Sunday, November 25, 2007

Howard kalah pilihan raya Australia


SYDNEY: Parti Buruh pimpinan pembangkang, Kevin Rudd, memenangi Pilihan Raya Umum Australia semalam, sekali gus menamatkan pemerintahan 11 tahun kerajaan konservatif diketuai Perdana Menteri, John Howard.

Kemenangan Rudd, 51, bekas diplomat yang fasih berbahasa Mandarin, memberi tamparan hebat dan penamat karier memalukan bagi Howard, 68, yang juga sekutu rapat Presiden George W Bush.

Paling mengaibkan, laporan menyatakan Howard, pemimpin kedua paling lama di Australia yang turut melakukan perubahan dasar termasuk kempen ketenteraan di Iraq, juga mungkin kehilangan kerusi Parlimennya.
Lebih 13.5 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi seawal jam 8 pagi waktu tempatan, semalam.

Angka rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC) ke atas 73 peratus undian yang dikira setakat ini menunjukkan Buruh meraih 53.3 peratus undian berbanding parti pakatan kerajaan sebanyak 46.7 peratus.

Ini menunjukkan Buruh, memperoleh kemenangan majoriti di Parlimen.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner