Tuesday, March 06, 2007

Ainul Wardah [1]

Sabda Rasulullah saw, “Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju sedangkan perangai buruk merosak amal soleh seperti cuka merosak madu..”

“ini Ainul Wardah, adik kandung along, sejak itulah, budak kecil yang digelar adik oleh along itu menyelit dalam keluarga mereka.

Ibu tidak terkata apa-apa. Namun, riak pada wajah ibu jelas kelihatan. Siapalah yang sanggup memandang semua ini dengan senyuman. Ainul Wardah adalah anak madu ibu. Ya madu ibu! Suatu kenyataan yang harus ibu terima. Sepanjang 13 tahun melayar bahtera kasih bersama abah, tiba-tiba abah membuka suatu rahsia yang amat memilukan… Oh abah, mengapa engkau lakukan semua ini…? Khabarnya yang dia dengar melalui daun pintu rumah pusaka arwah atuk, emak Ainul Wardah telah meninggal dunia akibat barah. Abah telah mengahwini perempuan itu 10 tahun yang lepas…

Siapakah yang sanggup didustai sebegini rupa…ternyata ibu memerlukan ketabahan untuk mengumpulkan kekuatan menerima semua ini. Lantaran perempuan yang pada kiraanku selayaknya aku gelarkan perampas, hanya sebatang kara, abah tiada jalan lain..Ainul Wardah dibawa ke syurga kediamanku ini.

Tegakah ibu menyayangi anak madunya ini? Oh, ibu…anakmu memahami perasaanmu itu.. Namun, ibu selayaknya seorang yang ku kenali seorang yang tenang zahir dan batin, tidak mudah melatah..memanglah ibu terluka namun..mengenangkan nasib anak kecil itu…Ibu tersentuh..Oh Ibu…selayaknya syurga buatmu..

Tapi aku..lain pulak ceritanya.. terus-terusan melancarkan mogok..budak itu bukan adikku…aku tidak suka budak itu..mengapakah kau perlu wujud dalam kebahagiaan kami? Mengapa???


Lagi 3 bulan along akan berangkat ke Ardul Kinanah, menyambung pengajian tahfiznya di universiti Al-Azhar cawangan Shoubra, Cairo Dan dia…keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang diperoleh melayakkan dia untuk menjejakkan kaki ke menara gading seiring dengan langkah along. Namun ada sesuatu yang berbekas di hatinya, mengunjak nuraninya…Dia tekad.

“Kenapa kau tak nak sambung belajar..sia-sia je..eh, penat tau ibu dan abah sekolahkan kau..,” along menyinga ketika dia menyuarakan untuk tidak menyambung belajar.

“Wardah..Wardah…nak temankan ibu,” hanya itu sahajalah alasan yang dirasakan kukuh. Walaupun…ah, biarlah..dia tidak kisah..

“Wardah, rugi tau…STAM Wardah dapat jayyid..” ibu pula mengambil giliran along…ibu tidak sekeras along.

“ker kau nak tunggu Umar Hazwan tu masuk pinang kau..kau dah tak sabar nak kawin yer..,” berdesing telinga along tatkala heboh satu maahad mengatakan Ainul Wardah dan Umar Hazwan ditangkap kerana berdua-duaan.

“Along..benda tu dah lepas..bukan Wardah yang bersalah…,” esak dia sudah mula kedengaran…kisah penangkapan dia dengan Umar Hazwan lalu sudah dimaklumi bakal menjadi alasan kukuh untuk along menghentam dia. Semua hujah dia along nafikan, kata along dia yang bersalah..Kesian abah..kesian ibu..maafkan Ainul Wardah…

“habis tue…???’”

“Sudah la..kamu semua ni adik beradik tak sudah-sudah nak bergaduh..along..biarlah kalau Wardah tak nak sambung along jangan nak memaksa dia..dia dah besar dia tahu untuk buat keputusan dia sendiri..,” akhirnya abah bersuara..Dia tahu abah kecewa..kecewa atas apa yang terjadi. Selepas kejadian yang memalukan itu, abah seolah-olah dipulaukan oleh orang kampung..kesian abah.

“akh, ana mintak maaf kepada akh. Kalaulah ana..,” dia tahu yg Umar Hazwan terlalu kecewa dengan apa yg terjadi. Sungguh memalukan dan khabar yang dia terima, Umar Hazwan yang telah pun bertunang dengan gadis Akademi Pengajian Islam cabang Usulluddin itu telah diputuskan pertunangannya. Sungguh dia berasa bersalah. Malah, persahabatan antara Umar Hazwan dengan along juga ditiup bayu ketegangan.. Ya Allah, berat benar dugaan ini. Tak sanggup dia melihat musibah ini namun hakikatnya dia perlu menerimanya. Umar Hazwan hanya mematikan talian. Ya Allah…dia terkesima sendirian.

“ Hai orang-orang yang beriman, mintaklah pertolongan daripada (kepada Allah )dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” Al- Baqarah ayat 153.

Jauh benar dia termenung, ya Allah…mengungkap sejarah silamnya bersama kehidupan duniawi ini. Matanya terarah kepada sepotong kata-kata hikmah lakaran patah-patah Hukamak yang berbunyi “ janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan, tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu, kemudian berusaha untuk memperbaikinya.”

Puas sudah dia berfikir, berpandukan istikharah yg dipohonkan kepada Ilahi, dia yakin inilah jalan yang terbaik. Lagipun Iman Humairah adalah anak buahnya juga. Dia perlu menyelamatkan Iman Humairah, permata keluarganya.

“ Boleh jadi kesusahan yang anda deritai itu, akan menjadi kenang-kenangan yang tiada ternilai di kemudian hari.”

“ Iman Humairah adalah anak kami, kami tahu macamana kami nak…,”

“ Tapi Along, biarlah Wardah yang berkorban sebahagian daripada hati adik…laporan daripada pakar telah mengesahkan hati Wardah sesuai untuk Iman Humairah,” belum sempat along menghabiskan ayat-ayatnya, aku menungkas sedaya mungkin.

“ Iman Humairah tanggungjawab kami…,”

“ Dia juga amanah kepada Wardah, mak usunya,” kutahu along akan berusaha untuk menolak pertolonganku ini. Salahkah ku untuk berbakti kepada darah dagingku sendiri? Sejak buah hatiku itu disahkan doktor hanya mampu hidup lebih kurang 3 bulan sahaja lagi akibat bengkak hati peringkat kritikal, kutahu along berperang dengan perasaannya. Memikirkan nasib puteri kesayangannya itu. Jua dengan kos rawatan yang sudah ku dimaklumi menelan belanja yang besar.

“Bagaimana dengan Umar Hazwan?”

“Wardah akan jelaskan padanya,” alhamdulillah along sudah boleh berlembut dengan permintaanku ini. Namun riak pada wajah along masih menunjukkan dia tidak puas hati.

“Wardah tidak minta along balas semua pengorbanan Wardah ini, yang penting Iman Humairah kembali sihat macam orang lain,” puas sudah aku pasakkan hujah aku pada along. Along hanya mengangguk lemah. Aku tersenyum, ibu, Wardah menang.

Bersambung...


0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner