Sunday, May 28, 2006

KuNCi²

Dunia ini bilasuatu hari penuh dengan tawa ria
maka pada keesokan harinya
akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini

  • kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya
  • kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan
  • kunci syurga adalah mengesakan Allah (tauhid)
  • kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya
  • kunci kebaikan adalah kejujuran
  • kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa
  • kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik
  • kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar
  • kunci kebahagiaan adalah taqwa
  • kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur
  • kunci cintakan akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
  • kunci permintaan diqabulkan Allah adalah berdoa
  • kunci ibadat adalah ikhlas kerana Allah S.W.T

Dr.A.A.AQ

0 comments:

Yang Benar Tetap Benar © 2008 Template by:
SkinCorner