Thursday, August 10, 2006

Wawancara Eksklusif Bersama Maszlee Malik


Pihak Palestinkini berkesempatan mewawancara penyumbang tetap artikel Palestinkini iaitu saudara Maszlee Malik berhubung isu Palestin dan Lubnan. Ikuti kupasan lanjut.
Palestinkini (PK) :Apakah reaksi anda terhadap konflik yang telah Bermula antara Lubnan dan Israel ?
Maszlee Malik (MM) :Pertamanya saya tidak berasa terkejut dengan perkembangan tersebut. Israel telah menceroboh negara orang dari hari pertama ia ditubuhkan. Negara Israel di bina atas tanah Palestin. Pada tahun 1967, mereka menceroboh Sinai dan Golan. Mereka juga menjajah Gaza dan Tebing Barat. Pada tahun 1982 , mereka telah menceroboh Lubnan . Sekarang mereka mengulanginya lagi dengan perilaku tidak kemanusian dengan pengeboman terhadap rakyat awam, membunuh orang yang tidak bersalah terutama wanita dan kanak2. Tidak ada yang baru .
PK : Adakah anda menjangkakan keganasan di antara dua negara ini?
MM : Dengan pemilikan lebih daripada 200 loji nuklear dan menjadi rakan baik kuasa besar dunia dan turut mempunyai rekod jenayah kemanusiaan yang tidak terfikir oleh manusia waras. Amat tidak logik untuk tidak menjangkakannya.
PK :Bagaimana boleh berlaku sampai ke tahap sekarang ?
MM : Seantero dunia telah mengakui kejayaan HAMAS melalui saluran demokrasi dalam pilihanraya yang telah benar2 mengejutkan Rejim Zionis. Setelah itu mereka melakukan pelbagai tekanan dan samasekali telah meragut perjalanan kehidupan seharian mereka. Keadaan bertambah buruk apabila berlakunya pembunuhan ngeri sekeluarga Di pantai Gaza. Rejim Zionis dengan ganasnya telah menyembelih sekeluarga rakyat Palestin yang sedang berkelah di pantai. Hanya manusia yang tidak bertamadun melakukan perkara tersebut. Rakyat Palestin bertindak balas dengan menyerang askar rejim tetapi tidak kepada rakyat awam. Rakyat Palestin bertindak menculik hanya seorang askar rejim untuk di jadikan tebusan bagi membebaskan Ribuan rakyat Palestin yang telah merengkok dalam penjara sekian lama. Rejim Zionis pula sebaliknya menyerang rakyat awam, menculik menteri kabinet, datuk bandar , memusnahkan stesen penjanakuasa elektrik, mengebom universiti, sekolah, hospital, jalanraya , kereta dan juga rumah kediaman. Mereka cuba menjustifikasikan tindakan mereka dengan alasan mencari askar rejim yang diculik itu. Bolehkah kita sebagai manusia normal menerima tindakan gila itu ?Malangnya, tiada pemimpin Aran dan Muslim berdiri untuk membela isu ini tetapi Hizbullah tampil ke hadapan untuk membalas kembali tindakan ganas rejim Zionis tersebut.
PK :Siapakah yang patut dipersalahkan atas krisis ini ?
MM : Rejim Zionis sudah tentu !!
PK : Adakah rejim Zionis mendapat kelebihan ?
MM : Tidak, sekarang mereka kehilangan sokongan yang pernah mereka kecapi sebelum ini. Sekarang , hanya Amerika yang masih meneruskan sokongan untuk menghalalkan tindakan rejim Zionis.
Seantero dunia telah mengakui kejayaan HAMAS melalui saluran demokrasi dalam pilihanraya telah benar2 mengejutkan Rejim Zionis..
PK: Apakah penyelesaian yang sebaiknya ?
MM :Rejim Zionis mesti mempelajari mendengar tentang keamanan, ketamadunan, kehormatan dan kewujudan sedia ada. Mereka mesti patuh kepada genjatan senjata, hentikan serangan kepada rakyat Lubnan dan Palestin dan membebaskan tahanan rakyat Palestin dan Lubnan. Genjatan senjata jangka panjang yang ditawarkan rakyat Palestin juga perlu diterima. Keamanan perlu diberi peluang.
PK :Apakah tanggungjawab Amerika di waktu ini ?
MM : Mereka mesti memberhentikan tindakan membela Zionis dengan menggunakan veto dan belajar mendengar dari yang lain.
PK : Adakah munasabah Amerika menjadi orang tengah proses kedamaian di Asia Barat yang jujur ?
MM : Menyuruh Amerika menjadi jujur sama seperti menyuruh syaitan memerintah manusia supaya tidak melakukan dosa.
PK : Ada suara yang mengatakan pengeboman Hizbullah ke atas Israel memburukkan Hizbullah dan pengeboman Israel ke atas Lubnan memburukkan Israel. Apa pendapat anda ?
MM : Apa yang Hizbullah lakukan adalah reaksi terhadap apa yang di lakukan oleh Israel. Jika Israel tidak melancarkan roket ke arah Lubnan dan membunuh orang awam, Hizbullah tidak akan bertindak balas. Siapa yang memulakan ? Tidak lain adalah rejim Zionis !!
PK : Adalah Iran dan Syria boleh menggunakan konflik ini sebagai modal untuk campur tangan?
MM :Syria dalam keadaan lemah sekarang dan saya rasa tidak mungkin Iran mahukan peperangan ini berlaku. Jika tidak kerana rejim Zionis, peperangan tidak akan bermula.
PK : Adakah anda merasakan peperangan besar akan berlaku di Timur Tengah ?
MM : Jika Amerika berterusan menyeret Iran dan Syria ke dalam peperangan itu, maka Ya, ia akan menjadi satu perang yang besar. Sesuatu harus dilakukan untuk memberhentikan Zionis Kristian di Amerika yang berdoa siang dan malam mendesak Rumah Putih menyeret Iran dan Syria. Meraka dalam keadaan gila sekarang, menunggu perang yang besar berlaku kerana mereka percaya akan berlaku kemunculan kedua Jesus jika peperangan besar berlaku atau apa yang digelar “Armagedon”. Kita berharap ini tidak akan berlaku.
SUMBER : palestinkini.info

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner