Monday, July 30, 2007

Oh Iraq..

Pasukan bola sepak Iraq hanya berlatih selama 2 bulan di bawah kendalian jurulatih dari Brazil. Itu pun terpaksa ‘dibawa’ ke Jordan dengan belanja yang cukup terhad tetapi masih mampu menjuarai Piala Asia. Yang pakai jersey belang hitam kuning tu bila lagi? =)


Kejohanan Piala Asia 2007 baru sahaja melabuhkan tirai dan pastinya ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Asia malah seluruh dunia. Dari segi teknikal dan teorinya di atas kertas, agak mustahil untuk negara seperti Iraq melangkah ke perlawanan akhir. Apa lagi menjuarai kejuaraan utama Asia ini. Dengan kondisi negara yang sedang kacau bilau dek peperangan, bom dan tembak menembak di sana sini, adalah satu kejutan dan penghormatan tidak ternilai buat seluruh rakyat Iraq dan masyarakat dunia khususnya masyarakat Islam. Satu mesej keamanan seharusnya diterima seluruh dunia.

Namun, kemenangan yang diharapkan dapat menyatukan rakyat Iraq yang terdiri daripada pelbagai puak ini tidak menjadi kenyataan. 52 orang terkorban dalam satu ‘perayaan’ di Iraq menyambut kemenangan pada peringkat suku akhir dan 109 orang terkorban apabila mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Ambe tak pasti pula yang berlaku setelah Iraq menjuarai kejohanan ini.

Apa yang pasti, ada mesej berguna buat semua. Kesusahan mengajar kita lebih berusaha dan kepayahan ini juga bukan satu kekurangan atau sebab kegagalan. Tiada yang mustahil di dunia ini jika disertai semangat juang yang tinggi serta usaha yang berterusan dan pastinya dengan izin Yang Maha Esa dan Berkuasa.

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner