untuk berkempen. Media arus perdana dikongsi sama rata. Tetapi di bumi Malaysia?? Apakah ini dikatakan demokrasi? Ya, demokrasi tempang.

Apabila pembangkang mengadakan demonstrasi aman, maka datanglah FRU dan SB melancarkan provokasinya. Menuduh orang kudung melempar batu, menembak orang yang tidak bersenjata dengan peluru hidup, melepaskan gas pemedih sehingga kanak-kanak turut menjadi mangsa dan pelbagai lagi bentuk kezaliman.

Dipersoalkan juga tentang permit berhimpun. Namun, apabila orang-orang BN sendiri mengadakan demonstrasi ke atas pemimpin mereka, langsung tiada laporan disiarkan. Permit perhimpunan juga tidak diperlukan. Tiada provokasi dari FRU. Layanan berat sebelah ini adalah punca utama, tumbangnya kerajaan BN di bandar-bandar besar seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Tahniah kepada pembangkang yang menggunakan sepenuhnya media elektronik untuk melancarkan kempennya. Senjata sulit inilah yang membunuh BN di bandar-bandar besar tersebut. Para blogger memainkan peranan penting memastikan kemenangan BA. PAS sebagai pemerintah di Kelantan, Kedah dan Perak. PKR di Selangor manakala DAP di pulau mutiara.

Agak mengecewakan apabila seorang pemimpin dilihat hanya mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan negara. Ya, undi BN merosot dengan begitu teruk sekali. Majoriti dia sendiri menyusut mendadak. Orang Melayu semakin terpinggir. Dia harus bertanggungjawab. BerundurLAH kerana anda telah hilang kepercayaan rakyat.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner